Romance (Melayu)
7 stories
Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit )  by Mell_Mariann
Mell_Mariann
  • WpView
    Reads 366,147
  • WpVote
    Votes 2,597
  • WpPart
    Parts 12
Sinopsis : TERBIT APRIL 2017 (under TROP publication.) Rm24sm/Rm27ss PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara... "Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!" - Hakim AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa. "Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?" - Aydan SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun... "Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!" - Hakim. "Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!" - Haryani "Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?" - Aryana. Aku menangis sendiri di dalam bath tub itu. Sememangnya aku tidak pernah tidur di sebelah lelaki yang melangganiku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang aku lakukan! "Tolonglah Aryana. Saya minta sangat... Tolonglah bagi peluang untuk kita bahagia. Bagi saya peluang untuk saya bahagiakan awak." - Aydan MASIH layakkah aku yang hina ini untuk lelaki sebaik dia? Masih layakkah aku peroleh bahagia? Dan masih adakah cinta lagi setelah hidupku musnah akibat lelaki durjana dan cinta yang memeritkan?
Menantu Edisi Terhad - Terbitan Jun 2020/Aksara Emas by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 23,766
  • WpVote
    Votes 1,083
  • WpPart
    Parts 15
Mula menulis: 27hb Mei 2017 Terhenti seketika memberi laluan BDear mencapai kata TAMAT. Sekarang kita sambung semula untuk manuskrip lengkapnya. Bersuamikan kepada Umar Mahfuz amat mudah kehidupan bagi seorang Lutfiah Safwa. Yang payahnya bila menjadi menantu kepada Mak Siti. Andai dia mahu menyindir, mulutnya menyindir tanpa peduli akan perasaan orang lain. Sekali dia berleter, persis Siti Tanjung Perak emaknya Zaiton. Girlfriend si Sudin bujang lapok. Lantang. Tajam. Pedih. Bukan mudah mahu mengambil hati Mak Siti! Berkali kali hati terhiris pun, dia tak kan ambil tahu. Yang penting baginya, anak-anak lelakinya perlu dilayan serta dijaga makan minumnya dengan baik.
Novel Untukmu Cinta [Terbit 18 Feb 2020] by EvelynRoseDrIman
EvelynRoseDrIman
  • WpView
    Reads 63,152
  • WpVote
    Votes 1,930
  • WpPart
    Parts 21
Terbanglah rama-rama ku Mencapai awan biru Andai badai menimpa Ingatlah yang aku sentiasa ada Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci. Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve yang tak berpenghujung, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pada Arman, perkataan cinta selalu disalah gunakan. Cinta ? Apa hebatnya cinta kalau sekelip mata ia boleh hilang ? Sama seperti arwah ayah dan ibunya dulu. Apa hebatnya melaungkan kata - kata cinta kalau zahirnya tidak dapat dibuktikan ? Tidak kekal dan tidak cuba untuk mengekalkannya. Patah bila badai menimpa. Rapuh. Dia pesimis dengan cinta. Pesimis dengan perempuan dek kerana kisah silamnya yang pahit dan mahu dilupakan. Saat itu juga Ramadhan teman lamanya pula muncul. Jejaka yang ingin dijodohkan dengannya oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan, Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang dia cukup hormati. Saat hati Orkid benar- benar dilukai Saat jiwanya diuji Siapa yang kekal menyintai ? Will be available on Shopee: https://shopee.com.my/drevelynrose for pre order somewhat on the 18th february or the earliest when I received ISBN number.
DASUKI : Bitterness In You (TERBIT) by AireenAryana
AireenAryana
  • WpView
    Reads 27,196
  • WpVote
    Votes 940
  • WpPart
    Parts 21
Perkenalanku dengan lelaki yang bernama Mad Ki bermula dari cara yang paling menyakitkan hati. Tapi dia, lelaki yang paling susah untuk berputus asa. 🌻 3 #lover 31.Jan.2019 🌻 1 #lover 22.Feb.2019
Jagakan Aku [TERBIT - KARYASENI] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 17,882
  • WpVote
    Votes 1,139
  • WpPart
    Parts 19
Tajuk: JAGAKAN AKU Genre: PSIKO-THRILLER Terbitan: KARYASENI 'Lindungi aku dari dia dan mereka, hingga hujung nyawa'. ---- "Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya." Bergegar dunia Zahirah apabila seseorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara tidak sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel. "Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak." - AINA NATASHA "Dia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje." - MUZAFFAR Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu yang menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel 'menghantar' mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah panasaran! "Ana Zahirah. Kau... Mengecewakan aku." - DEVIL ANGEL Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydin mengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari... "Jangan takut. Aku akan jagakan kau." - ASP AYDIN Entah mengapa, jiwa wanita Zahirah telah meresap masuk janji Aydin. Diam-diam, dia mempercayai lelaki itu dan janjinya. Satu insiden di Kuala Lumpur membuka peluang untuk Zahirah mengetahui kisah silam Aydin dan tak dapat tidak, hati wanitanya terus terbuka untuk lelaki itu. Namun, bisakah Aydin kotakan janjinya bilamana Zahirah sudah menjadi obsesi Devil Angel? Pada saat Zahirah sendiri berubah menjadi wanita tidak berjiwa, mampukah dia menghalang Devil Angel daripada terus-terusan membunuh? Atau Zahirah sendiri akan jatuh ke lembah gelap, dan menjadi serupa Devil Angel? "Whoever fights monsters should see to it that in the process he does not become a monster. And when you look into the abyss, the abyss looks into you." - FRIEDRICH NIETSZCHE, GERMAN PHILOSOPHER
Hello, Doctor! - Terbitan Jun 2020/Aksara Emas by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 6,794
  • WpVote
    Votes 399
  • WpPart
    Parts 17
Antara cinta dan tanggungjawab, mereka tahu di mana letaknya batu sempadan! Ini kisah mereka, TMJ-Iris-Rentap. "Siapa pun mereka... berpengaruh atau tidak. Maerhan atau elit, apabila mereka sudah terlantar di atas meja pembedahan,tugas kita adalah cuba menyelamatkan mereka!" - TMJ Ini bukan sebarang kisah cinta. Kisah mereka juga bukan cerita cinta lokasi. "Suka hati dia aje 'cilok' kopi aku! Tu tak lain tengah minum kopi guna cawan akulah tu!" - Iris Sahabat, tidak bisa diganti sebarangan. Tidak semua orang boleh bergelar sahabat baik Iris seperti pemuda Iban itu. "Seluruh Sarawak ni bersamaan dengan Semenanjung Malaysia. Masih banyak lagi kawasan yang tidak dibangunkan. Bukan kata jalan tar, bekalan api air pun masih ada yang belum menikmatinya. Bukannya penduduk di sini orang hulu benar, tetapi kemudahan itu yang belum sampai kepada mereka." - Rentap Apakah cinta itu akan membuang sebuah persahabatan? Perlukah persahabatan itu diperjuangkan seiring dengan rasa cinta di hati mereka?
Menantu Untuk Mak Piah [Ebook]  by WidadAmsyar
WidadAmsyar
  • WpView
    Reads 161,131
  • WpVote
    Votes 4,384
  • WpPart
    Parts 17
Ahmad Fahim. Hidup dia sudah cukup bahagia bersama Mak Piah tersayang. Namun lain pula dengan si emak. Mahu sangat anaknya punya isteri dan hidup bahagia. Sampaikan Mak Piah sendiri yang mahu menolong si anak mencari jodoh. Fahim menolak. Dengan alasan, dia sendiri yang akan mencari si pemilik hati. Bila dah jumpa yang dicari, ada pula halangan dari si emak. "Kamu pilih... Seri atau mak?" - Mak Piah "Kenapa mak buat abang macam ni? Abang tak boleh, mak... Tak boleh..." - Ahmad Fahim Mampukah Ahmad Fahim memilih antara dua, sedangkan senyuman milik Seri Annur telah membuatkan tulang rusuknya bergetar hebat. "Abang tahu yang abang tak baik mana. Tapi abang nak mak tahu, doa dan restu dari mak menjadikan abang lelaki yang baik. Abang tak harapkan benda lain dah. Abang cuma harapkan doa mak aje. Mak izinkan, ya?" - Ahmad Fahim Selama mana Mak Piah ada, selama itulah dia memerlukan doa dan restu dari seorang yang bergelar emak. Kerana bagi Ahmad Fahim, itulah yang paling bermakna dalam hidup dia. Boleh didapati di esentral: https://www.e-sentral.com/book/info/303345/Menantu-Untuk-Mak-Piah ©2018. WidadAmsyar