jarumemas's Reading List
199 stories
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE by CikAiZa243
CikAiZa243
  • WpView
    Reads 227,002
  • WpVote
    Votes 8,620
  • WpPart
    Parts 108
🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri warganegara Malaysia yang menetap di Mesir pada ketika itu. Humayraa Syahlaa, langsung tidak pernah mengetahui identiti sebenar ibu bapa kandungnya hatta melihat wajah mereka pun tidak pernah. Sakit rindu itu sangat menyeksakan terutama sekali apabila kita tidak dapat membayangkan wajah mereka. Fahryil Danial, seorang lelaki tampan mempunyai darah Thailand, merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Aminuddin dan Puan Sri Jeanne. Dia terikat dalam situasi yang memaksanya untuk berkahwin dengan Humayraa, walaupun hatinya telah dimiliki oleh teman wanitanya, Juvieya Aima. Ada sebab mengapa Fahryil sangat mencintai Juvieya Aima. Fahryil tidak ingin mempertahankan hubungan perkahwinan mereka manakala Humayraa pula tidak ingin menjadi janda pada usia yang sangat muda. Permainan yang dicipta, 'Billionaire vs Millionaire' merupakan cagaran serta taruhan mereka. Tanpa disedari, perkahwinan paksa ini sekadar asbab untuk mereka mencari diri mereka yang sebenar. Satu persatu kisah lama yang 'mindblowing' tersingkap dan menjawab persoalan mereka. Siapakah "Billionaire" dalam kisah ini dan siapakah "Millionaire" itu? "Satu demi satu peristiwa yang berlaku merupakan jawapan sang Tuhan untuk doa hamba-hamba-Nya." ..... "Kita semua ialah watak-watak dalam cerita novel, Humayraa! Kau ialah watak utama dalam novel kau. Aku ialah watak utama dalam novel aku. Cerita kita berbeza tetapi, Penulis yang sama." (Syarha Annisyha) *Amaran: terdapat penggunaan bahasa kesat di dalam novel ini. Diharapkan supaya para pembaca tidak mencontohinya.
TAMAT | EDWARD DRANZ FAWAAZ by NurulSyawana
NurulSyawana
  • WpView
    Reads 285,080
  • WpVote
    Votes 6,891
  • WpPart
    Parts 54
[ FIRST ROMANCE SERIES ] SEBELUM BACA FOLLOW DULU AMARAN : 100% FIKSI : PENULISAN YANG MASIH BANYAK KESALAHAN : LATAR BELAKANG YANG MENGIKUT IMAGINASI : TIDAK PERLU DIBAWA SERIUS Tolonglah jangan benci dan jangan halau sya ibu - SYA NAILAZAARA Siapa kau nak halang aku daripada halau kau! - PUAN SABARIAH Anak malang, tulah kau bebal sangat kan - IMRAH Bosan - SHAZLIN ............ Teresak - esak sya menangis meratapi kehidupannya yang malang terlahir dengan keluarga yang tidak menginginkan dirinya. Zahir dan Batinnya terseksa adakah tiada sedikit pun bahagia untuk dirinya yang kerdil ini permintaannya hanya ingin bahagia bersama dengan keluarganya. Selepas sahaja dirinya di fitnah mencuri gelang kakak sulungnya dia dihalau dan dibuang seperti sampah berjalan dengan tiada hala tujuan berharap ajal akan segera menjemput.Seorang gadis berumur 20 tahun yang baru sahaja ingin mengenal erti hidup namun dia terlebih dahulu dibesarkan dengan keadaan yang memaksa dirinya untuk mengetahui semua benda. 一 SYA NAILAZAARA Akhirnya, sayang you dah bebas I akan ambil you dan I akan jadikan you My Queen untuk selamanya dan takkan ada satu pun yang akan menyakiti you sayang. Seorang jejaka yang bernama Edward Dranz Adam terlahir dengan berdarah kacukan Malaysia dan Rusia menjadikan dirinya sangatlah tampan mempunyai mata hazel dan menyandang sebagai CEO di EDF HOLDING di Malaysia mahupun Rusia adalah merupakan pakej yang sempurna.Namun ianya akan lebih sempurna apabila bersama dengan Cinta hatinya yang tidak sengaja dilanggar di lobby syarikatnya. 一 EDWARD DRANZ FAWAAZ
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C) by cik_nightmares
cik_nightmares
  • WpView
    Reads 1,024,578
  • WpVote
    Votes 45,824
  • WpPart
    Parts 50
MEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati semua orang, tetapi usahanya tetap tidak dihargai. Paling pedih, orang yang paling dia percayai dan sayangi telah curang di belakangnya. Kejadian itu membuatkan dia trauma dan bertekad untuk tidak bercinta atau membuka hatinya kepada mana-mana lelaki lagi. ETHAN GRAYSON - Seorang lelaki yang menyimpan luka batin mendalam. Hidupnya penuh penderitaan; sering dipukul dan dihina oleh abang kandung serta ayah angkatnya, yang menjadikannya sebagai kuli. Tiada ruang untuk kebahagiaan dalam hidupnya, sehingga satu hari, kesabarannya mencapai batas. Semua dendam terpendam dilepaskan, menjadikan Ethan seorang lelaki yang kejam dan penuh amarah. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu Medina. Kehadiran gadis itu membawa sinar baru dalam hidupnya, tetapi Ethan masih terperangkap dalam sifat obsesifnya. Medina adalah dunianya, dan dia tidak akan membiarkan sesiapa pun merampas gadis itu daripadanya. Bahkan, dia sanggup membunuh demi memastikan Medina kekal menjadi miliknya. "Jangan takut, sayang. Aku takkan cederakan kau." - Ethan Grayson "Tipu! Awak penipu! Saya nampak semuanya... Ethan, kenapa awak macam ni? Saya tak sangka..." - Medina Izwani "Bukan macam tu, sayang. Itu bukan aku... Itu..." - Ethan Grayson "Saya tak percaya awak, Ethan. Lepaskan saya!" - Medina Izwani "Tak! Aku sesekali takkan lepaskan kau. Kau adalah milik aku! Selamanya." - Ethan Grayson Start - 5/10/23 End - 28/05/24 - (08/12/2025)
My Girl, Limited Edition! [C] [Awas Unedited, Cringe Overload] by airinezahara
airinezahara
  • WpView
    Reads 91,049
  • WpVote
    Votes 3,898
  • WpPart
    Parts 33
[In editing process yang tak tahu bila siap edit] [penulisan zaman saya sekolah 7 tahun lepas, jadinya ia sangat tunggang-langgang dan cringe sangat-sangat sampai saya tak sanggup baca] Tersalah masuk tandas? Ngeri juga bunyinya itu. Tetapi tersalah masuk hati orang lagilah ngeri. Tak pernah terlintas di dalam minda Ayna Aziatul Zahra, bahawa akan ada seorang apek Cina yang tergila-gilakannya. Nak kata cantik, tidak. Pandai pun, tidak. Apa lagi perangai, tak semenggah! Hairan juga macam mana apek itu boleh suka dia. Setahu Ayna, lelaki bangsa Cina ini agak sukar nak jatuh cinta dengan bangsa lain, tapi kalau dah jatuh cinta tu, maka setialah sampai hujung nyawa. Rezeki dan musibah itu suatu perkara yang kita tidak pernah dapat jangka. Pabila Sang Pencipta berfirman "Jadi.", maka jadilah ia. "Ayna? Ayna! Wake up! Someone please call the ambulance!" "Maafkan kami kerana terpaksa menyampaikan berita buruk ini, Ayna sebenarnya...." Baiknya seorang Nazmi Hanafi, tiada siapa yang tahu. Sayangnya seorang Nazmi Hanafi terhadap Ayna, hanya Tuhan menjadi saksi. Mahu dekat, serasa tidak layak. Mahu menjauh, ibarat memakan duri. Namun begitu, hatinya akan sentiasa bersama Ayna. Sentiasa, dan selamanya. Terima kasih, Tuhan. Selamat tinggal, sayang. "First love is permanent, but last love is unforgettable." Start: 1.6.2018 End: 2.7.2019
Mr. Ayyash | OG by niniiylys
niniiylys
  • WpView
    Reads 15,371
  • WpVote
    Votes 647
  • WpPart
    Parts 31
Kehidupan seorang Ayara Ella hanyalah seperti kehidupan manusia-manusia yang lain. Gadis periang dan memiliki warna mata hazel mampu menarik perhatian orang ramai. Tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya cuma normal dimata gadis kecil itu. Dia tidak mengetahui latar belakang keluarga kecilnya. Baginya itu adalah sesuatu yang berlaku di masa lalu dan dia tidak ambil peduli langsung. Sehinggalah dia dan keluarganya bertemu dengan keluarga Ayyash Ezra, gadis itu cuma berfikir dia akan menemuinya di sekolahnya sahaja, namun sangkaannya meleset. Mereka berjiran! Yang lagi pelik, keluarganya rapat sekali dengan keluarga Ayyash. Seperti ada kisah disebaliknya. Well, Ayara tetap Ayara. Dia tetap tidak ambil peduli. Ayyash Ezra dikenali sebagai lelaki populer di sekolah atas dasar ketampanannya. Lelaki hensem, siapa je yang tak minat bukan? Mempunyai sepasang anak mata berwarna hitam pekat dan mempunyai auranya yang tersendiri. Memiliki personaliti yang setiap gadis mahukan. Disebalik personalitinya itu, dia mempunyai kisah silam yang gelap. Tiada siapa yang tahu melainkan keluarganya. "Sejak kau masuk dalam kehidupan aku, semuanya berubah!" - AYARA ELLA "Kau takkan faham situasi sekarang. You are so nonchalant!" - AYYASH EZRA Selepas satu kejadian besar menimpa kedua keluarga itu, Ayara menghilangkan diri. Ayyash sudah buntu untuk mencarinya. Dia sedar dirinya sedang dilamun cinta saat pertama kali dia melihat Ayara. Dia mahu mencari Ayara semula. Siapa sangka? Gadis itu datang sendiri tanpa perlu dicari. Ayara mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya. "Look like I found you little star." - AYYASH EZRA "Am I know you..?" - AYARA ELLA Ayara mula curiga sejak dia bertemu dengan Ayyash semula. Dia juga sudah menaruh hatinya pada lelaki itu. Setelah memasuki alam perkahwinan, satu persatu rahsia antara keluarga mereka terbongkar. Persoalannya mampukah Ayara menerima semuanya setelah apa yang terjadi? Start : 22 Januari 2025 End :
HATI YANG IKHLAS BUAT ALYSSA | SLOW UPDATE  by urhsnaaa
urhsnaaa
  • WpView
    Reads 270
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 9
Alyssa Clara. _____ Dahulu, dia adalah lukisan hidup seorang gadis, ceria, lembut, dan penuh tawa. Namun sebuah tragedi mengubah segalanya. Keceriaan itu sirna, kelembutan itu memudar, dan tawa itu terkubur bersama luka silam. Kini, dia berdiri sebagai seorang wanita yang tegas, dingin, dan sukar didekati, seorang CEO muda yang berjaya, namun hatinya telah tertutup rapat untuk sesuatu yang bernama cinta sejati. Baginya, cinta hanyalah ilusi yang dicipta untuk menyakitkan. Puncanya? Lelaki. Bukan sekadar kekasih yang curang, tetapi juga ayah yang pernah dia sanjungi, lelaki pertama yang mengajarnya erti dikhianati. Irqal Al-Firdaus._____ Namanya bukan asing di litar perlumbaan dunia. Seorang pelumba F1 yang memukau ribuan hati, bukan hanya kerana wajah tampannya, tetapi juga kerana sikapnya yang merendah diri dan tidak pernah angkuh. Namun hidupnya berubah sekelip mata apabila dia dipaksa meninggalkan dunia yang dicintainya. Digantikan dengan kerusi empuk CEO, demi memenuhi janji lama antara dua keluarga. Dunia pejabat bukan pilihannya, tetapi dia terpaksa akur. Pertemuan Alyssa dan Irqal, bermula tanpa diduga. Satu kebetulan yang nampaknya biasa... tetapi apakah benar sekadar kebetulan? Mampukah seorang wanita yang telah lama memutuskan untuk tidak lagi percaya pada cinta, membuka semula pintu hatinya? Dan mampukah seorang lelaki yang terpaksa mengorbankan impian, membuktikan bahawa tidak semua lelaki membawa luka? Kerana kadangkala, luka terdalam hanya mampu disembuhkan oleh seseorang yang benar-benar mahu tinggal, walaupun hati kita telah berkali-kali hancur dan dibina semula sendirian. HATI YANG IKHLAS BUAT ALYSSA | OG Start : 4 Januari 2025 Finish :
Jika Kau Yang Memiliki [Complete] by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 84,197
  • WpVote
    Votes 4,602
  • WpPart
    Parts 58
○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 3 Mac 2025 End:-23 Disember 2025
MAYRA ADINDA by EllaAffandy
EllaAffandy
  • WpView
    Reads 432
  • WpVote
    Votes 77
  • WpPart
    Parts 8
Mayra Adinda hanya mahukan kehidupan sederhana bersama palet warna dan berus lukisannya. Tapi apabila maruah keluarga terancam dan syarikat ayah hampir musnah akibat sabotaj, May terpaksa mengorbankan segalanya, termasuk impian dan kebebasannya. Penyelesaiannya? Perkahwinan kontrak dengan Rizky Hisham, CEO muda yang dingin dan berkuasa. Setahun. Hanya setahun sandiwara sebagai isteri untuk menyelamatkan keluarga. May sangka dia mampu bertahan. Tapi yang dia tak sangka, Rayyan, adik ipar yang lantang membencinya, menuduh dia sebagai pisau cukur. Gold digger yang masuk keluarga Hisham untuk duit dan status. Dalam rumah besar yang serba dingin itu, May hidup seperti hantu. Suami yang acuh tak acuh. Adik ipar yang memusuhi. Mak mentua yang mengancam. Setiap hari adalah survival. Tapi perlahan-lahan, sesuatu berubah. Rizky mula melihat May sebagai manusia, bukan sekadar obligation. May mula merasakan Rizky bukan CEO yang dingin, tapi lelaki yang terluka dan kesepian. Mereka mula jatuh cinta. Hingga fitnah melanda. Gambar-gambar palsu. Tuduhan skandal. Ancaman berbahaya. Seseorang cuba memusnahkan perkahwinan mereka dengan segala cara. Dan ketika May hampir hancur, Rayyan musuh terbesar dia, tiba-tiba berubah menjadi pelindung. Kerana dia mula nampak kebenaran, May bukan pisau cukur. May adalah mangsa permainan jahat orang lain. Bersama-sama, mereka terpaksa mengesan siapa dalang sebenar. Bekas kekasih yang obsessed? Pesaing perniagaan yang dengki? Atau musuh yang lebih dekat dari yang disangka? Mampukah May dan Rizky mempertahankan cinta yang baru tumbuh? Mampukah mereka mengubah perkahwinan kontrak Atau adakah cinta mereka akan musnah sebelum sempat berkembang?
Isteri Ekspres Tengku Raiz by dayahnur
dayahnur
  • WpView
    Reads 1,346,033
  • WpVote
    Votes 37,324
  • WpPart
    Parts 53
Tengku Asyraf Raiz atau dikenali sebagai Tengku Raiz seorang lelaki yang terkenal pada usia mudanya disebabkan oleh kekayaan yang dimiliki olehnya Walaupun kelihatan sempurna pada mata orang lain namun dia adalah seorang duda dengan seorang anak perempuan yang baru berusia 3 tahun , selepas kematian isterinya dia bertekad untuk tidak berkahwin lagi namun disebabkan anaknya yang sangat sayang pada pembantu rumah mereka yang baru mula berkerja itu dia turuti juga keinginan anaknya untuk beribukan wanita itu Tapi yang menjadi masalahnya adalah pembantu rumahnya itu seorang gadis yang berumur 18 tahun yang baru mendapat sijil kelulusan SPM "Kenapa masih panggil saya bos , mulai saat ni saya suami awak jadi panggil saya abang dan kalau mengikut pangkat juga saya lebih tua dari awak kan" -Tengku Raiz "Awak terima saya sebab Jannah atau sebab awak suka saya?" -Aisyah Raihana "Sini la kita mandi sekali sayang..."-Tengku Raiz "gila ke apa awak ni...ei...tak nak lah saya"-Aisyah Raihana lama kelamaan hubungan mereka semakin erat Tengku Raiz ternyata sudah lama menyimpan rasa terhadap Aisyah namun dia menafikannya disebabkan oleh umur Aisyah yang begitu muda Aisyah pula mula menyayangi Tengku Raiz setelah dia melihat betapa sayangnya Tengku Raiz terhadap anaknya namun mana mungkin hubungan mereka sentiasa aman kan pasti ada yang akan mengganggu hubungan mereka dengan munculnya kehadiran Tengku Hafizzudin dan Amirul Mukmin telah membuatkan kedudukan Tengku Raiz dihati Aisyah tergugat
FLIGHT TO LOVE [C] by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 504,388
  • WpVote
    Votes 19,044
  • WpPart
    Parts 77
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊♥ ₊˚⊹♡ ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ʟᴏᴠᴇ ♡⊹˚₊ "When I love, I love badly not rudely." 𝐙𝐢𝐥𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐳𝐚𝐞𝐥 merupakan seorang lelaki yang tenang dan bermulut celopar. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 seorang gadis yang berkelulusan dari Universiti Oxford. Dia berasal dari keluarga bangsawan. Namun, dia tidak akan semena-mena menggunakan harta ibu bapanya. Dia akan berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Pertemuan mereka adalah disebabkan aturan keluarga. Mereka di aturkan untuk berkahwin. Zill tenang sahaja dan menerima serta cuba mendapatkan hati Aireen kerana dia yakin bahawa Aireen itu jodohnya. Namun, Aireen berasa sebaliknya. Mahu tidak mahu, Aireen perlu juga menerima kerana itu kehendak keluarganya. Namun, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ada sahaja dugaan yang melanda. Saat bahagia mula bertunas, hadir pula orang ketiga yang cuba meruntuhkan mahligai yang baru dibina. "Reen penat dengan semua ni, abang." -Aireen Zhafira "Abang akan buktikan yang apa pihak media cakap, semuanya salah." -Zill Rayzael Mampukah Zill mempertahankan rumah tangga mereka? Atau perkahwinan ini berakhir begitu saja? "I don't have anyone else. I only have you. I need you to stay. Please dont leave me." -Zill Rayzael --- START: 30 July 2025 END: 18 October 2025 ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ ⚠️JANGAN LETAK EXPECTATION TINGGI SANGAT, NANTI KECEWA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️