rosepvff's Reading List
3 stories
Oxytocin by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 51,298
  • WpVote
    Votes 6,072
  • WpPart
    Parts 46
Sekuntum bunga perlu mengharungi lebatnya hujan dan teriknya matahari sebelum mengembang, melebarkan kelopak harum semerbaknya. Itulah falsafah yang Emilia Rose pegang. Yakin bahawa suatu hari nanti, gadis bertubuh gempal sepertinya juga akan menjadi gadis yang ingin dimiliki oleh jejaka. Sayangnya, dia tersilap memilih masa. Tiga tahun kemudian, dia juga mengembang menjadi bunga yang seindah namanya. Nama Emilia Rose meniti di bibir para jejaka. Ramai yang cuba mendekati, tetapi dia terlalu naif untuk memahami. Hanif Ayman, pelajar bidang farmasi yang berada di tahun terakhirnya muncul di hidup Emilia. Jejaka Melayu yang sukar didekati itu malahan berminat untuk berteman dengannya. "Saya kata saya tak berminat nak bercinta. Tak bermaksud saya tak nak berkawan dengan awak." - Hanif Ayman Bukan Emilia tidak sudi berteman. Cuma... dia takut. Takut mengulangi kesilapan yang sama.
Jodoh Aku Ke? √ by thekeena
thekeena
  • WpView
    Reads 1,495,904
  • WpVote
    Votes 67,299
  • WpPart
    Parts 74
"Wei, tiga ekor kambing dah masuklah. Patut bau busuk semacam"- Syafiq "Aku rasa hidung kau ada sampahlah. Sebabtu semua orang kau kata busuk"- Ayna Tidak lengkap sesebuah sekolah jika tiada pergaduhan. Setiap hari bergaduh mulut, setiap hari berlawan kata. Seorang jejaka yang merasakan dirinya begitu kaya menghina seorang gadis yang dianggap miskin dan busuk. "Aku takkan suka dekat si Ayna ni, dah la miskin, busuk pula tu. Entah-entah, mak pak dia pun busuk sama macam dia" Sebuah penumbuk telah dihadiahkan kepada si penutur kata. Ayna yang selama ini hanya membalas dengan mulut akan kata-kata yang diungkapkan oleh Syafiq tidak dapat menahan amarahnya apabila mula melibatkan ibu bapanya. Satu kelas diam sepi apabila gadis itu dikatakan 'berani' menumbuk seorang ketua gangster sekolah. "Papa nak kamu jaga Tengku Asya dan abang dia, Tengku Syafiq" Terbeliak 3 pasang biji mata gadis apabila nama lelaki tersebut tersenarai dibawah jagaan mereka. Tiga gadis yang dianggap miskin dan busuk oleh Syafiq adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganya tanpa dia sedari. "Kau cakap aku miskin? Kau salah, kau silap" Terdiam. Seluruh kelas 5 Alpha terdiam kaku tanpa sebarang suara. Semuanya diam sepi apabila 3 orang gadis yang dikatakan miskin mendedahkan wajah sebenar mereka. "Hye. Aku Tengku Ayna Alisya Binti Tengku Azrul" "Aku Raja Aqilah Azira Binti Raja Syazril" "Aku, Engku Azwani Dayana Binti Engku Azizul" Mereka adalah 3 orang anak jutawan yang menjadi perbualan diseluruh negara. "Nenda nak kamu kahwin dengan Syafiq" Hampir terkeluar biji mata Ayna apabila mendengar permintaan neneknya itu. Adakah mereka menganggap ini sebagai jodoh atau bodoh? "Aku takkan kahwin dengan kau" - Tengku Ayna Alisya "Kau satu-satunya harapan aku" - Tengku Syafiq Ezzry Start-Oktober 2017 End- 4:33pm, Sunday, 10 October 2018