S p i r i t u a l 🌼
4 stories
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 834,595
  • WpVote
    Votes 25,524
  • WpPart
    Parts 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
The Silent Killer by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 3,622,347
  • WpVote
    Votes 165,350
  • WpPart
    Parts 64
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!
J A S M I N N by RaaNissa
RaaNissa
  • WpView
    Reads 2,603,940
  • WpVote
    Votes 82,706
  • WpPart
    Parts 52
RE-EDIT SOON! Highest rank #8 in romance (26 june 2017) Start : 3 march 2017, end : 16 april 2017 ( combo book ) ⚫BOOK ONE > JASMINN : bahagia dan derita ⚫BOOK TWO > JASMINN : the last fate She broken but she let go.... Jasminn seorang gadis malang yang diuji dengan kekurangan kasih sayang dari ibu bapa, sentiasa diherdik dan dihina oleh kakak dan abang. Membesar dengan kebencian ibunya menjadikan Jasminn seorang gadis yang kasar dan degil. Hidupnya bertambah derita bila di tangkap basah bersama bakal abang iparnya sendiri. Apa penyebab kebencian ibunya terhadap Jasminn? Dan siapa yang menjadi punca mereka di tangkap khalwat? Bagaimana Jasminn meneruskan hidupnya sebagai anak tersisih dan isteri tak diingini? Bila hati terlalu sakit dia memilih untuk pergi. ****** Ini adalah tulisan malas penulis dan sebuah cerita pendek. ****** WARNING ! Content maybe not suitable for underage. Storyline from my fictions and creative brain not from copying other. Content may have violence, disturbing, strong language, disruption, wrong grammar, wrong english word and wrong spelling. Lastly, Content may be 18xs for adult reading which is 18 year old above. Watak-watak dan tempat di dalam cerita ini adalah hasil kreatif penulis semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati. Mature Content! Not copying allowed!
Lelaki Mulut Puaka (Complete)  by aynazmi
aynazmi
  • WpView
    Reads 459,523
  • WpVote
    Votes 1,670
  • WpPart
    Parts 8
Highest ranking [ 1 in #novelmelayu (3/12/19-29/1/2020)] Highest ranking [top 3 in #konflik] Highest ranking [1 in #ujian #emosi] Highest ranking [1 in #romantik] "Jika sudah tertulis takdirnya sebegitu, pasti tiada siapa yang dapat menentang. Segala perancanganNya kita tidak ketahui. Hanya doa dan usaha yang mampu kita lakukan. Dengan izinNya, InsyaAllah bahagia menunggu" Aisy Khaizuran, seorang lelaki yang sangat menghormati wanita pada mulanya. Tetapi suatu peristiwa hitam berlaku dalam hidupnya telah merubah segalanya. Sekarang hanyalah tinggal dendam yang bersarang terhadap semua wanita Kebenciannya telah membuatkan semua kata-kata kesat sudah sebati dalam dirinya dan bermulalah hidup Lelaki Mulut Puaka ini Akan adakah seseorang yang dapat mengembalikan Aisy yang dahulu? Adakah seseorang itu dapat melembutkan hati Aisy yang keras seperti batu? ------------------------- Wanita, diciptakan dengan penuh kelembutan dari segi mental dan fizikal Ziya Arabela, seorang wanita yang berpegang teguh pada agama. Apakah kaitan antara Ziya dengan Lelaki Mulut Puaka ini? Dapatkah cinta antara mereka berputik sedangkan sifat mereka seperti langit dengan bumi? InsyaAllah. Aku yakin, dengan izin Allah, dia akan berubah