ᴘʀᴇᴘᴀʀᴇ ᴜʀ ᴍᴇɴᴛᴀʟ | 🤧
29 stories
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz by nu_haina
nu_haina
  • WpView
    Reads 1,363,417
  • WpVote
    Votes 49,586
  • WpPart
    Parts 74
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan permintaan dari Dhiya. Hatinya hancur. Sampai hati Dhiya, sahabat baiknya sendiri. "Saya takkan boleh buat awak gembira. Perkahwinan ni hanya angan-angan awak sendiri." - Kasyaf "Saya tahu." "Kalau awak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?" "Saja." - Dhiya Peritnya hanya Dhiya yang tahu, sakitnya hanya Dhiya yang tahu. Dia cuma ingin sedikit kasih dan sayang dari lelaki itu. cc: cover by tsweetestrain-
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 155,571
  • WpVote
    Votes 12,831
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
Until We Meet Again  by riesyaw
riesyaw
  • WpView
    Reads 141,622
  • WpVote
    Votes 14,666
  • WpPart
    Parts 37
Tentang bunga yang ditinggal tidak berduri. In his fading breath, a promise lies, Held by her, beneath silent skies, Bound by time yet worlds apart, Love endures within her heart, Whispering soft, "Wait for me." Also known as Path: Noah Inara Cover made by @yyouraphrodite
C | mimpi indah by LunaLavella
LunaLavella
  • WpView
    Reads 1,136,886
  • WpVote
    Votes 89,552
  • WpPart
    Parts 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022
Derita Ciptaan Dia by Anihh_
Anihh_
  • WpView
    Reads 341,239
  • WpVote
    Votes 8,903
  • WpPart
    Parts 76
Perkenalan semasa di universiti telah melahirkan rasa cinta diantara Alyana dan Nazim Aiman. Masing-masing berjanji akan hidup bersama setelah tamat belajar. Setelah tamat belajar, Alyana menuntut janjinya. Tetapi dia hampa kerana selama ini dia hanya dipermainkan. Nazim tidak ikhlas mencintainya. "Mana janji awak? Dulu awak kata, awak akan cintakan saya dan awak nak kahwin dengan saya. Saya tunggu awak, tapi ini awak balas?"- ALYANA "Aku tak pernah sukakan kau! Aku juga tak pernah terfikir pun nak cintakan kau! Aku tak pernah pun berjanji nak sehidup semati dengan kau!"- NAZIM AIMAN Hancur! Kecewa! Itu yang dirasakan Alyana. Ditambah pula Nazim bakal berkahwin dengan Innara, sahabat baik Alyana. Alyana terima dengan hati yang kecewa . Kerana sudah menganggap Alyana bagaikan saudara, Innara membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan. Nazim marah dan menyalahkan Alyana dan membuat keputusan untuk mengahwini Alyana dengan niat untuk menyeksa gadis itu. Setelah berkahwin, begitu hina layanan Nazim terhadap Alyana. Kerana rasa cinta dan kasih pada Nazim, Alyana redha menerima segala hinaan dan seksaan sadis dari Nazim. "Dahlah..tak payah nak raih simpati aku kat sinilah. Jijik aku dengar, cukuplah selama ni aku menahan geli menyentuh perempuan macam kau ni! Kau pulak dengan tak sedar diri boleh peluk aku pulak. Hei..kalau dah aku tendang kau, kau rasa ada ke belas kasihan aku pada kau?"-NAZIM AIMAN Sampai bila Nazim terus membenci? Tidak lelahkah Alyana mengharungi derita ciptaan Nazim? ___________________________________________________ [ Watak-watak dalam cerita ini adalah hasil penulis dan rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati] ___________________________________________________
[B1] MAHFUZ (TERBIT) by bellofa
bellofa
  • WpView
    Reads 3,160,264
  • WpVote
    Votes 36,260
  • WpPart
    Parts 16
(2020 - belum di-edit. Ayat berterabur) "Mungkin sudah tertulis disana, kau dan aku bukan takdir" - kawasan bahaya HAHA
BUKAN KERANA DIA [COMPLETED] by TheAyraa
TheAyraa
  • WpView
    Reads 110,436
  • WpVote
    Votes 13,235
  • WpPart
    Parts 7
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐅𝐚𝐬𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚'𝐬 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 FASHARINA HAURA - Dia bukanlah seperti Saidatina Khadijah yang kuat imannya. Bukan juga seperti Saidatina Aisyah yang tinggi ilmu agamanya dan Saidatina Fatimah yang hebat keperibadiannya kerana dia hanyalah wanita akhir zaman yang rapuh, yang selalu lupakan Ilahi dan mengikut kehendak duniawi. "I love your beautiful eyes. And I love you too." - Rayyan Hadirnya seorang jejaka bernama Fahrin memberikan 1001 sinar bahagia buat Fasha. Dikejar dan diraih cinta lelaki itu sehingga diabaikan cinta yang lebih besar. Cinta sang pencipta hati. "Awak memang tak pernah bukakan hati awak untuk saya kan? Kenapa? Sebab saya bukan yang terbaik untuk awak?" - Fasharina Haura "Maaf, tapi aku tak boleh beritahu." - Fahrin Sesungguhnya hijrah itu tidak mudah. Saat dia mula berubah, Allah berikan ujian yang bertimpa-timpa sehingga membuatkan dia diambang kejatuhan dalam gaung kejahilan semula. "Sekarang, apa perasaan kau? Kau dah ditinggalkan semua orang dan hidup seorang diri. Tak ada siapa lagi yang percaya kau walaupun kau kata kau dah berubah sekalipun!" - Sarah Namun, kehadiran Mr. Tengku yang sentiasa ada di sisi membuatkan dia teguh berdiri. Saat itu, dia mulai keliru dengan aturan Tuhan yang tidak diduga ini. "Kaulah bidadari saat pertama kali kita berjumpa." - Mr. Tengku "Siapa awak, Mr. Tengku?" - Fasharina Haura "Seorang lelaki yang bakal pimpin tangan kau ke Syurga." - Mr. Tengku "Aku melangkah bukan kerana dia tetapi kerana Dia." - Fasharina Haura Siapakah lelaki di sebalik gelaran Mr. Tengku? Berjayakah Fasha memikat hati Fahrin? Dan siapakah pilihan hati Fasha? Mr. Tengku, Rayyan atau Fahrin? #1 tarbiah ⚠️ MY OWN IDEA!
Dendam Eafy ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 948,369
  • WpVote
    Votes 33,903
  • WpPart
    Parts 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di atas kematian ayahnya akibat ditembak oleh seorang konco musuh Catch. Mungkin semua sudah tertulis apabila Hanis juga ada kaitan dalam hal ini. Atau lebih tepat, Hanis menjadi mangsa keadaan. HANIS. Bukan main kepalang lagi rasa terkejutnya apabila bangun sahaja daripada pengsan, dia telah berada di sebuah bilik mewah yang sangat asing. Peluang untuk melepaskan diri makin bercahaya apabila kelibat Eafy muncul di ruang mata. Hanis fikir, sahabatnya itu adalah seorang penyelamat. Malah... Lain jadinya! "Kau percaya tak, kalau aku cakap... Aku adalah penculik sebenar?" Didera, diseksa dengan kejam dan lebih teruk lagi, dia diperkosa! Mana sifat belas kasihan lelaki itu? "Kalau aku mengandung, aku akan lari dari sini!" Kata-katanya itu bukan sahaja di mulut. Setiap apa yang dipertuturkan, dia sematkan dalam hati. Andai kata ada janin di dalam kandungannya, maka Hanis akan melarikan diri daripada kurungan Eafy. "Hannah, can I marry your mama?" Setelah apa yang mereka lalui, akhirnya mereka telah mengecapi kebahagiaan berumah tangga. Namun, satu demi satu ujian makin menduga. "Bad news, markas diceroboh polis." ••• Start : 3 October 18 End : 27 Januari 20 Status : Completed Genre : Romance © No plagiarism
Kita Berdua✔️ by eyein_
eyein_
  • WpView
    Reads 70,492
  • WpVote
    Votes 6,028
  • WpPart
    Parts 49
mempersembahkan- through all the darkest night we have to fight, may our love always be our light. •••• berpijak pada bumi yg sama, dicipta dari tanah, namun mereka tetap berbeza, agama menjadi pemisah ••• "Awak suka main piano?" Laju aku menyoal. Selalu dengar dia main piano dari rumah aku. Maklumlah, rumah kami hanya berdepan. Dari dalam bilik pun aku dengar bunyi piano dimainkan. Dia hanya mengangguk perlahan sebelum terus berjalan laju meninggalkan aku yang terpinga - pinga di belakang. "Awak!" Dia berhenti. "Saya nak kawan dengan awak!" ••• Zahra. Dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan agama. Walaupun perangai dia brutal, paling selamba dalam adik beradik tapi dia tetap menjaga diri dengan baik. Simpan banyak crush? Benda tu biasa. Yang tak biasa tu, tercrush dekat lelaki cina depan rumah sendiri! Adrian Chong. Dia lelaki pendiam, misteri dan tidak berkawan dengan sebarang orang. Hidupnya dikongkong oleh ayahnya sendiri. Atau patut dia kata- ayah dan ayahnya? Diambil sebagai anak angkat dua lelaki gay. Ada adik angkat perempuan juga. Siapa sangka, perempuan macam Zahra mahu berkawan dengan dia? ••• "Ara tak buat ummi!" "kau memang murahan!" Prang! Pipi sendiri terasa kebas dengan tamparan hebat walid. Hatinya hancur. Ya Tuhan, bukan dia yang minta semua ini. "Bukannya kamu boleh nikah dengan dia pun!" ••• dia seorang wanita tabah. dia seorang jejaka bermelodi. dia hujan. dia langit gelap. mereka- menempuh semuanya bersama. asalkan ada Tuhan dan cinta. adrian dan zahra, siapa yang sanggup menukar kepercayaan demi insan yang disayangi? •••• a little bit klise hm i dont know, but i'm sorry if sensitive. saya cuba mengelakkan isu sensitif. ini hanya tentang Zahra & Adrian sahaja. do support 🥰❤️
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 by keylasyaff
keylasyaff
  • WpView
    Reads 972,964
  • WpVote
    Votes 43,419
  • WpPart
    Parts 48
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan riak itu membuatkan orang terdekat tidak senang jika bertugas bersamanya. Pembatu peribadinya, Dian sahaja yang tahan dengan perangai majikannya kerana Nurul Eira Hazel banyak menolong keluarganya. Oleh kerana sifat dengki manusia padanya, dirinya terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kepalanya cedera parah. Dia koma selama dua tahun dan apabila dia sedar, berita yang amat mengejutkannya adalah dia bisu dan peluang untuk dia kembali bercakap dan bernyanyi terus hilang. Dia juga telah kehilangan harta dan kerjayanya. Dr Hannah Julia. Doktor yang merawatnya selama dua tahun selalu memberikan Nurul Eira Hazel kata semangat. Dia juga mempelawa Nurul Eira Hazel untuk tinggal bersama keluarganya dan secara tidak langsung menjadi ahli keluarga angkat. Kehadirannya diterima dengan kesemua ahli keluarga Hannah Julia kecuali adik keduanya, Hanif Raydan. Hanif Raydan. Lelaki yang berkelulusan tinggi dari salah satu universiti yang berada di Mesir. Pulang sahaja dari Mesir, dia langsung tidak menerima kehadiran Nurul Eira Hazel kerana dia pernah memalukan Hanif Raydan di zaman universiti dahulu. Dia memaki, mencaci malah mendera Nurul Eira Hazel apabila mereka berdua sah menjadi suami isteri. "Aku takkan pernah sesekali cintakan manusia kejam macam kau ni. Kau ingat eh perbuatan kau dahulu? Aku akan siksa kau sampai kau mati. Kau dengar tak?!" - HANIF RAYDAN Adakah dia akan terus menyiksa Nurul Eira Hazel untuk kepuasan hati sendiri? Adakah itu balasan terhadap Nurul Eira Hazel atas sikapnya dahulu? ACHIEVEMENT • Anugerah Buku 2020 | The Heartbreaker • Patahan Ranting Award 2020 | The Best Romance Cover by @FairuzZulaika S t a r t ; 22 Disember 2019 S t a t u s : COMPLETE E n d : 24