IlyanaQaisara
- Bacaan 39
- Undian 1
- Bahagian 1
Abang yang nak kahwin, adik yang perlu bantu abangnya halang perkahwinan daripada terjadi.
Dylan Elias perlu berkahwin dengan Amelia Iris, anak tunggal Dato' Seri Uthman. Demi membantu abangnya, Daiyan Elmina sanggup menjadi orang gaji di rumah keluarga Dato' Seri Uthman selama tiga bulan untuk membuktikan kepada Dylan yang Amelia seperti apa yang diperkatakan atau tidak.
"Dee nak jadi maid dekat rumah uncle Uthman." - Daiyan Elmina
Misi dia untuk kenal dengan Amelia lebih dalam terganggu dengan kehadiran sepupu Amelia, Hayyan Noah. Perangai Hayyan yang menjengkelkan membuatkan Daiyan rasa seperti mahu mencekik lelaki tersebut. Makin lama duduk sebumbung dengan Hayyan, Daiyan mula merasakan sesuatu yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.
"Mina, gosokkan baju aku sekarang!" - Hayyan Noah
Rahsia yang dipegangnya ini terbongkar, Hayyan mula hilang kepercayaannya terhadap Daiyan apabila ditipu seperti itu. Bukan sahaja Hayyan, malah Amelia turut terasa ditipu dengan Daiyan. Daiyan mula menukarkan misinya, iaitu mendapatkan kepercayaan mereka berdua.