chiqjannah's Reading List
9 stories
Antara Perasaan Benci VS Cinta by SisDolphin
SisDolphin
  • WpView
    Reads 651,844
  • WpVote
    Votes 13,733
  • WpPart
    Parts 71
Kesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya. Hatinya terseksa, tapi dia bertahan demi ibu dan ayah tercinta agar mereka terus tersenyum bahagia. Eriqa Afiqah kembar kepada Eriqa Safiyya yang dari awal menghidu keanehan dalam penikahan mereka merasa kesian dan marah pada kembarnya. Mengapa harus dia menyeksa dirinya untuk pernikahan tanpa cinta. Akankah hati Rayyan akan memberi ruang pada Safiyya setelah bergelar isterinya? Akankah Rayyan patuh pada kata Cinta terhadap sang isteri? Patutkah dia mempertahankan pernikahan tanpa cinta ini? Mungkinkah Farah akan melakukan sesuatu untuk mempertahakan hubungannya dengan Rayyan Buah Hatinya?
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 837,431
  • WpVote
    Votes 25,609
  • WpPart
    Parts 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
Isteri Tanpa Cinta (Complete) by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 3,387,141
  • WpVote
    Votes 78,445
  • WpPart
    Parts 41
Ain Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan yang dia dipaksa berkahwin dengan anak driver keluarganya. Perempuan itu tak layak terutamanya dari segi kekayaan, terlalu menutup aurat, dan juga perlakuannya yg pendiam. Dapatkah Ain melembutkan hati Zarriq dan membuatkan suaminya menerima dirinya sebagai isteri yang sah. Walaupun berbagai halangan dia akan tetap bertahan dan yakin ada bahagia di depan.
Mr. Doctor untuk Miss Practical ✔ by Riff_Iffa
Riff_Iffa
  • WpView
    Reads 2,695,424
  • WpVote
    Votes 102,239
  • WpPart
    Parts 74
cerita ini bknlah fakta dan saya tahu ianya salah yg teramat sgt. Jdi mohon anda bca secara santai dan anggap sahaja ini cerita imaginasi Mengisahkan seorang gadis yang periang, berdikari dan berani. Bernama Amira Fadhiya atau lebih dikenali Dhiya. Baru menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Tamat sahaja pengajian, ayahnya menawarkan Dhiya untuk bekerja di hospital papanya. Dhiya ditawarkan jawatan sebagai pakar bedah jantung oleh ayahnya tetapi ditolaknya atas dasar tidak mahu jawatan tersebut dipilih kerana dia anak kepada pengarah hospital. Dia berasakan dia tidak layak mendapat jawatan tersebut dengan begitu mudah. Jadi, Dhiya memilih jawatan sebagai seorang Medical Assistant (M.A). Baginya jawatan tersebut layak untuknya di samping dia dapat lebih banyak pengalaman sekiranya bertugas di jawatan yang agak bawah berbanding doktor. Malangnya, dia terpaksa bertugas di bawah pantauan oleh seorang doktor lelaki pakar bedah jantung yang tegas dan menjengkelkan. Malah, dia juga merahsiakan identitinya bahawa dia anak kepada pengarah hospital. Tetapi rahsianya mulai terbongkar sehingga dia terjerat dengan suatu perkahwinan yang dirancang oleh papanya. Nak tahu siapa doktor lelaki tu? Nak tahu macam mana identiti Dhiya terbongkar? So, baca ja la novel ni. ................................................................... "Aku nak hari ni kau stay dekat hospital sampai pukul 8 malam. Kau kena ikut kemana je aku pergi." Ujar Zariq dengan senyuman sinis. "But.. Why?" Soal Dhiya terkejut. What?! Kena stay dengan dia sampai pukul 8 malam? Tak sanggup aku. Siap kena ikut dia lagi. No.. no.. NO! COMPLETED Start: November 2017 End: 5 April 2020
TAKDIRKU MENCINTAIMU (TERBIT)  by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 45,227
  • WpVote
    Votes 545
  • WpPart
    Parts 12
Unofficial blurb: QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia tidak akan bahagia bersama Adam kerana Adam masih teguh mencintai arwah Qaira. Namun, perkahwinan itu tetap berlaku dan siapa sangka, ada satu rahsia besar yang tersimpan tentang identiti sebenar Qaseh, serta perkara yang telah berlaku 15 tahun yang lalu. ADAM HAZIM- Semakin dia ingin melupakan wasiat Qaira, semakin mimpi buruk menghantuinya dan berhenti di mana dia melamar Qaseh sebagai isteri. Adam tidak berniat untuk menyakiti Qaseh, tapi apakan daya hatinya masih mencintai Qaira. Tapi sayang, saat perkara sebenar terbuka luas, semuanya bagai terlambat buat Adam untuk membetulkan keadaan. Adakah takdir mereka untuk mencintai antara satu sama lain masih tertulis oleh Sang Penyatu?
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,803,056
  • WpVote
    Votes 206,837
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
Awak milik saya tau !  (Complete ✅) by sweetgula
sweetgula
  • WpView
    Reads 608,153
  • WpVote
    Votes 21,551
  • WpPart
    Parts 36
Tengku Rasyad - Ramai wanita yang meminatinya kerana pakej lengkap yang dimilikinya. Tapi Rasyad lansung tidak ambil peduli. Apa yang dia tahu,dia tidak mahu melayan mereka semua kerana dia tidak mahu mengulangi zaman playboynya semasa dia disekolah dulu. Syazwani - Dia tidak pernah kenal siapa Rasyad walau lelaki itu sering menjadi sebutan dibibir orang ramai. Tetapi sejak insiden dia tertegur Rasyad menyebabkan hidupnya mula jadi kacau bilau.Lelaki itu tak pernah berhenti dari menganggunya hidupnya ! Satu perjanjian yang dianggap gurau oleh syazwani akhirnya memakan diri sendiri apabila Rasyad menagih janji tersebut. "Ermm...okay macam ni, lepas 7 tahun kau balik sini kita kahwin ! " syazwani "I tak kira.I nak you tunaikan janji you.Kalau jadi manusia tu berpeganglah pada janji Wani - Rasyad ***** Duh sorry description dye mcm budak2. Mase tulis cter ni dlu pon zaman budak2 kan so yeah . Selamat membaca gais 👻 1st publish : 2015 End : 2016 Re-edit : 2020
Blind Girl  by nurlins
nurlins
  • WpView
    Reads 60,282
  • WpVote
    Votes 3,983
  • WpPart
    Parts 52
Highest Rank #1 in Chicklit #1 in Aulia Aulia Mardhiah, gadis berusia 16 tahun dan mula menjejaki ke sekolah baru setelah usianya sudah makin menginjak. Namun, bukan sesuatu yang mudah baginya apabila dia mula bertemu dengan musuh lamanya, Nik Hasan. Pada mulanya, Hasan hanya berkelakuan baik terhadapnya seolah-olah ingin memikat hatinya dengan memberikan satu kitkat. Akan tetapi, Aulia tidak menerimanya. Disebabkan itu, Hasan terasa kecil hati dan mula berubah untuk membalas dendam kepadanya. Dendamnya pada masa lalu kian bertambah dengan kehadiran Hazrul, Hanif dan lain. Walau bagaimanapun, Hasan mula menghilangkan diri suatu hari. Tanpa khabar berita, dia telah berpindah malah seorang pelajar baru mula mendaftarkan diri di sekolah tersebut. Kehadiran Ustaz Farish dan Haidar mula merungkaikan satu per satu dendam yang tersimpan. Pertemuan demi pertemuan kini menjadi semakin hangat apabila Aulia terperangkap dengan Hazrul yang cuba untuk memikat hatinya. Farish yang sudah lama memendam perasaan terpaksa mengundurkan diri. Haidar pula terpaksa makan hati. Akan tetapi, sekali lagi hati Aulia disakiti apabila Hanif mempermainkan perasaannya dengan taruhan. Dia pergi dan mula meninggalkan segala memori silamnya. Dengan sekali detik, dia kemalangan dan mula hilang ingatan. Namun, hanya seorang sahaja yang setia bersamanya. Iaitu : Start : 31.1.2019 End :
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,907,521
  • WpVote
    Votes 76,674
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL