senorita84's Reading List
5 stories
His Bambina by sffullmoon_
sffullmoon_
  • WpView
    Reads 3,262,307
  • WpVote
    Votes 139,775
  • WpPart
    Parts 95
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea. Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar. Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing. Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar. Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 10,615,319
  • WpVote
    Votes 627,696
  • WpPart
    Parts 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.
Babby Batrisya by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 3,887
  • WpVote
    Votes 213
  • WpPart
    Parts 11
'Kenapa mereka yang sepatutnya lindungi aku, maki aku? Fitnah aku?! Kenapa aku yang kena lalui semua ni? Kenapa bukan orang lain?' SEBAIK SAHAJA urusan pengebumian Anuar selesai, Aisyah memperdaya Trisya ke sebuah masjid dan meninggalkan adiknya yang berusia enam tahun itu di situ. Seorang wanita yang dikenali sebagai tok wan menawarkan diri untuk menghantar Trisya pulang. Malangnya, mereka telah terdengar pertengkaran antara Mahani dan Aisyah. Dari situ, Trisya mengetahui punca kenapa Mahani tidak pernah menyenangi kewujudannya. "Esyah tahulah mak tak suka Trisya tu. Kalau mak tak suka, kenapa nak biar dia duduk kat sini lagi? Esyah pun tak sukalah dengan Trisya. Esyah tahu... dia bukan adik Esyah, kan? Dia bukan anak ayah, kan?" - AISYAH Datin Paduka Dahlia (tok wan) telah menjadikan Trisya sebagai cucu angkat dan tinggal bersama. Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati anak dan menantu. Makin membara cemburu mereka apabila tok wan menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan TrisyaBeauty lantas menghadiahkannya kepada cucu kesayangannya itu. Dan kerana itu, kematian tok wan dirancang. Tok wan mati dalam keadaan ngeri. Setelah dua tahun kematian Datin Paduka Dahlia, sebuah wasiat telah membuatkan sebuah drama penipuan tercipta. Masing-masing inginkan bahagian dalam wasiat itu. Dan Trisya juga tidak mahu kalah. Haq, pengawal peribadinya turut diheret sama. "Kami dah kahwin, Dua bulan lepas." "Ah, sudah! Habis wasiat semua ni macam mana?" "Walau apapun alasan, kau berdua mesti bercerai. Trisya dan Pian mesti berkahwin!" Trisya menanam dendam. Sungguhpun tok wan memaafkan kelakuan keji anak menantunya, Trisya takkan pejam mata. Dia merencana agenda untuk memusnahkan kehidupan anak-anak dan menantu tok wan selari dengan kejahatan yang telah mereka lakukan.
Sayangku Aween.  by MakCikGamat
MakCikGamat
  • WpView
    Reads 40,853
  • WpVote
    Votes 2,915
  • WpPart
    Parts 22
NUR DAWEENA Dia hanya ingin berada di sekeliling orang yang disayanginya. Permintaan mak menyuruh dia pulang ke pangkuan keluarganya, Daweena tentang habis-habisan. Ditambah pula dengan perasaan suka pada jiran sebelah rumahnya membuatkan gadis itu akan tetap di kampung itu. Dia takkan ke mana-mana! ADAN FAHMI Menerima huluran kasih Daweena atas rasa simpati, dia tahu lambat-laun gadis itu akan tahu juga. Akhirnya, rahsia terbongkar. Daweena patah hati membawa diri. Fahmi menyesal perbuatan sendiri. Tetapi bagaimana pula kalau mereka dipertemukan kembali?