Yess
2 stories
[ C ] BLOODY DANCER by elvnaa
elvnaa
  • WpView
    Reads 505,648
  • WpVote
    Votes 21,787
  • WpPart
    Parts 77
BLOODY DANCER membuka tirai. KHAIR QAYYUM Seorang jejaka berusia 31 tahun. Hidupnya sentiasa dikelilingi dengan bahaya hanya untuk melindungi orang lain sehingga hampir mengorbankan nyawa ahli keluarganya sendiri. Berkhidmat sebagai bodyguard di bawah BG EliteGuard Protection. "Saya nak berhenti, tuan. Keluarga saya lebih memerlukan saya." - KHAIR QAYYUM Ketika dia di penghujung mahu hentikan semuanya. Dia diberikan tugasan yang terakhir. Tugasan di mana dia harus melindungi seorang penari para VIP. Dia mahu menolak sekeras-kerasnya kerana dia menganggap melindungi seorang penari adalah satu pencemaran terhadap status kerjayanya. "i'll protect you with all my strength, i give you all i have, all that belong to me" - KHAIR QAYYUM AULIYA ZULAIKHA seorang gadis penari. Namanya sering disebut-sebut oleh orang-orang kaya. Dipanggil dengan gelaran murahan sudah membuatnya lali. Tubuhnya dijamah dengan pandangan bernafsu sudah membuatnya mati hati. Seorang gadis yang tidak dapat disangkal, menyimpan 1001 rahsia disebalik wajah mendungnya. Perempuan misteri yang perlahan-lahan menangkap tarikan seorang jejaka bernama Khair Qayyum. "Mama... kenapa Mama masih busuk walaupun Auliya dah mandikan Mama?" - AULIYA ZULAIKHA "Mama... kenapa ulat ni masih ada dalam mulut Mama walaupun Auliya dah buang?" AULIYA ZULAIKHA Hari demi hari, ancaman datang tanpa diundang. Merapatkan mereka sehingga timbul satu perasaan yang disebut cinta. Namun semuanya tak seindah apa yang mereka harapkan. Hadirnya cinta yang harus dikorbankan kerana kepentingan diri. "Saya seorang yang jijik. Darah saya kotor. Awak tak akan mampu hadap siapa saya." AULIYA ZULAIKHA "Jadi beritahu aku. Beritahu aku setiap titik darah kotor yang mengalir dalam tubuh badan kau tu dan aku akan sucikannya. Kau akan jadi wanita paling mulia di mata aku." KHAIR QAYYUM Rahsia besar yang dia tak pernah duga. Betapa kejamnya wahai manusia. "She's sweet poison that I gladly taste." KHAIR QAYYUM
TERPERANGKAP DALAM BAYANGAN [C] by xavieriazoey
xavieriazoey
  • WpView
    Reads 29,460
  • WpVote
    Votes 2,129
  • WpPart
    Parts 74
AIMIN HUMAIRA, seorang gadis kecil berusia 6 tahun memiliki mata yang amat luar biasa. Kelebihan ini membolehkan Aimin melihat makhluk halus dan mengakses dunia ghaib yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Suatu hari, dia secara tidak sengaja bertemu dengan makhluk hitam yang dikenali sebagai penjaga hutan dalam dunia ghaib yang menyimpan banyak rahsia misteri. Namun ketika Aimin berusia 10 tahun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dia hilang ingatan dan mata uniknya berubah menjadi hitam seakan-akan segala keajaiban yang dimiliki lenyap begitu saja. Tahun demi tahun berlalu, Aimin membesar tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada dirinya. Pada usia 20 tahun, ketika dia tersesat di suatu tempat yang tidak dikenali, Aimin kembali bertemu dengan makhluk hitam tersebut. Malah, makhluk itu juga tidak mengenali Aimin dan membantu Aimin keluar dari dunia ghaib. Namun, pertemuan kali ini membawa bahaya yang lebih besar apabila Aimin menyedari bahawa perjanjian lama yang melibatkan dirinya dan mata uniknya mempunyai kaitan dengan nasib dunia ghaib dan manusia. Mata Aimin yang berubah merupakan kunci kepada suatu rahsia gelap yang melibatkan pertempuran antara dunia nyata dan dunia ghaib. Kini, Aimin harus berdepan dengan takdirnya yang penuh misteri, serta ancaman yang lebih besar daripada apa yang pernah dia bayangkan. START : 9/1/2025 END : 2/2/2025