Nrxzxfh's Reading List
3 stories
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,912,416
  • WpVote
    Votes 76,745
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,219,777
  • WpVote
    Votes 119,205
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
Be With You [Malay Fanfic] by nalyaaf
nalyaaf
  • WpView
    Reads 46,047
  • WpVote
    Votes 1,904
  • WpPart
    Parts 55
Bae Irene menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Kim Jongin atau digelar sebagai Kai yang cukup terkenal dengan sifat ego dan sombong. Perangainya juga sering berubah-ubah mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Irene berusaha mencairkan hati lelaki itu. Malah, dia juga terpaksa berhadapan dengan pesaingnya yang sudah lama menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Dapatkah Irene menawan hati Kai yang seperti ais sejuk membeku? "S-saya suka awak" -Irene "Orang macam kau tak sesuai jadi yeojachingu aku" -Kai