zulainawati's Reading List
3 stories
Terima Kasih Derita [TERBIT] by emma_zar4
emma_zar4
  • WpView
    Reads 35,420
  • WpVote
    Votes 1,253
  • WpPart
    Parts 21
BLURB: Afeeya Daniella binti Datuk Ammar, gadis Pan-Asia yang punya segala kelebihan. Namun kerana satu fitnah, Afeeya dibuang oleh bapa kandungnya sendiri pada hari kematian ibunya. Malah kerana fitnah yang sama juga, hubungan Afeeya dan kawan baiknya, Anissa telah musnah. Afeeya akhirnya terpaksa membawa diri dengan identiti yang disembunyikan. Namun takdir Allah, Afeeya terpaksa disatukan dengan lelaki yang begitu membencinya. Dialah Irfan Sufyan Tan Sri Yusuf! "Fan akan kahwin dengan dia, tetapi dengan bersyarat. Fan tak nak sesiapa pun tahu Fan kahwin dengan dia. Lebih-lebih lagi daripada Nisa. Dan kalau Fan dapat tahu yang Nisa tahu hubungan Fan dengan perempuan ni, Fan takkan teragak-agak untuk ceraikan dia! - Irfan Sufyan "Saya sedar diri saya di mata awak, Encik Irfan. Tadi awak ada kata yang awak seribu kali tak ingin dengan saya kan? Tapi awak tak tahu yang saya sejuta kali tak inginlah dengan awak!" - Afeeya Semenjak itu, hubungan mereka tidak pernah berubah dengan saling membenci. Namun tatkala cinta sudah hadir, Afeeya mendapat tahu bahawa Anissa yang pernah disebut-sebut suaminya rupa-rupanya ialah Anissa, bekas kawan baiknya sendiri. Afeeya reda... jika Anissa membongkar kembali fitnahnya di hadapan suaminya. Namun, sehingga bilakah Afeeya mampu merahsiakan identiti dirinya daripada pengetahuan semua? Adakah derita Afeeya akan berakhir juga pada akhirnya?
Ursula [TERBIT - PENULISAN2U] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 17,195
  • WpVote
    Votes 786
  • WpPart
    Parts 16
URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata. "Kahwin dengan aku atau aku bunuh dia sekarang, depan mata kau," - ASYFA HANNANI Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu. TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi... "Leave the past there. I wanna be your present, your future," - HADI Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail. Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa... "Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!" Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi situan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia?
Cinta MARYAM HANANIA by Syahazah99
Syahazah99
  • WpView
    Reads 318,236
  • WpVote
    Votes 9,064
  • WpPart
    Parts 40
Maryam Hanania,gadis yang tabah dan periang.tetapi menjadi pendiam dikala hatinya hancur oleh seorang lelaki ketika remaja dan sakit apabila dipinggirkan keluarga sendiri.masing-masing menaruh dendam terhadapnya.apa salahnya?bukannya dia diminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Desakan ibu bapa yang ingin mengahwinkan dia dengan Rayyan Amsyar hanya kerana harta dunia menyebabkan hatinya bernavnah kembali..kemana kewarasan mereka? hidupnya huru hara di saat menjadi isteri kepada seorang lelaki durjana.dia cuba menyesuaikan diri dengan keaadaannya sekarang tetapi gagal.mujurlah ada sokong daripada sahabat karibnya Siti,She Yi merekalah yang menyokong Maryam Hanania yang sudah berputus asa. Ketika Rayyan sedar akan kekhilafannya.dia mula mencari sinar bahagia bersama isterinya.Saat cinta mula terbit muncul Qaisara yang menagih kasih Rayyan yang ditinggalkannya dulu dan kisah silam dahulu terbongkar. Adakah Maryam Hanania dapat bertahan dengan dugaan ini?Apa yang akan dilakukan Qaisara?Adakah hati Maryam Hanania hancur lagi?rahsia apakah yang akan terbongkar?? Baca,vote dan komen segala perkara yang bermain di fikiran para readers..jika story ini mungkin sama seperti kalian punya..jangan bimbang kerana kandungan dalam story ini adalah asli dan berdasarkan pemikiran author sendir dan itu hanyalah kebetulan sahaja.. Salam Sayang, Hafizah Syahirah.