Syaikha reading list✨❤
187 stories
SISA RASA [OG] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 487,858
  • WpVote
    Votes 16,517
  • WpPart
    Parts 45
✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cintai bermesra dengan lelaki lain. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya sehingga tidak sedar dia telah menyakiti wanita itu. "Aku dah cakap dah dekat kau jangan sesekali dekat dengan jantan lain selain aku. Tapi kenapa? Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku ha, sayang?" - DANISH HAZIQ "Eish sayang, lepas lah! Sakit tahu tak!" - LYDIA MARISSA "Ouh kau tahu sakit? Tapi sakit lagi hati aku tengok kau dengan jantan lain tahu tak!" - DANISH HAZIQ Sanggupkah Lydia mempertahankan dirinya dengan lelaki itu? Lelaki yang kuat cemburu dalam segala hal bila berkaitan dengan lelaki? "Betul awak sayangkan saya?" - LYDIA MARISSA "Ya. Aku sayangkan kau. Sangat." - DANISH HAZIQ "Jadi lepaskan saya." - LYDIA MARISSA Dang! Terasa berat permintaan itu meniti keluar dari celahan bibir wanita yang dia sayang. Melepaskannya pergi? Adakah permintaan Lydia akan di tunaikan oleh Danish? "Aku terlampau sayangkan kau sampaikan perempuan dekat luar sana pun aku tak pernah rasa wujud dalam hidup aku. Hanya diri kau sahaja yang aku mahu, Lydia" - DANISH HAZIQ -------------------------------------------- ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️CRINGE & KLISHE ⚠️HIDUP KEKADANG KENA CHILL JUGAK. SO JANGAN NAK TAKE SERIUS SANGAT. ⚠️IF ADA TYPO AND KESALAHAN TATABAHASA MAAFKAN SAYA SERTA ABAIKAN DAN CUBA FAHAMKAN. TAK FAHAM KOMEN. ‼️LARANGAN KERAS JIKA ANDA PLAGIAT KARYA SAYA. IDEA 100% DARI OTAK SAYA SENDIRI. JANGAN JADI OTAK LEMBU MALAS HENDAK BERFIKIR UNTUK KARANG CERITA. ---------------------- Start : 30 MAY 2023. End : 19 APRIL 2024.
Dia, Bintang di Syurga (OG) by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 112,358
  • WpVote
    Votes 9,001
  • WpPart
    Parts 69
( inspirasi daripada kisah nyata ) "Dia, suami dari neraka yang masih ku anggap sebagai kiriman terindah daripada Tuhan." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. [ update everyday | spin-off bukan cinta sempurna ] WARNING: WATAK PEREMPUAN LEMBIK MACAM JELI!
C │PUJAAN HATI TUAN INSPEKTOR by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 46,527
  • WpVote
    Votes 1,751
  • WpPart
    Parts 20
Simple and short story by @lazysya "I'm not someone you should date." - Zea Xavera "Yes, I know. You're someone I should marry." - Daniyal Farique DANIYAL FARIQUE Bukan mudah bagi seorang Inspektor polis seperti dia untuk mencari pasangan hidup. Hasilnya, dia telah membujang selama 30 tahun. Uminya pula tak henti-henti mendesak agar dia segera berkahwin. Tapi nak cekau siapa? Awek pun tak ada! Sampailah satu hari, dia bertemu dengan cinta pertamanya. Masalahnya? Awek tu beku tahap ais Antartika. Setiap usaha yang ditunjukkannya dipandang sepi. Dia ditolak mentah-mentah. ZEA XAVERA Seorang gadis hebat yang berjaya menjadi doktor pada usia muda. Kini berumur 25 tahun, hidupnya masih solo. Bukan tiada yang ingin, tapi dia yang tak mahu. Luka silam membuatkan dia serik untuk bercinta lagi. Fokusnya hanya pada kerjaya dan keluarga. Semuanya berubah apabila seorang Inspektor sado tiba-tiba muncul dalam hidupnya dan terus "menyemak". Hatinya mula goyah, hidupnya mula tak tenang. Daniyal mengejar. Zea menjauh. Semakin Zea jauh, semakin Daniyal kejar. "Semakin ku kejar, semakin kau jauh..." Eh, tiber! Bukan senang nak cairkan hati doktor beku ni. Tambah pula dengan jadual kerja Daniyal yang padat, makin susah nak mendekatinya. Mampukah Zea menahan hatinya daripada jatuh cinta lagi? Dan mampukah Daniyal bertahan demi memiliki hati beku sang doktor muda ini? "Loving you is like breathing. How can I stop?" - Daniyal Farique [2025]
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 594,843
  • WpVote
    Votes 22,861
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Harith Zayn: the Adorable Husband[Completed] by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 210,385
  • WpVote
    Votes 7,361
  • WpPart
    Parts 70
Scnd story: HARITH ZAYN | ZENYA AURORA
My Husband Rayyan Adyan |C by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 348,552
  • WpVote
    Votes 12,569
  • WpPart
    Parts 47
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 72,129
  • WpVote
    Votes 5,809
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐚𝐥 | 𝐓𝐚𝐬𝐧𝐢𝐦 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
𝐌𝐄𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐒 𝐒𝐎𝐔𝐋 by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 111,888
  • WpVote
    Votes 7,755
  • WpPart
    Parts 25
𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐁𝐎𝐎𝐊♠ [SLOW UPDATE] ♡˚₊✦ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ᴘᴀɪɴ ✦₊˚♡ Kadang-kadang... hidup ni pelik. Ada orang yang lahir dalam keluarga bahagia dan ada orang macam Raffat, lahir dalam keluarga yang penuh luka. Sehinggalah Allah menemukannya dengan seseorang yang tak sempurna...tapi cukup untuk menyentuh hatinya yang beku. Perlahan-lahan, dia mula belajar...Allah tak pernah tarik cinta daripada hidup manusia, cuma manusia itu sendiri yang pintu hatinya. Dalam dunia ini, tak ada satu pun manusia yang sempurna. Setiap orang pasti ada titik kelemahan masing-masing. ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
His : Haninda Amara [OG] by lyaamysarah
lyaamysarah
  • WpView
    Reads 17,767
  • WpVote
    Votes 1,449
  • WpPart
    Parts 23
[FIRST STORY➴] - SLOW UPDATE 「 𝑻𝒘𝒐 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒔, 𝑶𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒚 」 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 | 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚, gadis yang tak lekang dengan senyuman, bukan kerana bahagia tetapi untuk menutup luka lama yang pernah meragut sebahagian hidupnya. Tragedi silam itu meninggalkan trauma yang perlahan-lahan menuntut penyembuhan. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 membina hidupnya dengan satu tujuan, iaitu menjadi yang terbaik demi ibunya. Di sebalik kehidupannya yang tampak sempurna dari luaran, dalam diam Qays dihantui dengan bayangan silam yang pernah menghancurkan dirinya sejak kecil lagi. Dua jiwa yang terluka ini disatukan dalam sebuah ikatan yang lebih mulia daripada sekadar cinta. Saat bahagia menyapa, Amara mula percaya bahawa luka lama, walau sedalam mana sekalipun, mampu disembuhkan... selagi mereka saling ada. "Hubby sayangkan sayang sampai bila-bila..." -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 Namun di sebalik senyuman dan janji setia, terselit seribu satu rahsia lama yang menuntut kebenaran. Sedikit demi sedikit, kepercayaan dan kesetiaan cinta mereka diuji oleh dugaan yang tidak terduga, sehingga hati yang pernah sembuh kembali runtuh. "Sampai bila lagi? Saya dah penat, Qays!" -𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚 Mampukah Amara mengecapi bahagia untuk kesekian kalinya? Dan mampukah Qays mengembalikan cahaya dalam hidup Amara, tanpa melepaskan cinta yang mereka bina? "Even in a thousand lifetimes, my heart will choose you, Nur Haninda Amara." © lyaamysarah 2025 ⚠️100% MY OWN IDEAS‼️ 🚫 NO PLAGRISM ALLOWED‼️ [COPYING MY WORK IS STRICTLY FORBIDDEN!!!] START : 30 NOVEMBER 2025 END : ?