𝐝 𝐚 𝐧 𝐝 𝐞 𝐥 𝐢 𝐨 𝐧 𝐬
92 stories
Purrfect Match | [C] by DeianDyan
DeianDyan
  • WpView
    Reads 1,861,170
  • WpVote
    Votes 64,993
  • WpPart
    Parts 68
Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs
𝐇𝐀𝐑𝐈𝐓𝐇 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐑𝐈𝐐:HIS BEAUTIFUL DEAR | Editing | C by Yunniex_
Yunniex_
  • WpView
    Reads 109,075
  • WpVote
    Votes 201
  • WpPart
    Parts 1
[book 1 in foursome series] ⊹𝐇𝐀𝐑𝐈𝐓𝐇 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐑𝐈𝐐 𝐱 𝐍𝐀𝐘𝐋𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀⊹ Main song: Jatuh cinta lagi (Nadhif Basalamah) Nayla Humaira, gadis yang berusia 21 tahun yang sentiasa ceria dan tersenyum.Memiliki lesung pipit yang melengkapi sifatnya yang periang Harith Al-Fariq, jejaka yang berusia 26 tahun.Mempunyai mata amber dan rambut coklat yang lebat, mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengan penampilannya.Tetapi, bukan Nayla Humaira Jangan ganggu saya lagi boleh tak? -Nayla Humaira Kenapa kalau saya ganggu pun? -Harith Al-Fariq Saya tak suka -Nayla Humaira Tapi saya suka -Harith Al-Fariq Semakin dilarang semakin dibuat. Hampir setiap hari dia mesti bertembung dengan lelaki itu. Apa yang dia nak sebenarnya? So you like white rose? - Harith Al-Fariq Saya suka rose je bukan awak! - Nayla Humaira Disebabkan ujian yang ditimpa diri Nayla Humaira,hidupnya mula berubah. Saya taknak buka hati saya lagi buat masa sekarang,sebab hati saya masih belum pulih sepenuhnya. - Nayla Humaira Kalau macamtu, izinkan saya untuk rawat balik hati awak, Humaira. - Harith Al-Fariq Saya tak boleh, Harith. Saya tak kuat. - Nayla Humaira Just cry my dear, let it all out and don't hold back.Setiap kali awak nak menangis, cari lah saya dan lepaskan semua perasaan awak - Harth Al-Fariq Mampukah Harith mengubah kembali kehidupan Nayla Humaira seperti dahulu, walaupun Nayla telah kehilangan sesuatu yang amat berharga didalam hidupnya? Nayla's guardian~ DISCLAIMER!!! ⚠Ini adalah story pertama saya jadi penulisan macam budak kecik ⚠Jalan cerita tersangatlah cringe ⚠Ayat berterabur dan tidak matang ⚠Typo itu wajib ATTENTION❗️ cerita ni akan di unpublish selepas complete untuk di edit start:24 December 2024 end:20 September 2025
𝐇𝐈𝐒 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐋𝐘 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄𝐑 | 𝐂 by berrin4rs
berrin4rs
  • WpView
    Reads 23,259
  • WpVote
    Votes 826
  • WpPart
    Parts 26
Jelita Nurabella bukan wanita yang mudah ditakluki . Bibirnya manis menutur kata , tetapi hatinya bagai tembok yang tidak bisa dirobohkan . Raja Aqeel , lelaki yang dingin dan penuh misteri , datang menghampirinya , menyusun langkah demi langkah untuk menakluknya . Namun , Jelita bukan wanita yang mudah tunduk pada pesona seorang lelaki , apatah lagi lelaki seperti Aqeel yang seakan memiliki dunia di genggamannya . Dia jual mahal , berpaling setiap kali Aqeel cuba mendekat . Hatinya sudah berikrar , dia tidak akan jatuh semudah itu , tidak akan menjadi seperti wanita lain yang tersungkur di hadapan pesona Raja Aqeel . Namun , lelaki itu tidak pernah mengenal erti putus asa . Dalam diam , dalam lirikan yang penuh makna , dalam tutur kata yang sering membuatkan dadanya bergetar tanpa sedar , Aqeel terus menyerang pertahanan yang dia bina sekian lama . Dan tanpa dia sedar , hatinya mulai retak . Dalam detik yang tidak dirancang , dalam renungan yang terlalu dalam , dia jatuh . Perlahan-lahan , keangkuhannya runtuh , digantikan dengan debaran yang tidak mampu dia dustakan lagi . Namun , apabila cinta hadir , hadir pula ketakutan yang lebih dahsyat , takut kehilangan . Jika dahulu dia percaya dia mampu pergi tanpa menoleh , kini setiap langkahnya hanya mahu menuju ke arah lelaki itu . Raja Aqeel , yang dahulunya hanya permainan dalam rencana hidupnya , kini menjadi satu-satunya lelaki yang dia ingin genggam selamanya . "i love you , mio universo," bisik Raja Aqeel di telinganya , dan pada saat itu , Jelita tahu , dirinya bukan lagi seorang wanita yang berdiri teguh melawan cinta , tetapi seorang wanita yang akhirnya menyerah kepada lelaki yang dia cuba tolak selama ini . NOTE !! > no copy !! > segala kesalahan bole pm !! > no hating allowed !! > spam auto block !! song : Kisah Cinta Kita - Hafiz suip
Aryan Mikael || Og by hanysa_
hanysa_
  • WpView
    Reads 77,607
  • WpVote
    Votes 2,644
  • WpPart
    Parts 24
Aryan Mikael - lelaki berusia 23 tahun dengan darah kacukan Itali dan Jerman, memiliki mata hijau emerald yang tajam dan ketinggian 189 cm. Dia bukan sekadar seorang CEO berjaya yang mengendalikan syarikat "Loxos", tetapi juga seorang mafia yang digeruni di seluruh dunia. Namanya disanjung dalam dunia perniagaan, namun dalam dunia gelap, dia adalah legenda yang penuh bahaya. Sikapnya dingin, tegas, dan sukar dijangka. Tetapi apabila hidupnya mula terikat dengan perkahwinan yang tidak diduga, rahsia dan musuh dari bayang-bayang mula muncul, mengancam segala yang dimilikinya. Naura Kayla - seorang wanita bermata hazel dengan ketinggian 163 cm, lahir dalam keluarga sederhana dan mempunyai seorang kembar lelaki. Hidupnya yang tenang berubah apabila dia dijodohkan dengan lelaki paling berbahaya, Aryan Mikael Di antara bahaya yang mengintai dan perasaan yang semakin bercambah, mampukah Naura bertahan dalam dunia gelap Aryan Mikael, atau dia akan menjadi kelemahan terbesar lelaki itu?
What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of You | TERBIT by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 82,489
  • WpVote
    Votes 4,246
  • WpPart
    Parts 12
3rd Romance: What If Series Vol I. [ stand alone, terbit PBAKL2025 ] "Don't forget to include me..." Zarra dan Adriel, pernah hidup dalam kisah cinta yang sempurna. Atau sekurang-kurangnya, itulah yang mereka percaya. Namun, takdir dan ujian hidup telah meragut kebahagiaan mereka, meretakkan segalanya hingga hanya kepingan kenangan yang tersisa. Jurang mereka terlalu besar untuk dicamtumkan semula dan akhirnya... Zarra kehilangan satu-satunya cinta yang pernah dia miliki. Dan dengan itu, seluruh dunianya turut musnah. Sehingga sesuatu yang mustahil terjadi. Dia kembali. Satu hajat. Satu peluang. Satu cinta. Dan jika dia harus menggunakannya semua untuk lelaki itu, dia rela. Walaupun takdir cuba mengambil Adriel daripadanya, dia berjanji yang dia akan mencari jalan, tidak kira berapa kali dia harus melawan masa bahkan melawan dunia sekali pun. Tiba-tiba... Zarra diberi peluang kedua. Tetapi adakah peluang ini akan mengubah segalanya, atau hanya membawa mereka menuju pengakhiran yang sama? Dapatkah mereka mencintai sekali lagi apabila luka lama masih berbekas? Atau takdir hanya mahu menguji sejauh mana mereka sanggup berjuang. "Find me. Across the world or even through time, find me. Make me remember again. Save me, save us... because I can't." Takdir tidak pernah kejam. Hanya manusia yang sering lupa bagaimana untuk menerima takdir, dan dalam keengganan itu, mereka menjadi kejam terhadap diri sendiri. - Semenanjung Malaysia: RM34 Sabah/Sarawak: RM37 ⚠️ WIWLA Wattpad's Version is only for promotional purposes and is unedited version, it is not the same as physical novel.
Sisakan Aku Waktu |  TERBIT by sofiaaroses
sofiaaroses
  • WpView
    Reads 295,437
  • WpVote
    Votes 1,970
  • WpPart
    Parts 4
Adam Fawaaz, dianugerahkan tuhan satu kelebihan; dia dapat melihat kisah silam setiap manusia yang bertentang mata dengannya. Namun itu adalah hal yang paling dia benci tentang dirinya. Baginya, ia merupakan suatu sumpahan dari tuhan. Sehingga takdir menemukannya dengan Qayla. Dan ketika itu, keajaiban terbesar dalam hidupnya berlaku. Dia.... Tidak dapat melihat kisah silam gadis itu disaat mata mereka bertaut. "Why are you different Qayla?" Dia ingin tahu lebih banyak tentang gadis itu. Dia ingin tahu kenapa gadis itu istimewa.
ERWAN N. : HIS LAST LOVE [C] IN EDITING by luziveleyn
luziveleyn
  • WpView
    Reads 328,207
  • WpVote
    Votes 12,155
  • WpPart
    Parts 51
[ 𝐡𝐚𝐭𝐞 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] C ⚠️ DILARANG MENGGUNAKAN NAMA CHARACTER TANPA KEBENARAN ⚠️ Karya pertama. Stand Alone. Perjumpaan secara tidak sengaja telah meraih pergaduhan di depan cafe gara-gara terlanggar yang melibatkan kemarahan seseorang. "Are you blind, young lady?" "Tak payah nak speaking sangat. Ni Malaysia bukan negara asing." "Ha memang. Kalau awak pergi negara luar, memang laku pun bahasa melayu awak tu. Lepastu dekat sekolah awak belajar bahasa melayu je ke?" "Dekat sekolah cakap bahasa melayu juga ke kau cakap bahasa cina?" "Whatever young lady, i'm already late. Sorry." - "Abang cintakan Bunga. Abang ikhlas nak jaga Bunga." - Muhammad Erwan "Tangan jijik kau tak layak sentuh aku walaupun tidak sengaja." - Nur Bunga "Macam mana rasa tidak dicintai oleh isteri sendiri, best? Memang patutlah kau kena macam tu yelah perampas mana hidup tenang betul tak bro?" - Nik Daniel Zafran "Sampai bila ii pun hidup kau takkan bahagia, Bunga." - Bella Madeena - "I love you, I'm sorry for torturing my heart to hate you when my heart already loves you completely." - Nur Bunga "Thankyou for loving me, may our love last until heaven." - Muhammad Erwan - "𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐦𝐚𝐚𝐟 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚." "𝐘𝐨𝐮 𝐚𝐫𝐞 𝐦𝐲 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐚𝐧𝐝 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐥𝐨𝐯𝐞, 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝" START : 04/07/24 END : 30/10/24 Heroin 🚩
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 414,692
  • WpVote
    Votes 22,853
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 707,747
  • WpVote
    Votes 33,375
  • WpPart
    Parts 61
[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama menambat hatinya. Tambahan lagi, rezeki seperti berpihak kepadanya apabila dia diupah menjadi bodyguard gadis itu. "Selamat pagi Cik Khayra. Saya bodyguard Cik Khayra mulai hari ini." -Tengku Ayden Qaiser Siapa sangka, pertemuan biasa sewaktu alam persekolahan, menghadirkan rasa asing dalam diri. Namun, semakin lama dia mendekati gadis itu, semakin banyak rahsia yang tidak diketahuinya. Andaikan dia tahu gadis itu perlu melalui semua itu, sejak awal lagi akan dia jadikan gadis itu yang teragung di hati. Akan dia bahagiakan Khayra tanpa sedikitpun kesedihan. Khayra Soffeya, seorang gadis yang kasar dan bekerjaya. Mempunyai perniagaan sendiri dan selesa berdikari memandangkan dia hanya ada diri sendiri. Datang dari keluarga yang porak peranda dan hidup dalam trauma yang tak dapat dibendung. Sejak kehadiran seorang lelaki yang diupah menjadi bodyguard, dia terasa hidupnya disekat. Dia tak dapat berdikari dan lakukan semua sendiri lagi. Disebabkan itu, dia tidak suka akan kehadiran Ayden. "Aku tak tahu apa niat kau dekati keluarga aku tapi yang pasti aku takkan biarkan kau terlepas. Watch out." -Khayra Soffeya 'You are my one and only intention why I came here.' -Tengku Ayden Qaiser "I'll never give up on you even though you keep pushing me away." -Tengku Ayden Qaiser "Buang je lah niat tu jauh-jauh. Aku bukan perempuan yang patut kau perjuangkan." -Khayra Soffeya 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 2/10/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 16/11/2022 )
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 303,918
  • WpVote
    Votes 13,538
  • WpPart
    Parts 76
[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun, dia masih menyimpan rahsia yang semakin lama semakin menghantui. Yang menjadi persoalan, apa rahsia di sebalik kebahagiaan yang ditunjukkan di depan keluarganya? Kisah kali ini bukan sahaja melibatkan Randika tetapi melibatkan semua pihak apabila mereka tidak henti diuji, dan bagaimana reaksi mereka untuk menghadapinya. Battle In Love mengisahkan tentang manusia yang bertarung untuk meraih sebuah cinta. Setiap manusia mempunyai definisi cinta yang berbeza-beza. Jadi, bagaimana mereka bertaruh untuk mendapatkannya? Semua akan terjawab dalam Battle In Love. ⚠️ cringe overload ⚠️