Rhyea09
Sekadar susunan kata
Dari seorang insan biasa
Yang tidak sempurna
Kadangkala pemikiran yang tersimpan
Yang tak pernah dikatakan
Diluahkan melalui tulisan
Aku coretkan di sini
Kerna ia lebih berseni
Itu lebih aku sukai
Daripada berbicara sia-sia
Kerana tidak semua mengerti bahasa
Tidak semua mengerti pemikiran kita
Aku hanya seorang gadis
Yang gemar menulis
Kata-kata bercorak puitis
Walau terkadang bebas tanpa landasan
Namun aku masih punya impian