nuruliman287182323
- Reads 1,617
- Votes 26
- Parts 31
Aira Sofea, seorang gadis berusia 22 tahun, hidup tenang sebagai pelajar jurusan farmasi. Namun hidupnya berubah sepenuhnya apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki asing - Mikhail Razin, ketua mafia paling digeruni di Asia Tenggara. Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta, tetapi perjanjian antara keluarga - satu cara untuk menamatkan dendam lama antara dua puak mafia: Arjuna Hitam dan Serigala Putih.
Aira yang tidak tahu-menahu tentang dunia mafia, mula mendapati dirinya menjadi sasaran musuh Mikhail. Pada masa yang sama, dia mula menyedari bahawa keluarga kandungnya menyembunyikan rahsia besar tentang siapa dirinya sebenarnya. Tanpa disangka, Aira merupakan kunci kepada peta senjata rahsia yang menjadi rebutan dalam dunia gelap.
Walaupun Mikhail kelihatan dingin dan kejam, namun perlahan-lahan dia mula melindungi Aira bukan kerana perjanjian - tetapi kerana hatinya yang mula goyah. Cinta yang tumbuh dalam diam itu diuji apabila Aira tahu kebenaran: Mikhail pada awalnya hanya mahu mempergunakannya sebagai umpan untuk menjerat musuh.
Aira harus memilih - mempercayai suami yang pernah mengkhianatinya atau melawan seluruh dunia mafia demi membebaskan diri.