👀
56 stories
KHALI (COMPLETED) BAKAL TERBIT by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 409,673
  • WpVote
    Votes 24,741
  • WpPart
    Parts 51
BACAAN MATANG ! GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ MANUSKRIP SEDANG DIPERBAIKI ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
THE REVENGE BEGINS [OG] by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 394,675
  • WpVote
    Votes 15,348
  • WpPart
    Parts 72
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan, manipulasi, serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
APRICITY | C by itstheqiel
itstheqiel
  • WpView
    Reads 84,917
  • WpVote
    Votes 5,980
  • WpPart
    Parts 47
【SERIES 2】 (n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day. "Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude" Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia. Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara. Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan. Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella. Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?
Kekasih Part Time by MissAeygo___
MissAeygo___
  • WpView
    Reads 569,357
  • WpVote
    Votes 20,021
  • WpPart
    Parts 33
Published : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Zafri Menyamar? Kekasih? Depan keluarga dia? No way. Aku tak nak. Kau ingat aku ni barang ke? Nak pinjam, lepas tak guna pulang balik. No! Never. -Mya. Betul ke Mya bersetuju nak menyamar sebagai kekasih part time Zafri si buaya darat? Apa yang akan terjadi kalau Mya terima tawaran Zafri? Oh tidak!!! Nak tahu macam mana jalan cerita nya . Baca okey. Mana best kalau baca sinopsis je.
Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 4,343,079
  • WpVote
    Votes 65,020
  • WpPart
    Parts 32
2nd Romance by CikMardiah 📖 [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●7 dec 2017 ] Tamat saja pengajiannya di Kanada, JANNA mencuba nasib di Lauren's Hotel. Ya, rezeki memang tak pernah salah alamat. JANNA memulakan kerjanya yang pertama sebagai seorang houskeeper di situ tanpa mengetahui siapakah pemilik hotel mewah tersebut. Di fikirannya, CEO Lauren's Hotel pastinya dah tua. Rambut penuh uban yang memutih dan mempunyai cucu yang berderet-deret. "Hey, watch your eyes! Pervert!" - JANNA. Memang silap besar bila dia tuduh majikannya itu 'pervert'. Bagaikan satu mimpi ngeri baginya, dia sentiasa menjadi perhatian majikannya itu. "I don't know what kind of person you are. You have a beautiful face and I really hope you have beautiful manners too." - SYED FALIQ. Pertemuan demi pertemuan, JANNA ingatkan FALIQ akan membenci dia. Tapi dia salah. Serasa mahu luruh jantungnya bila FALIQ memperkenalkan dia sebagai bakal isteri kepada keluarga lelaki itu. "I ada prinsip hidup. Once I cakap I akan jaga you, that means, I memang akan jaga you." - SYED FALIQ Maka, perkahwinan antara mereka terjadi. Perkahwinan yang dibina tidaklah seteruk apa yang Janna bayangkan walaupun ia bukan berlandaskan rasa cinta. Tapi masalahnya, JANNA bukan menantu pilihan DATIN SRI SOPHEA. Bila sudah bergelar isteri kepada FALIQ, dia harus mengambil hati si ibu mentua. Tapi, mampukah dia untuk bersaing dengan si menantu pilihan?
My Bunga! by ledybunga
ledybunga
  • WpView
    Reads 93,919
  • WpVote
    Votes 3,013
  • WpPart
    Parts 31
"Orang sebelah saya ni jelita.Cantik tu level rendah sangat untuk awak.Awak jelita.Indeed" -Zafran "No matter what happen,saya akan selalu ada dengan awak.Even the sun don't shine sekali pun,I will always trust you" -Bunga "I'm sorry.Awak tak patut lalui semua benda ni" -Zafran Perkahwinan.Nampak mudah but the fact is it doesn't.It is sucks.Full of commitments.You need to face everything that happen with your partner.Itulah yang Bunga dan Zafran lalui.Perlu mengstabilkan sebuah syarikat.Perlu menghidupkan rumah tangga walaupun kedua duanya sibuk.Sehinggakan ada perasaan yang selama ini dijaga,terasa terabai. "I don't feel like you love me anymore.Saya rasa awak jauh sangat dengan saya" -Bunga Hati.Satu benda yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.Sekali terabai,habis. "Do you need anything else?Money?Vacation?Visit your parents?" -Zafran Kefahaman. Perlu memahami antara satu sama lain.Zafran.The problem is you. "Saya dah tak kuat nak hadap semua ni.Ceraikan saya" -Bunga P/s: Slow update.
DALAM BENCI ADA SAYANG by roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    Reads 2,396,854
  • WpVote
    Votes 60,854
  • WpPart
    Parts 72
Hanya satu kesilapan dua hati yang saling membenci terpaksa disatukan. Bila akad sudah dilafaz satu hati sudah menerima seadanya. Satu hati lagi masih membenci. Masihkah ada kebencian itu sampai bila-bila? Hati yang keras akan cair juga akhirnya. Namun siapa kita yang hendak menghalang takdir Illahi? Bila bahagia sudah menjelma akan adanya pengorbanan yang terpaksa dilakukan secara tiba-tiba. Tegarkah dua hati itu menerimanya? Atau hanya pejamkan mata dan salah seorang beralah demi sebuah kebahagiaan? Jika benci boleh menjadi sayang, apatah lagi sebaliknya.. Ini kisah Tengku Hayden & Dalia Imaani. ❤
DIA PEMILIK HATI [C] by LeannaRose_
LeannaRose_
  • WpView
    Reads 5,685,784
  • WpVote
    Votes 206,586
  • WpPart
    Parts 70
[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan Germany yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang berada. Memiliki rupa paras yang cantik yang mampu memikat hati semua lelaki. HARRAZ DANIAL. Sesiapa yang terpandangkan raut wajahnya akan toleh untuk kedua kalinya. Handsome sangat! Jawatan CEO yang digalasnya membuatkan dia digilai ramai gadis, tapi bukan bagi Aulia. Setiap kali mereka berjumpa ada je pertengkaran. Masing-masing tak nak kalah. Dah macam anjing dengan kucing! "Eh you ni buta ke sampai orang kat depan mata you pun tak nampak ? Mata letak kat mana? Lutut hah?" - HARRAZ DANIAL "Siapa yang buta sekarang ni awak ke saya? Dia yang keluar lift tak tengok kiri kanan nak salahkan orang pulak." - AULIA SAFINNA Akankah mereka akan terus bertikam lidah bila peristiwa pahit telah menimpa Aulia sehinggakan Harraz membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu untuk selamatkan maruah yang dah dinodai. Dan siapa sangka budak lelaki yang pernah selamatkan nyawa dia dulu adalah suaminya sendiri. "It's you abang, my little angel hero. Finally i found you back after 18 years." - AULIA SAFINNA Dan adakah mereka akan terus mengecapi kebahagiaan bila cinta sudah hadir dalam diri mereka bila munculnya orang ketiga dan orang keempat. "I tak akan lepaskan you Harraz. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you balik! Itu janji i." - NATASYA "Dari dulu you hanya milik i Aulia. Kalau i tak dapat you, i akan pastikan sesiapa pun tak akan dapat you walaupun i kena bunuh sepupu i sendiri." - RAZIF ⚠️ No plagiat ⚠️ 💯 idea dari Leanna Rose
Bukan Yang Terbaik by sugarcxndy
sugarcxndy
  • WpView
    Reads 445,116
  • WpVote
    Votes 20,110
  • WpPart
    Parts 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis sekolahnya. Namun semua itu ditolak hanya sebab satu alasan, perasaan sayang dan bertolak ansur terhadap kakaknya, Atiqa Amylia yang menghidap sakit kanser. Hal ini menyebabkannya tersisih dari keluarga yang sibuk mementingkan kesihatan kakaknya. Hari demi hari, dia mulai terasa hati. Namun, bertemu pula dengan jejaka idaman malaya, Zafriel Xavier, budak kacukan yang baru sahaja berpindah kesekolahnya. Dia agak hairan mengapa lelaki kaya itu tidak memilih sekolah elit untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. Mereka mula akrab dan lama-lama, satu perasaan mula terbit dalam hati masing-masing. Sekali lagi, ada sahaja halangan yang menggangu. Namun, Aurora memilih untuk membiarkan sahaja halangan itu dan mengambil risiko. Hal ini menyebabkan kedua hati ini kembali bersatu walau tanpa restu keluarga. Amat memenatkan, tetapi membahagiakan. Adakah ianya akan kekal hingga akhir hayat apabila rahsia akan terbongkar satu persatu?
MEMORIES by FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    Reads 1,076,120
  • WpVote
    Votes 52,974
  • WpPart
    Parts 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❤️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Berharap yang aku dapat lupuskan dia dalam memori aku" -Iskandar Short story© 21/03/21 -11/02/2024