Horror
6 stories
HILANG. by YUMUYUL
YUMUYUL
  • WpView
    Reads 2,405
  • WpVote
    Votes 38
  • WpPart
    Parts 4
"Ayah! Ayah!" Ayman langsung terjaga dari mimpi. Keringat dingin membasahi tubuh. Dia menangis sendirian. Sudah lima tahun berlalu semenjak ayahnya hilang tanpa jejak. ************************************** Januari 2013. Suatu kes kehilangan lelaki berusia lingkungan 50-an menggemparkan negara. Pihak polis langsung tidak dapat mengesan jejak mangsa. Mangsa dipercayai diculik untuk tujuan pemerdagangan manusia. Mangsa juga dipercayai telah dibunuh, namun mayatnya tidak dapat dikesan. Penjenayah sangat licik dan teliti melupuskan bahan bukti. Akhirnya, kes itu ditutup begitu sahaja. ************************************** Ayman merupakan pelajar jurusan undang-undang di Yale University, USA. Dia berjanji akan menuntut keadilan untuk bapanya. Dia tidak berpuas hati mengapa pihak berkuasa tidak dapat menyelesaikan kes tersebut. Tidak cukup dengan kehilangan ibunya akibat kemalangan jalan raya 10 tahun lepas, kini dia harus menanggung derita kehilangan bapanya. Pada suatu hari, Ayman diarah berpindah kerana tuan rumah ingin menjual rumah sewa yang didudukinya. Dibantu oleh rakan sekerja, Ayman berjaya mendapat sebuah rumah banglo dengan harga yang sangat murah. Kejadian aneh sering menimpanya semenjak menetap di situ. Dia sering diganggu oleh makhluk misteri pada setiap malam. Ayman yakin makhluk misteri itu merupakan roh ayahnya yang ingin Ayman mencarinya semula, berdasarkan petunjuk yang diberi melalui mimpinya. Lebih mengejutkan apabila Ayman mengesyaki mayat ayahnya ditanam di sekitar kawasan rumahnya. " Demi keadilan untuk bapaku tercinta, aku harus memberanikan diri." - Ayman.
PROJEK SERAM MUZIUM - CANANG ANISAH by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 2,475
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 7
"Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!" Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta mereka siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan itu.
NAFSU by dearnovels
dearnovels
  • WpView
    Reads 62,517
  • WpVote
    Votes 730
  • WpPart
    Parts 13
NOVEL SERAM THRILLER TERBITAN DISEMBER 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
PROJEK SERAM HUTAN - YAKSHA by NovelisAduka
NovelisAduka
  • WpView
    Reads 1,471
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 5
Sejak kawan baiknya Roslee meninggal dunia, sikap dan perilaku Azmi berubah 180 darjah. Daripada suami dan ayah yang penyayang, Azmi berubah menjadi perengus. Keadaan semakin bertambah parah apabila seorang lagi rakannya meninggal dunia. Sejak itu, dia sering dibayangi ketakutan yang tidak diketahui daripada mana puncanya. Rakan-rakannya satu persatu satu bangkit menuntut pembelaaan daripada Azmi. Azmi terpana, dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Dia bimbang, andai gilirannya tiba. Adakah mampu untuknya bersyahadah?
Projek Seram Restroom - Jalan Kematian by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 13,721
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 7
"Pilihlah...aku beri kau dua pilihan..." Satu demi satu ahli Geng Berlima ditemui mati di dalam tandas di Kem Serikandi. Semuanya terjadi apabila mereka menyumbat salah seorang serikandi di dalam tandas di kawasan larangan kem itu. Apa kaitannya kematian ahli Geng Berlima dengan serikandi yang menjadi mangsa kenakalan mereka? Mengapa kematiannya mesti berlaku di tandas?
Seram Hospital by Nohara_Alramadani
Nohara_Alramadani
  • WpView
    Reads 16,336
  • WpVote
    Votes 588
  • WpPart
    Parts 10
Cerita-cerita aneh yang berlaku tanpa dipinta.