mnasyaaaa
Hae Rin atau lebih dikenali sebagai Laura, ialah seorang gadis yang cantik lagi manis.
Gadis kacukan Australia dan Korea ini bertubuh sekeping tetapi ketinggian nya melayakkan dia untuk menjadi seorang model. Selain berketampilan menarik, dia juga menjadi pelajar contoh di sekolah nya iaitu Sydney Grammar School. Dia berkawan rapat dengan Roseanne dan juga Jungkook sejak dari kecil kerana ibu-bapa mereka saling mengenali.
Dia menjadi kegilaan ramai jejaka di sekolah nya kerana kecantikan dan kepandaiannya,
terutama nya Lucas yang tidak henti-henti mengejar Laura. Malangnya dia tidak pernah mengendahkan Lucas. Tetapi hatinya berubah selepas kemunculan Ethan sebagai pelajar baru di kelasnya. Ethan seorang jejaka yang sangat tampan, berpindah ke Australia kerana urusan kerja kedua ibu-bapanya. Tetapi seorang gadis bernama Nancy menyimpan rasa dendam nya terhadap Laura, kerana menganggap Laura merampas kedudukan nya sebagai
pelajar paling popular di sekolah. Bukan itu sahaja, Nancy juga telah menganggap bahawa Laura telah merampas jejaka pujaan hati nya.