starlight_rn's Reading List
179 stories
Gibran: Shattered Trust [C] by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 141,335
  • WpVote
    Votes 4,886
  • WpPart
    Parts 74
Gibran Ghazi x Nur Arabella Kharisa 3rd The Dementors Series Perkahwinan antara Gibran Ghazi dan Nur Arabella Kharisa bukanlah atas dasar cinta, tetapi hasil aturan keluarga. Dahulu, mereka adalah musuh abadi di Universiti Arkadia, sering bertelingkah dalam setiap pertemuan. Namun, demi menjaga nama baik keluarga, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan. Bella, seorang wanita yang tabah dan penyayang, berusaha menyesuaikan diri dalam perkahwinan tanpa cinta ini. Dia berharap, seiring waktu, Gibran akan membuka hatinya. Namun, Gibran masih terperangkap dalam bayangan cinta pertamanya. Tanpa pengetahuan Bella, hubungan masa lalu antara Gibran dan cinta pertama lelaki itu menjadi duri dalam perkahwinan mereka. Apabila kebenaran terbongkar, Bella merasa dikhianati oleh suami yang paling dipercayainya. Hatinya hancur, dan kepercayaannya musnah. Gibran, yang selama ini tidak menghargai perasaan Bella, akhirnya sedar bahawa cintanya hanya untuk Bella. Namun, segalanya sudah terlambat. Bella telah lelah berjuang sendirian dalam perkahwinan ini. Kini, Gibran berdepan dengan penyesalan yang mendalam. Dia ingin menebus kesilapannya dan memenangi semula hati Bella. Namun, adakah Bella masih bersedia memberi peluang kedua, atau perkahwinan mereka hanya tinggal kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan?
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 321,019
  • WpVote
    Votes 16,422
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]
Dia, Bintang di Syurga by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 62,991
  • WpVote
    Votes 4,862
  • WpPart
    Parts 40
( inspirasi daripada kisah nyata ) "Dia, suami dari neraka yang masih ku anggap sebagai kiriman terindah daripada Tuhan." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. [ update everyday | spin-off bukan cinta sempurna ]
Setulus Jänji. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 343,319
  • WpVote
    Votes 14,125
  • WpPart
    Parts 62
Thareq Aiman Al-Haq | Camellia Airis. [Unedited] Thareq Aiman Al-Haq dan Camellia Airis. Kedua mereka punya kisah bersama. Tapi itu dulu, sebelum Thareq pilih untuk putuskan hubungan mereka dan berlalu pergi tanpa sebarang pamitan. "Mummy teringin nak tengok achik kahwin dengan Mel." Akur dengan permintaan si ibu. Thareq pilih untuk melamar Airis sebagai isteri. Namun, bukan cuma lamaran biasa. Lamaran itu bersulam janji. "Kita kahwin. Dan aku janji aku tak akan halang hubungan kau dengan Izz atau dengan siapa siapa saja yang kau nak. Aku tak akan tuntut apa apa hak sebagai seorang suami." - THAREQ. Mengenali Thareq, Airis tahu lelaki itu seorang yang berpegang pada janji. Dan akhirnya dia setuju dengan permintaan Thareq. Saban hari, perkahwinan yang pada mulanya cuma terbina kerana sebuah janji mula membuahkan rasa ganjil di relung hati Airis. "Kau ada hati pada Airis ke, Thareq? Maksud aku, cinta. Kau masih cintakan Airis?" - IZZ. Namun, semuanya tidak sebegitu mudah. Tambahan dengan hubungan keruh di antara Thareq dan Izz. Sejak dulu, hubungan itu penuh dendam dan benci! Dan Airis juga tidak mampu untuk menafi perasaan yang kain menggebu buat lelaki itu. Hakikatnya, dia sudah jatuh sayang pada Thareq. Tapi bagaimana dengan Thareq sendiri? "Mencintai tak seharusnya memiliki."
DIA CINTA YANG LUAR BIASA  by wrtr_unknown
wrtr_unknown
  • WpView
    Reads 4,438
  • WpVote
    Votes 159
  • WpPart
    Parts 31
Mengisahkan pertemuan dua hati setelah lama menyepi. Pertemuan mereka berdua yang terakhir semasa mereka masih menjengah usia yang dikategorikan sebagai kanak-kanak. Khadeeja Diandra. Sebaris nama yang indah dan cantik sama seperti tuan badannya. Kemalangan yang berlaku beberapa tahun yang lalu telah menyebabkan Khadeeja dibenci oleh mummy nya sendiri kerana tragedi itu telah meragut nyawa suaminya. Oleh kerana merasa kasihan akan nasib cucunya, Dato' Hisyam berbincang dan membuat keputusan bersama-sama disepakati oleh Halina untuk mengahwinkan Khadeeja. Dato' Hisyam mula terdetik di hati dan berkenan untuk menjadikan anak pemandunya sebagai suami kepada cucunya itu. Namun sayangnya, Euzayr Eusoff telah mempunyai seseorang di hati. "Kalau along cakap along tak nak kahwin,adik percaya?" - Euzayr Eusoff "A-along tak bersedia lagi nak galas tanggungjawab ni. Lagipun along dah ada pilihan sendiri" Walaupun dia menafikan perasaannya, namun lama kelamaan timbul bibit cinta di antara mereka berdua. Sudah pun mempunyai pilihan hati, namun Euzayr tetap bersetuju apabila dia dijodohkan dengan Khadeeja. Dengan alasan, mahu mengenang jasa. "Namun, ada suatu hal yang membuatkan hatinya terpikat dengan Khadeeja. Hadirnya gadis itu seolah-olah menutup segala kekurangan yang ada pada dirinya. Dia lah cinta yang luar biasa buat Euzayr Eusoff. Tolong vote selepas baca ya... Terima Kasih❤️💐
Find The Heart Again by mieserene
mieserene
  • WpView
    Reads 545,385
  • WpVote
    Votes 16,114
  • WpPart
    Parts 95
[ B O O K 1 ] NEW VERSION Dalissa hanyalah gadis biasa - sehingga satu perangkap di hotel menjeratnya dalam skandal yang bukan miliknya. Ayden, lelaki kaya penuh dendam, percaya 'dia' telah menghancurkan cinta pertamanya. Tanpa menyiasat, dia membalas dengan cara paling kejam: memerangkap Dalissa menjadi isterinya. Dalam gelora kebencian dan rahsia yang terpendam, apakah kebenaran akan terbongkar sebelum segalanya musnah? Apabila dendam mula goyah dan hati mula berbicara, adakah cinta masih punya ruang untuk hidup semula? beautiful cover by @AizackMesle
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | EDITED VERSION C by Lynnesandra
Lynnesandra
  • WpView
    Reads 569,242
  • WpVote
    Votes 11,954
  • WpPart
    Parts 55
Tengku Ian Mikael | Nur Izzah Raihana Start: May 2024 End: August 2024
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 239,803
  • WpVote
    Votes 19,259
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & Spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 976,622
  • WpVote
    Votes 67,149
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
[C] SANGKAR RENJANA | EXTENDED VERSION by mzarieth
mzarieth
  • WpView
    Reads 59,362
  • WpVote
    Votes 3,457
  • WpPart
    Parts 92
[KOMPILASI VOL.1 | VOL.2] "Awak tahu kan, saya sanggup lepaskan apa saja tapi bukan Ihana? Jangan cabar saya, Ezar." - ZARIS DYNARA "Sayang nak lawan abang?" - EZAR RAYYAN "Tak pernah terdetik pun dekat hati saya ni untuk lawan awak. Tapi, kalau awak biarkan orang luar hancurkan apa yang saya bina selama ni, saya tak akan pertahankan apa yang awak gagal pertahankan." - ZARIS DYNARA Pernah saling mencintai sepenuh jiwa, mereka membina mahligai bahagia yang disangka kekal. Namun badai yang tak berkesudahan meretakkan segalanya. Setia bertukar curiga, cinta berubah luka. Dari celah retak yang kecil, lahirlah kemungkinan sebuah kehancuran... atau ...peluang terakhir untuk kembali menemukan bahagia? !! BERBEZA DENGAN VERSI EBOOK !! START : 14 AUG 2025 END : 27 APR 2026