HilalAsyraf
3 stories
Pemburu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 7,200
  • WpVote
    Votes 193
  • WpPart
    Parts 7
PEMBURU - Ini pula kisah seorang pemuda bernama Bakri. Dia ini berkebolehan luar biasa. Bukan sebab dia ada magik, tetapi sebab dia melalui satu eksperimen yang bapa dia, Mustafa, jalankan kepada dia semasa Bakri masih budak. Mereka ini sedang dalam usaha untuk menumbangkan sebuah organisasi jahat yang sangat berkuasa tetapi juga sangat rahsia. Organisasi jahat itulah yang meragut nyawa ibu Bakri. Negara Malaysia pula ketika ini sudah hampir hendak berjaya membebaskan Palestin. Jadi kuasa-kuasa besar dunia tengah bengkek dengan Malaysia. Organisasi rahsia lagi jahat ini pun memberikan fokus kepada negara yang bergelar Harimau Asia itu. Ini menyebabkan Bakri dan Mustafa pergi ke Malaysia untuk menyelesaikan misi besar mereka. Namun tanpa pengetahuan Bakri, bapanya ada menyimpan lebih banyak rahsia.
Membunuh Muhammad by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 3,087
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 5
Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus'ab juga tidak berdiri dan bersedia untuk kemungkinan terburuk. Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi yang besar - MEMBUNUH MUHAMMAD. Satu usaha drastik yang bermatlamatkan pengakhiran pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus'ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun. Bagaimana pengakhiran Saga HERO ini? Sudah pasti jalan perjuangan ini tidak sunyi dari cabaran yang menggegarkan!
Tetamu Tuhan 50 Hari by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 5,541
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 5
Novel Tetamu Tuhan 50 Hari membawa pembaca meneliti kisah Wasim, seorang pemuda berusia awal 30-an. Walaupun mempunyai isteri yang solehah, dia hidup terumbang-ambing dengan pendapatan yang cukup-cukup makan, solat tunggang langgang, kuat hisap rokok. Dia juga merupakan seorang anti-sosial, tidak betah bergaul dengan orang ramai. Tetapi tanpa disangka-sangka, Wasim mendapat panggilan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 Hari, bagi menunaikan Haji. Kosnya pula sudah ditanggung! Bagaimanakah Wasim menghadapinya?