izzhmniii's Reading List
4 stories
Bibik Milenium by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 12,359
  • WpVote
    Votes 332
  • WpPart
    Parts 6
Aku, bibik milenium. Bibik Milenium sangat menjaga penampilan. Mesti Vouge walaupun setakat cuci tandas. Faham.... - SUHAILA AILEEN Hadirnya Suhaila membuatkan hidup TENGKU KHALIS AIMAN huru-hara. Di paksa menikah dengan seorang bibik. Dia terpaksa akur kerana harta papanya. Berkahwin dengan seorang lelaki asing saat hatinya terluka bukan suratan yang Suhaila pinta. Apatah lagi menjadi isteri kepada lelaki yang paling dia benci Namun siapalah kita untuk menafikan kuasa Ilahi. Dalam marah ada sayang. Dalam benci muncul pula cinta. Makin ditepis makin terasa. Nakal Suhaila jadi igauan Khalis. Senyuman Khalis buat Suhaila tergoda. Bibir sekata melantun benci, dihati melagu kata rindu. Kau dah jatuh cinta kat aku ke belum? - Tengku Khalis Aiman. Aku tak nak jatuh hati kat kau. Kau tu kejam - Suhaila Aileen. Namun sejarah hitam memburu Suhaila. Aib yang dia simpan mula menjadi racun dalam hubungannya dengan Khalis. Angkara khianat sekali lagi Suhaila gagal dalam cinta. Kau anak pelacur kan. Kau perangkap aku sebab konon nak sucikan nama busuk kau tu.- Tengku Khalis Aiman. Sekali lagi Suhaila terpaksa berdepan dengan ujian. Kerana asal keturunannya dia putus tunang. Dengan alasan yang sama Khalis menghalaunya. Suhaila membawa diri. Di saat dia mampu berdiri kembali, muncul Khalis menagih cintanya. Sedangkan sudah ada jejaka lain yang menantinya. Aku rindu bibik milenium aku. Tolonglah jangan tinggalkan aku. - Tengku Khalis Aiman. Suhaila Aileen... will you marry me?- Haris Iskandar. Siapakah pilihan Suhaila. Menolak Khalis hatinya sakit. Menerima cinta Khalis hatinya juga sakit. Mampukah kisah cinta mereka kekal hingga ke syurga jannah. Rm 27.00 (Semenanjung) Rm 25.00 (Sabah/Sarawak) untuk mendapatkannya sila hubungi FB: Penerbitan Lovenovel FB: Aein Dhiyauddin
Mr Bibik by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 13,970
  • WpVote
    Votes 187
  • WpPart
    Parts 6
"Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik." - Firas Iman "Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje." - Aulia Izzatunnisa Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu. Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah. Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga. Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula. Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia. "Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa." - Firas Apakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz? KAPSYEN: Kaulah teman, kaulah musuh dan kaulah syurgaku...
KINI by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 248
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 1
Cerita zaman sekolah.
BIBIK MILENIUM VERSI PUASA/RAYA by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 3,546
  • WpVote
    Votes 129
  • WpPart
    Parts 1
Jom kita baca gelagat pasangan sama-sama sengal ni beraya...