TruffleBerries's Reading List
2 stories
Penulis Malam by farid5attar
farid5attar
  • WpView
    Reads 22,736
  • WpVote
    Votes 2,781
  • WpPart
    Parts 46
Novel ini mengisahkan seorang penulis seram amatur, Faiz Azzudin, lelaki yang mampu buka hijabnya untuk melihat makhluk halus di mana-mana sahaja, telah berpindah ke rumah baharunya. Dia menemui seekor hantu bernama Aisyah Maisarah di rumah itu lalu menjadi kawan baik. Dia sering dipulaukan di sekolah sehinggalah dia mendapat kawan baharu, Safiyah Zulaikha. Satu malam, Faiz Azzudin menemui sebuah manuskrip lama yang belum siap lalu berfikir untuk menyambung menulis manuskrip itu menerusi pengalamannya menghalau hantu dan bantuan Aisyah Maisarah. Hari demi hari, hidup Faiz Azzudin menjadi tidak keruan dengan kemunculan seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya. Aisyah Maisarah sedang diburu oleh roh lelaki tua yang jahat yang mahu membunuhnya itu. Faiz Azzudin bertanggungjawab untuk melindungi Aisyah Maisarah dari gangguan roh jahat itu. Pada masa yang sama Farah Natasha menyimpan perasaan terhadap Faiz Azzudin. Siapakah lelaki tua yang ingin membunuh Aisyah Maisarah itu? Apakah punca kematian Aisyah Maisarah? Mampukah Faiz Azzudin melindungi Aisyah Maisarah? Apakah kaitan lelaki tua itu dengan manuskrip yang giat dikembangkan oleh Faiz Azzudin itu? Apakah pula kaitan antara Emy Zulkifli (dari novel COMING BACK) dengan Aisyah Maisarah? Antara Farah Natasha dan Aisyah Maisarah, siapakah yang bakal menawan hati Faiz Azzudin? Segala rahsia bakal terungkai di novel PENULIS MALAM. "Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."-Aisyah Maisarah "Betul! Saya jadi kawan awak, eh!?"-Safiyah Zulaikha "Sabarlah, nak! Dia memang macam tu. Shah boleh bezakan angin dia elok ke tak melalui mata dia."-Kamilah, ibu Faiz Azzudin "Jangan datang dekat dengan aku!"-Faiz Azzudin "Sebab... saya pun macam awak. Mata saya... boleh nampak 'benda' tu juga."-Farah Natasha
Mrs. Noah : My Dear Reina by sofearazali
sofearazali
  • WpView
    Reads 275,667
  • WpVote
    Votes 10,542
  • WpPart
    Parts 78
𝑴𝒚 𝑫𝒆𝒂𝒓 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 // 𝑯𝒊𝒔 𝑹𝒆𝒊𝒏𝒂 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐄𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 -Dia mafia, dia kejam, dia dingin, tapi dalam hatinya siapa yang tahu? Bebola matanya yang berwarna hijau-kebiruan, wajahnya yang kacak dan tubuhnya yg tinggi lampai menjadikan ramai wanita diluar sana lemah lutut melihat wajahnya. Kalau lemah imannya, memang akan jatuh tertonggek kau! Mempunyai aura yang lain macam! 𝐇𝐀𝐍𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐋𝐈𝐒𝐘𝐀 -Dia pula jauh berbeza daripada Noah Alexander sorang tu. Hidup yang bersederhana, mampu saja dia hidup dgn dunia mewah hasil titih peluhnya menjadi model terkenal, tetapi dia mengambil pilihan untuk hidup dgn bersederhana. Mata coklat hazel nya yang cantik, tubuhnya yang kurus dan tinggi. Noah, sejenis manusia yang orangnya dingin. Bila dengan orang lain kemain ketat sahaja muka. Mengalahkan ais kutub utara sana. Dingin! Tetapi bila dengan Hannah, dia berubah menjadi lelaki paling caring, manja, clingy dan protective. Masak? Kemas rumah? Lipat baju? Iron baju? Kesemua kerja-kerja itu dia boleh buat. Bagi sahaja dia buat, tak perlu nak bersusah-payah hire maid ataupun Hannah yang buat. Suami mithali betul! Bila datangnya perangai manja isteri dia. Dia lah yang terpaling senyum sampai ke telinga. Melayan karenah isterinya sahaja membuat harinya bahagia. "Stay still. Jangan banyak gerak yayang nanti comot dia. Kalau yayang rasa lama sangat tunggu dia kering, yayang cuba tiup sikit-sikit," -Hannah. Terkedip-kedip mata Noah tika ini. "Huh huh huh macam ni ke, sayang?," -Noah. Perlahan-lahan dia tiup ke kuku jarinya tangannya yang sudah dioleskan manicure oleh isterinya. [💯SEMUA IDEA DARI PENULIS] [❗DILARANG PLAGIAT❗]