hyeyramera
"Boleh cik datang hospital sekarang ? Fiance cik mengalami kemalangan dan sekarang dia dibawa ke hospital yang berdekatan untuk diperiksa"
Satu berita yang membuatkan dunia Ammara seakan berhenti seketika. Sangat menyedihkan kerana lagi seminggu saja lagi majlis perkahwinan mereka akan berlangsung.
"Tolong kejutkan aku dari mimpi ngeri ni Qeel. Aku nak bangun. Aku tak nak mimpi ni datang lagi" rayu nya pada adik arwah tunangnya.
Hari demi hari , dia cuba untuk bangkit. Kuatkan semangat nya dengan sendiri. Gagahkan juga untuk melawan segala rasa sakit nya dia pada waktu ini. Hanya dia je tahu betapa perit nya yang dia rasakan pada waktu ini.
"Kawin dengan aku jom ? Insyaallah aku boleh sembuhkan luka yang ada kat dalam hati kau"
Aydell yang berusaha untuk dapatkan cinta Ammara dari dulu lagi. Tetapi dia hanya mampu berdiam kerana Aydell tahu yang tak mungkin dia akan dapat seorang Ammara Madeena.
"Kita jaga dia macam anak sendiri ye Ay. Lagipun dia kan anak kepada ex kau"
Kehadiran seorang bayi yang baru berusia seminggu itu , mengubah hidup Ammara dan Aydell selepas mereka berkahwin. Tiada lagi pergaduhan mulut , dan tiada lagi tidur bilik asing asing.
Kerjasama , tanggungjawab mereka semua adil. Kerana seorang bayi , Ammara mula jatuh hati dengan Aydell. Ya Aydell seorang yang penyayang , ia membuatkan Ammara tak lena tidur kerana ingin mengatakan yang dia dah mulai suka dengan Aydell.
"Am...Amm cin..cintakan Ay"
Saat yang di nanti nantikan untuk Aydell. Setelah beberapa tahun dia menyimpan perasaan nya terhadap Ammara , dan harini Ammara meluahkan isi hatinya.
Tapi ....
"Kenapa semua ni berlaku pada Amm ? Amm tak kuat mommy. Kenapa dunia ni tak adil buat Amm ? Atau Amm memang tak layak untuk bahagia ?"
Satu persatu dugaan yang menimpanya sehingga dia berasa trauma. Tetapi dia bangkit sekian kali nya demi anak anak.
"Dedi kuat ye. Cepat sihat dedi. Anak anak tunggu dedi balik rumah"
Dan ini lah TAKDIR dimana mereka diuji dengan pelbagai dugaan.