nur_imannnz's Reading List
2 stories
Let It Rain - Terbit PBAKL 2026 by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 646,073
  • WpVote
    Votes 2,966
  • WpPart
    Parts 6
Love Seasons: Book 2 ~Setelah hujan duka berhenti, kita akan bertemu lagi ~ Lily Khaleeda hanyalah gadis biasa tetapi mempunyai hati serta cinta yang luar biasa. Cinta di hati buat seorang lelaki bernama Khalid Zulkarnain tidak pernah difikirnya akan dibalas. Kerana Allah perancang takdir yang terbaik, tiada siapa menduga jalan cerita. Niat Khalid yang ketika itu ingin membantu Lily disangka perbuatan maksiat oleh orang kampung. "Lily memang cintakan dia, tetapi Lily tak pernah bayangkan untuk memiliki dia, apatah lagi dengan cara terkutuk sebegini." "Keputusan yang saya dah buat, saya dah fikir sedalamnya malam tadi. Saya ikhlas, saya tak dipaksa...." Demi maruah serta tanggungjawab, Khalid jadikan Lily sebagai negara pertama yang perlu dia jaga lebih daripada nyawa sendiri. Seperti Lily yang jatuh cinta kepadanya, Khalid fikir cinta juga akan hadir kemudian nanti. "Lily takkan lupa cara abang pandang Lily." "Tengok betul-betul, kalau abang pakai topeng pun, sayang boleh kenal abang." Apa maknanya cinta serta bahagia tanpa air mata. Kerana dendam orang lain, Lily menjadi mangsa. Betahun-tahun menjalani hidup masing-masing, mereka berdua saling menanggung rindu, sama-sama menunggu tapi, tanpa ikatan seperti sebelumnya. Negara Lubnan menjadi tempat pertemuan kali kedua, membuka helaian pertama diari cinta yang baharu. "Mata Tuan macam mata seseorang yang.....dah lama saya tunggu." "Maaf....ini kali pertama kita berjumpa."
Akan ku pujuk hatimu by CHIKOCEQ
CHIKOCEQ
  • WpView
    Reads 406,314
  • WpVote
    Votes 12,396
  • WpPart
    Parts 63
Mahligai indah Mariam Eiliya dan Afizul Afiq yang dibina atas dasar cinta, mula retak setelah kehilangan anak mereka. Maryam Eiliya menyalahkan suaminya atas kematian anaknya. "Kau tanya aku kenapa?, kau penyebab anak aku mati. Semua ni salah kau!! Kau tahu tak?" - Maryam Eiliya "Payah sangat ke sayang nak terima takdir Allah yang anak kita sudah tiada"- Afizul Afiq "Saya tetap nak awak lepaskan saya " -Maryam Eiliya Afiq melafazkan talak disaat dia tidak mengetahui Liya mengandung anak kedua mereka. Adakah mereka bersatu semula? Ataupun Liya meneruskan hidupnya tanya Afiq disisi. Sila baca