CikMardiah
- Reads 118,785
- Votes 10,097
- Parts 15
5th Romance by CikMardiah
ALYA INSYIRAH - Garang. Dia punya garang sampai ayam jantan pun takut nak datang dekat. Bukan setakat ayam jantan, nyamuk pun kena fikir dua tiga kali nak datang hinggap. Oi, garang gila! Tapi segarang-garang ALYA, dalam hati ada Lee Jong Suk!
QAISER EHSAN - Dia seorang artis. Sebut sahaja namanya, pasti semua orang kenal termasuklah anak-anak dara dan mak-mak dara. Kacak, berkacukan Thailand dan bebas kontroversi.
Demi menjayakan satu watak di dalam drama lakonannya, QAISER terpaksa masuk ke sebuah kampung yang terletak di pinggir kota. Pengambaran dan kisah bermula di situ.
"Awak tak kenal ke siapa saya? Saya Qaiser Ehsan. Baru-baru ni menang anugerah Pelakon Lelaki Popular." - QAISER.
"Kalau awak bukan Lee Jong Suk, bukan Lee Min Ho atau bukan Park Seo Joon... maaf lah saya memang tak kenal." - ALYA.
Letak lah Fattah Amin depan mata pun, memang dia takkan toleh. Dipandang sebelah mata je. Seketul ALYA memang tak minat langsung dengan artis-artis Malaysia ni. Katanya, penuh dengan noda gosip yang entah apa-apa.
"Kau kena tolong aku, Alya! Hanya kau je satu-satunya harapan untuk selamatkan masa depan aku dan reputasi Qaiser sebagai artis." - RAIS.
ALYA tak tahu sama ada perlu atau tak dia tolong si RAIS ni. Lagi-lagi kalau dia kena masuk dalam dunia hiburan QAISER sebagai seorang artis. Argh! Qaiser bukan Lee Jong Suk!
Start Publish ; 16 Nov 2018
End ;