diylalolipop
"Kau boleh nampak aku?"
Silap besar! Arissa telah melakukan satu silap besar menjawab sapaan dari seorang lelaki misteri yang telah 'mengejutkan' deria keenamnya. Jika dia tahu sapaan itu bakal menjerumuskan dirinya dalam masalah, dia tidak akan sesekali menjawab sapaan itu.
Kenapa silap besar? Kerana...
Lelaki itu selalu mengekorinya. Kemana Arissa pergi, pasti dia ada. Jika Arissa terlupa bawa tuala ketika mandi, lelaki itu tolong hulurkan seperti seorang ibu yang sentiasa ada untuk anaknya. Arissa rimas. Jika boleh dia mahu tikam lelaki itu, sumbat dalam kotak dan campak ke lautan hindi. Tapi, dia tidak boleh buat begitu. TIDAK BOLEH!
"Tolong aku. Hanya kau je yang boleh tolong aku dan aku boleh pergi dengan aman."
Pertolongan. Itu saja yang lelaki itu minta darinya. Tapi macam mana Arissa mahu tolong dia? Disebabkan lelaki itu, rakan sekolahnya mengatakan Arissa gila. Disebabkan lelaki itu juga, dia tidak ada teman lelaki kerana semua lelaki takut malapetaka bakal menimpa jika mereka cuba dekati Arissa.
Siapa lelaki itu? Dia ialah Haq. I