My favorite 😍😜
18 stories
ASH VEIL by velynrayn
velynrayn
  • WpView
    Reads 40
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 3
Dendam telah bangkit daripada luka yang tidak pernah sembuh. Maruah seorang Raja yang diinjak tanpa nilai menjadi punca kehancuran yang merentasi dua dunia. Di sebalik bara itu, Meela Vespera menggerakkan segalanya, menuntut keadilan dengan cara yang menelan nyawa dan mengheret takdir manusia ke dalam kegelapan. Callista terperangkap di tengah pusaran itu. Antara dunia manusia dan dunia yang tidak pernah menerima kehadirannya. "Aku sudah tidak dibenarkan ke Elarion. Pintu telaga sudah tertutup." - Callista Namun Caelthor, anak lelaki yang mewarisi darah campur, manusia dan khayalan. Caelthor Marcel menolak takdir yang cuba memisahkan mereka. Fenomena pembunuhan orang tuanya menimbulkan hasrat pemberontakan. Ingin memiliki Callista sebuah kemenangan. Tetapi lama-kelamaan Caelthor melindungi Callista dengan cara yang sering melukakan. "Jika begitu, usah kau ke sana. Aku merayu... jangan kau gadaikan dirimu demi rasa yang tidak pernah menemukan noktahnya." - Caelthor Di saat dirinya sendiri semakin hilang kawalan, tubuhnya menjadi medan perebutan kuasa lain yang dahagakan jiwanya. Cinta yang tumbuh antara mereka bukan sekadar terlarang, ia menentang hukum dua dunia yang tidak pernah ditakdirkan untuk bersatu. Adakah mereka memilih cinta atau takdir? Adakah mereka akan bertahan terhadap keinginan atau hilang sepenuhnya dalam retakan, di mana setiap jiwa akan menuju noktahnya sendiri?
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,592,275
  • WpVote
    Votes 141,224
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
Daniel: The Sweet Husband (C) by itsnas
itsnas
  • WpView
    Reads 32,450
  • WpVote
    Votes 1,173
  • WpPart
    Parts 64
Thalia Natalia | Tengku Daniel Fariz Thalia Natalia, hancur hatinya apabila tunangnya, Tengku Zafran Faiz, mengkhianati cintanya dengan wanita lain. Pertunangan yang dibina atas dasar cinta musnah dalam sekelip mata. "Tak guna punya jantan! Sanggup you curang dengan kawan baik I!" - Thalia Natalia "I'm sorry darling, I khilaf. Kita mula balik dari awal, please? Family kita pun tak nak kita putus," rayu Tengku Zafran Faiz. Namun, Thalia nekad untuk membalas dendam. Sasarannya? Abang kepada Zafran, Tengku Daniel Fariz. Segala cara digunakan untuk menggoda Daniel, namun usahanya menemui jalan buntu. "Awak boleh tolong saya?" Thalia Natalia "tolong apa?" Tengku Daniel Fariz "Tolong jadi suami saya" Thalia Natalia Keadaan menjadi rumit apabila satu pengumuman mengejutkan dibuat. "Sebenarnya Aunty, Mama, Lia pregnant... anak Daniel." - Thalia Natalia "Cuba awak tunjuk macam mana awak boleh pregnant anak saya," Tengku Daniel Fariz "Sekali kau dah masuk dalam hidup aku, kau dah tak boleh lari dari aku. You are mine," Tengku Daniel Fariz. Berjayakah Thalia Natalia menggoda Tengku Daniel, semata-mata untuk membalas dendam terhadap bekas tunangnya? Atau adakah dia terperangkap dalam permainannya sendiri? Started 2/11/2025 Ending 2/6/2026
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 10,892,246
  • WpVote
    Votes 635,222
  • WpPart
    Parts 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.
MISS FORENSIC, CAN YOU HELP ME? (OG) by ATIKAH_ANUAR
ATIKAH_ANUAR
  • WpView
    Reads 635
  • WpVote
    Votes 145
  • WpPart
    Parts 36
~Don't Trust Anyone~ "Aku tak boleh mati." Itulah ayat terakhir sebelum Zayril Naufal kehilangan nyawanya. Seorang ahli toksikologi yang dibunuh secara misteri. Namun selepas kematiannya, dia kembali... bukan untuk mencari kehidupan yang telah hilang, tetapi untuk mencari siapa yang bertanggungjawab meragut nyawanya. Dan satu-satunya orang yang mampu melihatnya ialah... Nayla Inara. Seorang pakar forensik yang hanya percaya pada bukti, fakta dan logik. Bagi Nayla, perkara ghaib hanyalah sesuatu yang tidak mempunyai tempat dalam dunia sebenar. Sehinggalah Zayril muncul dalam hidupnya. Meminta bantuan. Menuntut jawapan. Dan enggan pergi walaupun berkali-kali ditolak. "Aku takkan pergi selagi kau tak tolong aku." - ZAYRIL Namun sejak kehadiran Zayril, satu demi satu kematian misteri mula berlaku. Adakah semuanya hanya kebetulan? Atau ada seseorang yang sedang menyusun setiap kejadian dari balik bayang-bayang? Semakin Nayla menyiasat, semakin banyak petunjuk aneh muncul. Petunjuk yang mula mengaburkan batas antara logik dan realiti. Dan semakin hampir dia menemui kebenaran... Semakin dia sedar bahawa kematian Zayril bukan sekadar sebuah pembunuhan biasa. Ada rahsia yang sengaja disembunyikan. Ada seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kebenaran terus terkubur. "Kalau kau tahu siapa aku... kau akan benci aku, Nayla." - ZAYRIL Siapakah sebenarnya Zayril? Mengapa hanya Nayla yang mampu melihatnya? Dan apakah kematian Zayril mempunyai kaitan dengan rahsia besar yang selama ini tersembunyi? Kerana dalam permainan ini... Don't trust anyone. Genre: TRILLER+ROMANCE COMEDY Thank you kepada semua yang sudi membaca. Semoga korang suka dengan perjalanan cerita ini. ❤️ Started on: 8 June 2026 End: ***********
The Tengku's Spy  by softwiyy
softwiyy
  • WpView
    Reads 5,923
  • WpVote
    Votes 723
  • WpPart
    Parts 9
『1st collaboration story 』 《 semua author tukar nama dah cari sendiri hehe 》 Kehidupan 11 orang remaja menjadi huru hara apabila mereka terpaksa menjalankan misi yang misteri. Ini semua angkara TENGKU ARYAN SYAH, pelajar tahun akhir sebuah universiti terkemuka. Hidup mereka berubah 360 darjah bila hadirnya TENGKU ARYAN SYAH. Misi yang Aryan perolehi mengkehendakinya mencari beberapa orang untuk menjayakan misi. Tapi apakan daya, nasibnya malang apabila yang dia jumpai hanyalah remaja-remaja perempuan. Remaja perempuan yang penuh dengan cekadak masing masing. Boleh bawak ke hospital mental! "Penting sangat benda dalam beg tu pada kau?" - Wiyyah "Kalau benda ni hilang, mampus aku." - Aryan Syah Rahsia, apa yang Aryan lakukan semuanya atas nama rahsia yang harus dijaga dengan rapi. Tapi, tugasan rahsia ini mengharuskannya untuk mencari pembantu yang boleh dipercayai "Kau semua kena tolong aku!" - Aryan Syah "Kalau aku tak nak? kau nak buat apa?" -Insyee Siapa sahaja yang mampu menerima tugasan rahsia daripada stranger? hanya menempah bala adalah! "Belanja kitorang beg prada dulu!" -Jane "Fine" -Aryan Syah Semua gadis itu tercengang mendengar misi yang mereka perlu laksanakan. Mustahil bukan, untuk mereka jayakan. Tetapi, demi beg prada, gucci dan chanel. Mereka akan selesaikan. "We're, THE TENGKU'S SPY." Pose as a friend, work as a spy.
Rare Husband © by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 2,029,305
  • WpVote
    Votes 59,617
  • WpPart
    Parts 74
Aulia Malaikha seorang gadis yang ceria. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 20-an. Siapa sangka seorang senior yang sirius telah mencuri hatinya. Aulia Malaikha cuba untuk mendapatkan perhatian dari seorang lelaki Bernama Nadiem Zhafran. "Jaga kawan kau ni baik-baik, jangan jadi macam monyet dekat sini" - NADIEM ZHAFRAN "Stop jadi perempuan murah Aulia!" - NADIEM ZHAFRAN Semua kata-kata dari mulut lelaki itu hanyalah hinaan yang menyakitkan hati. Aulia cuba untuk berpaling dan melupakan perasaannya terhadap Nadiem tetapi disebabkan urusan kerja mereka bertemu semula. "Aulia Malaikha, seduce me like you do before" - NADIEM ZHAFRAN 📌 *WARNING* 📌 • Cerita ni agak cliché and cringe • Sweet • Abaikan typo • Kalau cerita ni tersama dengan mana-mana cerita lain, itu hanya kebetulan • No plagiat • Jangan lupa vote ⭐ and comment ✍️ LOVE U GUYS❤️ Published : *SEPTEMBER 2022*
DALAM BENCI AKU MENCINTAINYA (COMPLETE) ✔️ by ATIKAH_ANUAR
ATIKAH_ANUAR
  • WpView
    Reads 16,994
  • WpVote
    Votes 701
  • WpPart
    Parts 70
DARWISYA IAMANI hidup hanya dengan mengikut kata hati, bebas, degil, dan tak suka dikawal. Tapi satu kesilapan yang lahir dari sikapnya sendiri telah mengubah segalanya. Demi menutup maruah keluarga, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang paling dia benci ARYAN HAZEEQ, seorang lelaki dingin dan tegas, namun disegani kerana kejayaannya. "Kau benci aku, kan?"- Aryan Hazeeq. "Dari hari pertama kita kahwin."- Darwisya Imani "Bagus. Sebab dari hari pertama tu juga... aku dah mula jatuh cinta dengan kebencian tu."- Aryan Hazzeq Bagi Aryan, perkahwinan itu bukan pilihan. Tapi kerana janji, dia rela memikul tanggungjawab itu walau terpaksa mengikat hidup dengan gadis yang menentang setiap katanya. Namun semakin dia cuba menjauh, semakin takdir mempertemukan mereka dalam keadaan yang tak disangka antara cinta dan dendam, antara rahsia dan kebenaran. Di sebalik semuanya, terbongkar kisah lama yang lebih gelap daripada apa yang mereka sangkakan. Saat kebenaran tersingkap, hanya dua pilihan yang tinggal samada memaafkan atau membalas. Dan di antara dua jiwa yang pernah saling membenci, cinta yang lahir akhirnya menjadi senjata paling kuat untuk mereka bertahan... walaupun dunia tak lagi berpihak. Kalau nak tahu bacalah! Kalau ada idea nak tambah boleh la comment ye. Muah cikit. Hai korang, hopefully korang suka dengan story ni. Vote okay! Thanks for your support Enjoy your reading.... 100%....idea sendiri Anything you can comment. Jangan risau, penulis sporting heheheh. ⚠️ : dilarang sama sekali memplagiat story ini (aku sumpah jadi suami aku)
Cikgu Praktikal is Mine !  by agneestar
agneestar
  • WpView
    Reads 267,506
  • WpVote
    Votes 11,791
  • WpPart
    Parts 81
Qhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome tapi otak senget ! " - Qhaira Tasneem SPM pun tak lepas lagi tiba tiba Qhaira Tasneem dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tak pernah didugainya untuk menjadi pasangan hidup di dunia ini. Impossible ! "Kau ni lelaki ke perempuan ha ? Ganas semacam. " - Muhammad Khairul Mereka hidup sebagai suami isteri. Semakin hari rasa cinta itu semakin dekat. Rasa cemburu menguasai diri masing-masing. "Betul cakap dia cinta pertama memang sukar untuk dilupakan dan dia adalah cinta pertama aku" Adakah jodoh mereka dapat bertahan lama pada usia muda ini ? 14July2018 - 29Feb2024 (the end)