queen_angela
- Reads 318
- Votes 66
- Parts 10
Karya ini adalah rekaan semata-mata. Sebarang persamaan dengan mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia, adalah kebetulan semata-mata
Blurb~
Kisah ini bermula daripada pertemuan antara seorang pesakit skizofrenia dan doktor psikiatri.
Hana Nadira Yasmin merupakan seorang wanita yang membesar dalam kehidupan yang penuh penderaan dan tekanan. Selepas kematian ayahnya, ibunya berkahwin lain dan sejak itu hidup Hana berubah menjadi semakin teruk. Penderaan mental dan fizikal yang dialaminya akhirnya menyebabkan dia menghidap skizofrenia.
Apabila meningkat dewasa, Hana berjaya bangkit dan membina kehidupannya sendiri. Daripada seorang novelis, dia kini turut bergelar usahawan yang berjaya. Namun, jauh di sudut hati, trauma di masa silam masih menghantui dirinya.
Demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik, Hana mengambil keputusan untuk menjalani rawatan psikiatri. Tanpa diduga, doktor yang merawatnya ialah Lu Zhen Kai atau lebih dikenali sebagai Dr. Kai, seorang pakar psikiatri yang terkenal dengan sikap profesional dan peramah.
Pada awalnya, hubungan mereka hanyalah antara doktor dan pesakit. Namun, semakin lama mereka mengenali, mereka menyimpan perasaan di antara satu sama lain. Namun, banyak dugaan yang menimpa ke atas mereka berdua.
Lu Zhen Kai: "I cintakan you Hana. I ikhlas cintakan you dengan sepenuh hati I"
Hana: "Maaf Zhen... cinta kita terhalang kerana perbezaan agama. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku"
Bagaimanakah pengakhiran antara Zhen dan Hana? Antara masjid dan gereja, antara tasbih dan salib.