aufawaqiuddin's Reading List
49 stories
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED) by _najwain
_najwain
  • WpView
    Reads 369,737
  • WpVote
    Votes 19,923
  • WpPart
    Parts 75
First story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mereka bertemu semula ketika Khairul berpindah di hadapan rumah agam Nadhirah. Nadhirah mula menyukai Khairul kerana muka Khairul hampir iras dengan selebriti kegemarannya, Lee Min Ho. Kehadiran Khairul disekolahnya memberi tuah kepada Nadhirah. "saya suka awak dari dulu lagi."-MUHAMED KHAIRUL LEE Nadhirah dipaksa berkahwin kerana ibu bapanya ke Mekah untuk menunaikan Haji. Dan tidak disangka, bakal suaminya adalah Khairul, gurunya sendiri. Perkahwinan yang diatur oleh keluarga Nadhirah telah memberi tuah kepada Khairul. Jejaka kacukan KOREA-TURKI-MELAYU. "Thanks awak.sayangggggg ustaz."-NUR AIREEN NADHIRAH Dapatkah Nadhirah mengharungi dugaan dan cabaran alam perkahwinan di usia muda? NOTES: Cerita ini mula ditulis pada tahun 2017 dan Author berusia 14 tahun. Segala typo, tatabahasa dan grammar berterabur harap dimaafkan. Author malas nak edit balik ;). Selamat membaca. START:july 2017 END:27 december 2019
Mr. Doctor untuk Miss Practical ✔ by Riff_Iffa
Riff_Iffa
  • WpView
    Reads 2,698,566
  • WpVote
    Votes 102,246
  • WpPart
    Parts 74
cerita ini bknlah fakta dan saya tahu ianya salah yg teramat sgt. Jdi mohon anda bca secara santai dan anggap sahaja ini cerita imaginasi Mengisahkan seorang gadis yang periang, berdikari dan berani. Bernama Amira Fadhiya atau lebih dikenali Dhiya. Baru menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Tamat sahaja pengajian, ayahnya menawarkan Dhiya untuk bekerja di hospital papanya. Dhiya ditawarkan jawatan sebagai pakar bedah jantung oleh ayahnya tetapi ditolaknya atas dasar tidak mahu jawatan tersebut dipilih kerana dia anak kepada pengarah hospital. Dia berasakan dia tidak layak mendapat jawatan tersebut dengan begitu mudah. Jadi, Dhiya memilih jawatan sebagai seorang Medical Assistant (M.A). Baginya jawatan tersebut layak untuknya di samping dia dapat lebih banyak pengalaman sekiranya bertugas di jawatan yang agak bawah berbanding doktor. Malangnya, dia terpaksa bertugas di bawah pantauan oleh seorang doktor lelaki pakar bedah jantung yang tegas dan menjengkelkan. Malah, dia juga merahsiakan identitinya bahawa dia anak kepada pengarah hospital. Tetapi rahsianya mulai terbongkar sehingga dia terjerat dengan suatu perkahwinan yang dirancang oleh papanya. Nak tahu siapa doktor lelaki tu? Nak tahu macam mana identiti Dhiya terbongkar? So, baca ja la novel ni. ................................................................... "Aku nak hari ni kau stay dekat hospital sampai pukul 8 malam. Kau kena ikut kemana je aku pergi." Ujar Zariq dengan senyuman sinis. "But.. Why?" Soal Dhiya terkejut. What?! Kena stay dengan dia sampai pukul 8 malam? Tak sanggup aku. Siap kena ikut dia lagi. No.. no.. NO! COMPLETED Start: November 2017 End: 5 April 2020
Suami Sementara © ✔️ by dsyluv
dsyluv
  • WpView
    Reads 3,093,048
  • WpVote
    Votes 100,526
  • WpPart
    Parts 51
" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwinan. Dia menganggap perkahwinan itu adalah satu perjudian. Tetapi bila umurnya sudah meningkat dewasa, Tan Sri Hamid daddy kepada Rasya memaksa untuk Rasya berkahwin secepat mungkin. Dengan alasan Rasya semakin dewasa. Rasya sebagai seorang anak dia tidak sanggup mengecewakan daddynya. Jadi dia terpaksa bersetuju dengan syarat biar dia yang mencari bakal menantu buat daddy dan mama nya. " Jadi suami sementara saya. Lepas setahun kita cerai. " - Rasya Medina " Saya setuju. " - Firash Mikhail. Apa yang akan jadi selepas itu? Kenalah baca kalau nak tahu kesudahan tentang cinta Firash&Rasya Happy Reading ❤️ Firsya; Start - 25.02.16 End - 5.10. 16 #1 Romance ( 27.5.2016 )
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,913,630
  • WpVote
    Votes 76,757
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
Oi, umurku 28! by Mina94
Mina94
  • WpView
    Reads 1,547,473
  • WpVote
    Votes 74,032
  • WpPart
    Parts 49
Nama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir tiap hari mama akan membebel dan asyik salahkan aku di atas sebab Herman kini dah kahwin lari dengan Mimi. Aku makin tertekan bila aku juga dah disuruh pindah kerja dari mengajar murid tadika ke murid tingkatan enam atas. Bukan itu sahaja, ianya adalah Sekolah Tinggi Lelaki Gadong Brunei. Sekolah yang dilabel sekolah deliquent di Brunei. Masalah betul.
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,735
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
OMG! Suamiku Greek! (Complete) by azizahbujal
azizahbujal
  • WpView
    Reads 252,436
  • WpVote
    Votes 9,522
  • WpPart
    Parts 45
Apakah yang akan berlaku apabila kromosom XY, DNA campuran Greeks dan Melayu berjumpa dengan kromosom XX berDNA Melayu tulen. Pasti akan ada pertembungan budaya, bahasa dan juga cinta. Ini adalah kisah antara Khairul Leonadis Aristides Rahman seorang pensyarah di sebuah kolej di ibu kota yang berketurunan Greek-Melayu dan Ariana seorang gadis Melayu tulen. Mereka pada mulanya berkahwin atas sebab wasiat (well... very cliché) dan permintaan nenek Leo (berketurunan Melayu) yang sudah uzur dan ingin menjodohkan cucu kesayangannya dengan wanita Melayu.
MISI MEMIKAT TENGKU HARITH #WATTYS2018 by Hagenda
Hagenda
  • WpView
    Reads 311,554
  • WpVote
    Votes 8,817
  • WpPart
    Parts 29
Kisah cinta antara Tengku Harith dan Aifa Batrisya...
SEMANIS TOMATO by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 26,527
  • WpVote
    Votes 645
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Semanis Tomato Penulis: Freesia Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-047-2 Harga: RM21.00 (Semenanjung) // RM24.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2017 Takdir Zafeeya dengan kaum Adam tak pernah indah. Bapanya bencikannya dan dia halimunan di mata lelaki-lelaki lain. Seringkali merasa tersisih dan keseorangan, dia gunungkan ego, dia keraskan hati agar ianya kebal untuk disakiti. Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan sinar cinta. Pertemuannya dengan Andriy tanpa dijangka telah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya. Demi memberi peluang kepada dirinya sendiri, dia belajar untuk keluar dari zon selesa. Egonya cuba direndahkan, hatinya cuba dilenturkan demi menjadi yang terbaik buat Andriy.
Mr. Dud Next Door by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 70,299
  • WpVote
    Votes 1,295
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Mr. Dud Next Door Penulis: Aisya Rihanna Muka Surat : 880 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-22-8 Harga: RM32.00 (Semenanjung) // RM35.00 (Sabah & Sarawak)