NORHANIIDAYU5's Reading List
6 قصص
Benci Sedingin Harraz (OG) بقلم naura_modric
naura_modric
  • WpView
    قراءات 9,079
  • WpVote
    تصويتات 1,037
  • WpPart
    فصول 43
Harraz Mikael tidak mahu berkahwin. lebih-lebih lagi dengan wanita yang langsung tidak dikenalinya. Namun satu akad menjadikan Nuur Humairah isterinya, dan sebuah rumah menjadikan mereka dua orang asing yang terpaksa berkongsi kehidupan. Harraz memilih jarak. Humairah memilih sabar. Hari berganti bulan, sehingga Humairah akhirnya belajar menerima bahawa perkahwinan mereka mungkin tidak akan pernah menjadi lebih daripada sekadar nama di atas kertas. Malangnya bagi Harraz, ketika isterinya berhenti berharap... dia pula mula mencari. Suara yang selama ini tidak dipedulikan. Kehadiran yang pernah dianggap menyusahkan. Dan sekeping hati yang mungkin sudah terlalu lama dia biarkan menunggu. Bagaimana jika kebahagiaan yang paling Harraz perlukan selama ini ialah kebahagiaan yang pernah dia tolak sendiri?
Forever Isn't What We Promised بقلم moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    قراءات 979,569
  • WpVote
    تصويتات 65,998
  • WpPart
    فصول 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
+12 أكثر
Cinta disebalik ego(C) بقلم velkysyuh
velkysyuh
  • WpView
    قراءات 1,477
  • WpVote
    تصويتات 103
  • WpPart
    فصول 10
Khalish Rafiq bukan lelaki yang orang mahu dekati.Marahnya cepat. Kata-katanya tajam. Senyumannya tiada. Bagi Khalish, perempuan hanyalah gangguan. Sehinggalah dia bertemu Huda Nazira. Perempuan yang tidak takut pada nada suaranya, tidak gentar dengan dinginnya, dan tidak pernah berhenti bercakap baik walaupun disakiti. Tanpa dia sedar, perempuan yang paling dia benci itulah yang perlahan-lahan menyentuh bahagian hatinya yang sudah lama mati.
Cinta dan Air Mata [E-BOOK] بقلم AidaisySty
AidaisySty
  • WpView
    قراءات 344
  • WpVote
    تصويتات 9
  • WpPart
    فصول 12
[SIRI KE-3 EMPAT BERADIK] - previously known as Hayden's Love Aaryan Hayden, seorang lelaki yang menyimpan perasaan terhadap satu perempuan, Dahlia Adelia. 11 tahun terpisah, akhirnya takdir mempertemukan mereka semula. "Kau tahu tak berapa lama aku dah cari kau, Dahlia?" - A.H. "Maaf, encik salah orang!" - D.A. "Jangan lari dari aku, Dahlia. Kau tak tahu macam mana gilanya aku cari kau selama ni." - A.H. Pertemuan mereka telah membongkar kisah hidup Dahlia yang kelam tidak berwarna. "Hayden, dia jahat. Dia buat aku. Dia jahat kat aku, Hayden. Aku tak nak. Aku takut." - D.A. "Aku ada. Jangan takut. Aku jaga kau." - A.H. Aaryan hadir membawa cinta dan lamaran, sekali gus menjadi penyelamat hidup Dahlia. Namun hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Aaryan, Puan Humaira. Aaryan nekad dengan keputusannya untuk menikahi Dahlia walau tidak direstui oleh ibunya, dengan keyakinan bahawa suatu hari nanti Puan Humaira akan terbuka hati juga untuk menerima wanita yang dia cintai. Namun sangkaannya meleset. Hubungannya dengan si ibu semakin dingin, membuatkan Dahlia dihambat perasaan bersalah. "Lia sanggup buat apa aje asalkan hubungan Abang dengan Mama kembali pulih." - D.A. "Termasuk berpisah dengan aku? Kau sanggup tengok anak kita hidup dalam perpisahan kita? Kau tak kasihankan aku? Tak kasihankan anak aku yang kat dalam perut kau tu?" - A.H. Akankah cinta mereka kekal bertahan hingga ke akhirnya, seperti ikrar janji setia mereka yang telah dimeterai antara dua hati?
Seteguh Kasih Kita (C) بقلم AidaisySty
AidaisySty
  • WpView
    قراءات 103,752
  • WpVote
    تصويتات 5,328
  • WpPart
    فصول 92
[SIRI KE-4 EMPAT BERADIK] Completed on 15 September 2025 Hazir Azfar. Seorang bekas tentera upahan. Dia menjalani kehidupan biasa sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel kereta. Takdir membawa seorang gadis masuk ke dalam hidupnya. Aaryana Haura. Seorang yang manja dan periang. Pertama kali melihat Hazir, hatinya terpaut meski wajah dan pandangan lelaki itu sentiasa dingin. Pertemuan mereka membawa kepada beberapa pertemuan yang seterusnya kerana Aaryana sudah mula sukakan si abang pomen itu. Dengan berani, dia melafazkan tentang perasaannya kepada lelaki itu namun dia ditolak. Patah hati dengan penolakan tersebut, dia membawa diri ke luar negara. Namun satu peristiwa hitam telah merubah hidupnya. Bagaimana cerita mereka akan berjalan?