Tillacharl's Reading List
26 stories
Dia Suamiku [E-BOOK]  by kasturimadu
kasturimadu
  • WpView
    Reads 357
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 6
Farid Iskandar siapa yang melihatnya pasti akan terpukau dengan kekacakan yang dia miliki. Dia punya segalanya. Boleh dikatakan dia adalah lelaki cukup pakej. Tapi ramai yang tidak tahu, kerana kekayaan yang dimiliki hidupnya sudah jauh tersasar di landasan fitrahnya sebagai seorang lelaki sejati. Dia diuji dengan nafsu syahwatnya yang lebih cenderung kepada hubungan sejenis. Ya, dia adalah lelaki homoseksual. Dian Humaira dia cuma seorang gadis biasa. Hidupnya cuma sebatang kara. Dibesarkan di sebuah rumah anak yatim cukup menjadikan Dian seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang gadis yang tak punya siapa-siapa di dalam hidupnya. Takdir menemukan Dian dan Farid. Dan kerana takdir juga mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri. Dian yang sudah pun mengetahui akan Farid yang merupakan seorang lelaki homoseksual ikhlas menerima suaminya itu seadanya. Dalam hati Dian, dia nekad mahu membantu Farid supaya berubah dan kembali kepada fitrah asalnya sebagai seorang lelaki sejati. Tapi lain pula dengan Farid. Farid seakan memasang tembok diantara mereka berdua. Dan Farid seakan tidak mahu berubah. Dia bahkan semakin hanyut dan lalai bersama kekasih hatinya Andy. "I cuma cintakan Andy. Hanya Andy yang faham I. Hanya Andy yang I perlukan dalam hidup I," - Farid Iskandar. "Jangan terlalu mengikut hawa nafsu awak. Ini hanyalah permainan iblis yang hanya mahu terus menyesatkan anak-anak Adam di muka bumi ini," - Dian Humaira. "Farid tu hak I. Jangan you cuba nak rampas dia dari I," - Andy Raikal. Mampukah Dian untuk terus membimbing Farid untuk terus kembali ke pangkal jalan? Dan bagaimana pula dengan Farid? Mampukah dia berubah atau terus hanyut bersama dengan Andy? 📌 READY FILE 📌 PENGHANTARAN DALAM TEMPOH 24 JAM 📌 BOLEH WHATSAPP KE 0128450800
Pengantin Ekspres - Azieana by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 1,219
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Parts 10
BLURB: Amiera diminta menggantikan tempat Gina untuk menghantar baju pengantin ke Hotel Diamond. Tanpa disangka, dia juga diminta menjadi pengganti pengantin perempuan yang telah menghilangkan diri. "I bayar you RM 10 ribu untuk malam ini." - Qaisar. "Hah! RM10 ribu?" -Amiera "Kenapa? Tak cukup? I tambah lagi, jadi RM20 ribu. You hanya perlu berlakon jadi pengantin perempuan malam ini. You kena sentiasa ada di sisi I sehingga selesai majlis. Itu sahaja tugas you." - Qaisar. Kejadian dia menjadi pengantin ekspres telah menjadi tular kerana dia mengganti tempat Emilly, seorang model yang menjadi isteri kepada Umair Qaisar, cucu kepada pemilik Hotel Diamond iaitu Tan Sri Mokhtar. Bagi Qaisar pula, dia tidak pernah mencintai Emilly. Dia menerima Emilly kerana dia tiada pilihan hati dan juga gesaan keluarga. Tapi sejak dia bertemu Amiera, dia tak mampu menyembunyikan perasaannya. "Woi, rugi sangat-sangat kalau you tolak lamaran lelaki handsome dan kaya macam Encik Qaisar ni. Kalau I, jadi isteri nombor tiga pun sanggup tau!" - Gina. Manakala, Rizal yang telah lama menyukai dan mencintai Amiera, telah bertindak lebih pantas dengan menghantar lamaran tanpa pengetahuan gadis itu. "Orang tua aku dah terima lamaran Abang Ijal." - Amiera Namun, satu kejadian membuatkan Rizal terpaksa akur apabila Amiera nekad memutuskan ikatan pertunangan mereka. Kali ini, Qaisar pula bertindak dengan melamar Amiera dan terus mengikat tali pertunangan. Malah mempercepatkan perkahwinan kerana bimbang Rizal akan terus mendesak Amiera menerimanya semula. Kemunculan Sandra secara tiba-tiba dalam majlis perkahwinan Qaisar dan Amiera telah memporak-perandakan perasaan Amiera. Bukan itu sahaja, Sandra membuat tindakan drastik dengan menculik Amiera serta meminta wang tebusan daripada Qaisar. Siapakah Sandra sebenarnya? Dan apakah hubungan Sandra dengan Qaisar? Bagaimana Qaisar mengatasi masalah ini demi menyelamatkan Amiera, satu-satunya perempuan yang disayangi dan dicintainya?
Janda Itu Milik Aku - Arsya Aisya by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 11,770
  • WpVote
    Votes 116
  • WpPart
    Parts 12
"Tak payahlah buat muka malu-malu kucing, aku tak teringin pun nak dekat dengan kau. Geli!" - Muslim "Setelah akad terlafaz atas saya, maka suka atau tidak, saya sudah menjadi hak Encik Muslim" - Mariam Diangkat menjadi isteri dalam usia tersangat muda bukanlah sesuatu yang mudah bagi Mariam. Lagi-lagi menjadi isteri kepada seorang Muslim. Kesabarannya sering diuji. Namun untuk berpaling bukanlah Mariam. Dalam diasak kebencian oleh suami sendiri, dia teguh berdiri sebagai seorang isteri kerana sudah menjadi tanggungjawab dia berada di sisi suami. Saat pengorbanannya mula membuahkan hasil, rumah tangga mereka diuji. Kerana sebuah fitnah, mengubah semuanya. Dirinya dipersalahkan dan status 'janda' menjadi galang ganti. Kecewa dengan takdir, dia membawa diri jauh daripada yang mengenalinya. 7 tahun berlalu, Mariam ditemukan dengan Dzulfahmi, lelaki yang merupakan sahabat sekampung sejak kecil. Apakah takdir ini kejam? Dipertemukan dengan lelaki itu dia tidak kisah, tetapi tanpa mereka sedar ia bakal merubah kehidupan mereka. "Kau tak percayakan aku? Kau bukan isteri orang, kan?" - Dzulfahmi "Tak, Dzul. Aku bukan milik sesiapa. Aku janda, Dzul. J-A-N-D-A!" - Mariam "Buat apa aku nak cari anak dara lain kalau depan aku ni pun masih anak dara?" - Dzulfahmi Pertemuan yang singkat menyingkap sejarah lama, berjaya memujuk hati Mariam kembali ke tempat asal. Dek asakan rindu yang menebal dan rasa bersalah terhadap keluarga di kampung, dia rela. "Be my journey." - Dzulfahmi Dzulfahmi melamar dan Mariam terima. Saat semuanya kembali seperti asal, Muslim pula menagih kasih Mariam kembali, sedangkan hati Mariam masih terparut luka lama. Mariam keliru sehingga akhirnya Dzulfahmi menjauh. Apakah dia harus mulakan cerita baharu dan tinggalkan sejarah lama yang menyakitkan? Adakah bahagia yang sudah lama pergi menjengah hidupnya semula? Cinta bukan untuk menyakiti. Cinta membahagiakan walau hati tersakiti!
Izinkan Aku Menjadi Pengganti | Nura Maisarah (Complete✅) by Nura_Mxisarah
Nura_Mxisarah
  • WpView
    Reads 9,251
  • WpVote
    Votes 473
  • WpPart
    Parts 24
Andai aku tak mampu memilikimu,berilah aku peluang untuk menjadi pengganti dia -Wardah Sakeena- Satu tragedi tragik yang terjadi semasa zaman kanak-kanaknya membuatkan Wardah Sakeena terpisah dengan ibunya,Puan Syuhada' dan bapanya Encik Wafa' serta kakak kembarnya,Sarah Wardeena. Dan pertemuan dengan lelaki bernama Areef Zafran yang memperkenalkan dirinya sebagai suami Sarah Wardeena memeranjatkan Wardah Sakeena. Lelaki itu menawarkan Wardah Sakeena tinggal di rumahnya dan tanpa berfikir panjang,Wardah Sakeena menerimanya. Namun mengapa ada yang tidak kena dengan situasi di dalam rumah itu?
En Doktor VS Cik Nurse by SheisMin
SheisMin
  • WpView
    Reads 136,900
  • WpVote
    Votes 3,622
  • WpPart
    Parts 31
"Kahwinlah Adam,saya izinkan!!!.Dengan sepenuh hati saya.Saya rela bermadu asalkan awak bahagia.Keputusan ditangan awak samaada awak ingin kekalkan saya sebagai isteri awak atau sebaliknya,saya redha!!-AISHA SOFIEA "Saya sudahpun memikul tanggungjawab untuk menjaga awak sebaik saja saya melafazkan akad nikah yang saya ucapkan dulu..demi Allah saya tidak sanggup berpisah dengan awak..biarlah hanya maut yang memisahkan kita"-ADAM NAUFAL "Sofiea percayalah,hanya awak dihati saya dahulu, sekarang, dan insyaallah selamanya.Maafkan saya kerana melukakan hati awak!!-IKRAM AZIZ Benarkah perkahwinan yang terjadi tanpa perasaan cinta tidak memungkinkan untuk bahagia? Hatinya hancur luluh apabila disaat hari bahagianya dinodai dengan satu peristiwa yang tidak mungkin dilupakan. Namun,demi menyelamatkan maruah seorang insan tanpa disedari insan ini juga terluka jiwa dan raganya..patutkah dia bertanggungjawab sedangkan dirinya juga sedang berperang dengan perasaan sendiri..Mengapa mesti aku Ya Allah.... Percayalah takdir yang sudah tertulis ini adalah yang terbaik untuk diriku dan dirimu.
Isteri Tuan Ihsan- Sara Kyoko by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 21,631
  • WpVote
    Votes 183
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK : ISTERI TUAN IHSAN PENULIS : SARA KYOKO NO ISBN : 978-967-0657-74-5 BLURB Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua! Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya. Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya. Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza... "Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?" - Seroja Irdina "Excuse me? You called that godaan? Don't flatter yourself missy!" - Tuan Ihsan Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua? "You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!" - Seroja Irdina "We'll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar-benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?" - Tuan Ihsan Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela? "Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You're very special and dear to me, but..." - Tuan Ihsan "Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?" - Seroja Irdina Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?
ONLY YOU! by animdzain
animdzain
  • WpView
    Reads 50,059
  • WpVote
    Votes 1,468
  • WpPart
    Parts 42
BUNGA MAWARDAH dan RYKARL MIKAEL dijodohkan oleh keluarga mereka. Namun, itu tidak menghalang Rykarl untuk memujuk hati kedua ibu bapanya supaya menerima pilihan hatinya sebagai isteri kedua. Mawar pula akan sentiasa berusaha untuk memenangi hati si suami kerana Rykarl adalah 'crush'nya semenjak di universiti. Hari demi hari, pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan rumahtangga mereka. Apakah pengakhiran kisah hidup Mawar dalam mengejar syurganya? Apakah bahagia yang selama ini dicari oleh Mawar?
Wicked Heart|Massimo by lpunchlinel
lpunchlinel
  • WpView
    Reads 330,889
  • WpVote
    Votes 6,251
  • WpPart
    Parts 29
365 Days Massimo Fanfic *•*•*• In which Lucia Petrova realizes she can never leave Massimo's grasp as he always finds a way back to get her and her heart. *•*•*•* Massimo x OC character BOOK 1 COMPLETE BOOK 2 IN PROGRESS Started: 7/27/20-9/11/20 |cover made by @skiesheaven| Credits to the author, director and producers for making this movie! I only own my plot on my OG character.
365 Days | Reylo 🌻🦋 by fanficTINA18
fanficTINA18
  • WpView
    Reads 103,167
  • WpVote
    Votes 1,848
  • WpPart
    Parts 27
He saw her, he wanted her, and he knew he would have her. After seeing her angelic face from afar, he couldn't get her out of his head. He searched for her all over the world, but could never find her until one day they end up in the same country, in the same city, in the same hotel. Now that she's within his grasp, he will do whatever it takes to make her fall in love with him in 365 days. Based on the movie 365 DNI (365 Days) on Netflix and the book trilogy with my own twist.
SEPARUH HATI ADA PADAMU (ONGOING) by NovelisNuriffa
NovelisNuriffa
  • WpView
    Reads 20,632
  • WpVote
    Votes 735
  • WpPart
    Parts 16
Sebulan sebelum majlis pernikahannya, Adara menerima berita yang tidak dijangka. Tunangnya Hadi ditangkap basah dengan wanita lain! Hancur luluh hatinya. Tanpa membuang masa keluarga Adara bertemu orang tua Hadi untuk memutuskan tali pertunangan. Ibu bapa Hadi sedih dan kecewa kerana mereka terlalu sayangkan Adara. Dan mereka rasa bersalah kerana telah memalukan keluarga Adara. Majlis yang sudah dirancang tidak akan berlaku. Melihatkan keadaan itu, Haffaz abang kepada Hadi memberi cadangan supaya dia yang berkahwin dengan Adara. Jika, perkahwinan ini berlaku ia dapat menyelamatkan maruah kedua-dua belah pihak. Orang tua Haffaz dan Hadi mengemukakan cadangan tersebut kepada keluarga Adara. Dan Adara bersetuju. Persetujuan Adara itu adalah kerana dia mahu membalas dendam kepada Hadi. Dia mahu tunjukkan kepada Hadi yang dia mampu bahagia walaupun lelaki itu telah berlaku curang kepadanya. Tetapi selepas kahwin Adara mendapati Haffaz adalah seorang lelaki yang baik. Lelaki itu menerima dirinya seadanya. Apakah bakal berlaku dalam kehidupan Adara dan Haffaz? Bagaimanakah reaksi Hadi apabila mengetahui Adara sudah menjadi kakak iparnya? Mampukah Adara membuka hatinya untuk Haffaz ataupun hatinya masih utuh buat Hadi?