CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT)
msroses_
- Reads 2,920,885
- Votes 1,913
- Parts 10
1st story ♥️
Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang
jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang
tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar
daripada mulut kedua-duanya.
Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan"
tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing.
Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang
meranapkan segalanya.
"Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea
"Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash
"Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan
saya!" - Maira Sofea
Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya
berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa
pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam
memberi makna yang lebih besar.
"Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke
ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana
Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka
mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa
tanggungjawab dan rasa kebergantungan?
Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah.
Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.