𝓵𝓸𝓿𝓮 𝓽𝓱𝓻𝓮𝓮 𝓽𝓱𝓸𝓾𝓼𝓪𝓷𝓭 ✨
3 stories
Terkecuali : Mikael by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 895,975
  • WpVote
    Votes 63,478
  • WpPart
    Parts 44
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." // "Let my box be empty.Don't full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. **** Sara,seorang remaja yang matang namun takut untuk menerima realiti.Sepanjang hidupnya,hanya satu perkara yang mungkin dapat mengubah seluruh hidupnya yang suram kepada lebih teruk.Iaitu penyakit ibunya yang tak dapat disembuhkan,dan itulah ketabahan yang dia cuba perjuangkan. Bertentangan dengan Mikael,seorang remaja yang amat tertekan kerana satu peristiwa yang telah memberi impak dalam hidupnya.Kehilangan orang yang tersayang dalam cara yang teruk bukanlah perkara yang akan membuat hidupnya lebih baik.Malah perubahan sikapnya kepada ganas,bermasalah di sekolah dan gemar berseorangan mula mendapat perhatian orang sekelilingnya.Sebab itulah dalam akalnya,tiada penyelesaian dalam derita kecuali bunuh diri. Tanpa Sara sedar,kehadiran Mikael memberikan sedikit keberanian dalam dirinya.Kejadian bodoh yang Sara terlibat dengan Mikael di sekolah seperti menjadi penarik diantara kedua-dua remaja ini.Dan tanpa Mikael sedar juga,kehadiran Sara memberi ketabahan dan cahaya baru dalam hidupnya. Mungkin lebih dari itu. **** "Beritahu Sara..Keputusan apa yang paling berani abang pernah buat?" Aku tidak tahu macam mana soalan itu boleh terkeluar daripada mulutku. "Keluar daripada kegelapan.Dan pergi kepada Sara." Balasnya membuatkan mataku tidak berkedip merenung ke dalam mata hazel Mikael.
Bukan Yang Terbaik by sugarcxndy
sugarcxndy
  • WpView
    Reads 442,958
  • WpVote
    Votes 20,060
  • WpPart
    Parts 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis sekolahnya. Namun semua itu ditolak hanya sebab satu alasan, perasaan sayang dan bertolak ansur terhadap kakaknya, Atiqa Amylia yang menghidap sakit kanser. Hal ini menyebabkannya tersisih dari keluarga yang sibuk mementingkan kesihatan kakaknya. Hari demi hari, dia mulai terasa hati. Namun, bertemu pula dengan jejaka idaman malaya, Zafriel Xavier, budak kacukan yang baru sahaja berpindah kesekolahnya. Dia agak hairan mengapa lelaki kaya itu tidak memilih sekolah elit untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. Mereka mula akrab dan lama-lama, satu perasaan mula terbit dalam hati masing-masing. Sekali lagi, ada sahaja halangan yang menggangu. Namun, Aurora memilih untuk membiarkan sahaja halangan itu dan mengambil risiko. Hal ini menyebabkan kedua hati ini kembali bersatu walau tanpa restu keluarga. Amat memenatkan, tetapi membahagiakan. Adakah ianya akan kekal hingga akhir hayat apabila rahsia akan terbongkar satu persatu?
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,512,000
  • WpVote
    Votes 256,706
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.