Horror (Melayu)
6 stories
Roommate 1 - COMPLETED by AremieroulAkim
AremieroulAkim
  • WpView
    Reads 150,088
  • WpVote
    Votes 7,861
  • WpPart
    Parts 28
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang masih tergendala. Syafiq tiada pilihan. Walaupun dia keseorangan di asramanya itu, dia harus menyiapkan projek nya jika mahu bergraduasi bersama sama temannya yang lain. Pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang dia di asramanya itu. Dari dikacau di dalam bilik, hingga lah terbawa bawa ke dalam mimpi. Cerita yang membawa kita untuk berfikir dan pastinya ada pengajaran yang ingin disampaikan. InsyaAllah bukan seram semata-mata namun terdapat juga unsur yang menyedarkan diri kita sebagai hamba Nya. Moga bermanfaat. InsyaAllah ^_^
Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 5 ) (COMPLETE) by MsQiey
MsQiey
  • WpView
    Reads 44,292
  • WpVote
    Votes 779
  • WpPart
    Parts 16
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja. Idea untuk menulis novel mistik SBDJ ini adalah untuk menaikkan jualan majalah Variasari. Ketika itu beliau berusia 40-an dan mahu serius dalam penulisan. Beliau merasakan perlu merakamkan pengalamannya mengikuti datuknya, seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk beliau menulis. Rumahnya bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama.
AKU KEMBALI [Completed] by Nem_Emma
Nem_Emma
  • WpView
    Reads 4,950
  • WpVote
    Votes 64
  • WpPart
    Parts 4
"Dia kembali, Dia dah tak seperti dahulu, Dia bukan lagi yang kau kenal, Dia adalah orang yang berbeza.." "Mungkin aku silap.. aku tak seharusnya berharap macam ni.." - ZARUL "Huh..Aku tak makan nasihat dari orang macam kau. Fikir baik-baik. Kita ni berbeza." -.AMAN "Aku perlu bercakap dengan bidadari aku. Heii, bidadari!! Tunggu!!." - ADIE "Ya. Aku suka kau." -GIA ------- Jangan nilai dulu, Baca dan hayati. Kau akan faham.. Masa tu kau tak akan pernah menyesal untuk membaca cerita ni.. Ini adalah cerita yang ketiga dari hasil dari karya saya sendiri, selepas 'Firasat' dan 'Ops.. Sorry.' Kali ini lupakan dahulu kisah yang lalu. Buka buku yang baru..
Firasat [completed] by Nem_Emma
Nem_Emma
  • WpView
    Reads 32,028
  • WpVote
    Votes 199
  • WpPart
    Parts 3
Tahniah!. anda telah terpilih untuk membaca sedikit info tentang karya ini. Karya Agung yang akan bermain dengan perasaan dan imaginasi pembaca ! jangan pernah ragu-ragu menambah 'Firasat' di dalam koleksi bacaan korang!!. tidak percaya ? jangan menyesal.. sayang.. peluang hanya datang sekali~ AMARAN SEBELUM MEMBACA: PASTIKAN ANDA MEMBACANYA DENGAN SEPENUH HATI. p/s: dont forget to VOTE and drop your COMMENTS.
SAPTA ADHYASTA by mynameismas
mynameismas
  • WpView
    Reads 17,421
  • WpVote
    Votes 362
  • WpPart
    Parts 6
Tatkala kemurnian jiwa manusia hilang dek dendam dan serakah maka perjanjian dengan Sang Terkutuk pasti akan meminta imbalan. Walau apa sahaja taruhannya, pintu itu harus ditutup semula sebelum lebih ramai mangsa menjadi korban. Indah-Si Gadis Indigo dan Naufal-anak tunggal perengus nan manja terlibat dalam satu pertalian takdir yang sangat aneh.Bersama-sama Tun Indera dan Aduka, mereka harus menemukan jalan penyelesaian bagi menumpaskan kuasa kejahatan yang bermaharajalela .Yang pasti, hanya mereka yang benar-benar kuat sahaja akan terselamat!
LAST HUNTER : DISTOPIA by mynameismas
mynameismas
  • WpView
    Reads 27,381
  • WpVote
    Votes 2,455
  • WpPart
    Parts 77
Kitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membuatkan Ara kembali lagi terjebak ke dalam pertualangan mistik dan berbahaya tanpa dia ketahui ada suatu kejahatan yang mengintai. Sementara Kitab Mirria ialah kitab pembawa sumpahan, Ara pula memerlukannya demi memastikan seluruh Rumah Agam dan lapan saudaranya itu tidak diapa-apakan.