khairunisa95's Reading List
2 stories
MEK SIAH by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 3,017
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 5
Tiga tahun terlantar sakit dan nazak tetap tidak memutuskan nyawa Mek Siah. Dalam keadaan tubuh yang tinggal tulang, Mek Siah masih mempertahan apa yang dimilikinya. Dia merasakan dirinya masih muda dan kuat. Tidak mahu berpisah dengan apa yang menghuni tubuhnya. Pada waktu yang sama penyesalan demi penyesalan di atas keterlanjuran waktu silam sering menghantui. Dalam keadaan yang semakin lemah, Mek Siah mahu mencari pewaris untuk pendamping yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya. "Cepatlah sembuh, mak. Hanum tak daya dah. Hanum bukan bencikan mak, tapi keadaan mak selalu buat Hanum tertekan. Mak tak kesiankan Hanum ke?" - HANUM Tiga tahun juga Hanum menjaga Mek Siah dengan sabar. Biarpun dia hanya seorang menantu, namun dia lebih tahu apa yang ditanggung oleh ibu mentuanya. Baginya, Mek Siah bukan lagi ibu mentuanya. Ada sesuatu yang menghuni jasadnya. Hanum seringkali berhadapan dengan perkara yang pelik dan menyeramkan. Tanpa sedar, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tidak kelihatan jasadnya. Darah Hanum yang manis turut menjadi idaman Mek Siah. Antara rela dan paksa, Hanum bersetuju mewarisi apa yang menjadi milik Mek Siah. "Tak boleh tidak, Saad. Esok aku kena 'kerjakan' Mek Siah. Entahlah, susah aku nak jelaskan. Tapi aku terbau mayat." - HAJI LAMIN Tidak disangka, kisah puluhan tahun yang lalu terpaksa dibongkar. Haji Lamin sabar mencari jawapan bagi setiap persoalan. Dia dapat melihat api dendam dalam diri Mek Siah. Dia melakukan semuanya atas rasa ihsan dan demi mengenangkan persahabatannya dengan suami Mek Siah, Daud. Tekad Haji Lamin, keadaan Mek Siah harus dipulihkan. Tidak mengira sama ada dalam keadaan hidup atau pun mati. Apakah kesudahan kisah hidup Mek Siah? Pasti akan mengejutkan anda!
YOU CAN CALL ME MONSTER by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 938
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 5
NUR HASNUL HISHAM - Seorang duda, baru kematian isteri. Menyalahkan dirinya sendiri atas kematian isteri dan anak mereka. Larut dalam kesedihan dan penyesalan hingga berniat mahu membunuh diri. NAJLA ATIKAH - Kelihatan seperti gadis biasa tetapi dia seorang luar biasa kerana mampu melihat apa yang orang lain tidak boleh nampak. Dia digelar monster kerana suka menjerit dan menengking tanpa sebab. Tiada kawan lain melainkan SUFIAN dengan HANA. "Adoi... Sakitlah. Kenapa kau jentik telinga aku." - HASNUL "Aku jentik hantu yang bergantung kat telinga kau tu." - ATIKAH Pertemuan pertama HASNUL dan ATIKAH, bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang. Atikah ternampak 'hantu' yang menyamar sebagai SOFEA, menghasut lelaki itu untuk membunuh diri. PUAN AIDA, ibu Hasnul merayu Atikah agar menyelamatkan anaknya. "Tak ada perempuan lain ke, ma? Tengoklah pakaian dia ni. Macam ni nak jadi isteri?" - HASNUL "Kau tak nak?Aku seratus kali tak inginlah! Aku pun tau nak cari lelaki syurga buat khalifah. Bukan lelaki neraka macam kau." - ATIKAH Dan mereka berdua terikat dalam sebuah perkahwinan paksa rela. Misi Atikah hanyalah memulihkan Hasnul dan membuatkan lelaki itu kembali normal seperti dahulu. Namun, soal hati bukan sesuatu yang mudah. Bila melibatkan perasaan, pasti ada hati yang terluka dan dilukai. Kemunculan SARINA, adik kepada arwah Sofea yang membawa wasiat agar dia berkahwin dengan Hasnul, membuatkan segalanya bertambah rumit. Siapakah pilihan Hasnul? Bagaimana pengakhiran rumah tangga dia dengan Atikah? Berjayakah Atikah dalam misinya memulihkan Hasnul? Apa pula rahsia yang Puan Aida simpan?