N O V E L
4 stories
TERLERAI SEBUAH IKATAN (Complete✔️) by rosesqila
rosesqila
  • WpView
    Reads 360,268
  • WpVote
    Votes 8,079
  • WpPart
    Parts 53
Kehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang terjadi. Penemuannya dengan Ashriq Helmi menimbulkan rasa marah yang kemudiannya bertukar menjadi cinta. Mereka terpalit dengan perasaan sendiri. Berkahwin tanpa persetujuan si gadis, Raisya Liyana ,membuatkan hidup gadis itu penuh seksaan. Berkahwin atas dasar harta. Satu demi satu ujian menimpanya. Adakah dia akan berputus asa atau meneruskan hubungan itu? Mampukah mahligai yang dibina dengan sepanas bahang api berubah menjadi sedingin ais pudina? Raisya Liyana- Saya tak pernah curang dengan Tuan. Ashriq Helmi- kau tu alat untuk aku dapatkan harta aku je. Qahera- Aku akan tolong kau. Aku akan tolong sampai dia tak berani nak buat kau macam ni dah. Fahim- Kalau jadi apa-apa, aku tak nak tanggung. Dato Saad- Jaga dia elok-elok. -Selagi kita boleh jaga, kita bersama.-
Buku Pertama 2016: 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐨𝐧𝐤𝐫𝐢𝐭 ✓ by nurflwr
nurflwr
  • WpView
    Reads 2,424,007
  • WpVote
    Votes 62,264
  • WpPart
    Parts 61
AMARAN : HARAP SEBOLEHNYA TAK DIBACA ATAU DILAWAT SEBAB SAYA MALU T A M A T Iloveyou 100% in the name of Allah " sopan sikit tak boleh ?" Kataku. Lelaki itu membisu,tak nampak pula muka dia dengan jelas bila dia memakai cermin mata hitam. Eh..orang apa pakai cermin mata hitam kat hari panas macam ni ? _ ANISA KAIRA. "Kau sibuk apasal ? Eh perempuan kampung,kau tak usahlah back up pak cik ni sangat. Tapi kalau kau ganti rugi baju aku . " _ QHYRILL MUSLIM " dia hanya perempuan yang you angkat jadi isteri dalam permainan you saja,That's what you should know, Qhyrill ! " _ ALAYSHA SUFIAN. Diakui kehidupannya yang datang ke bumi KL bukan lah seperti yang disangka,bila dia bertembung dan ada perhitungan dengan lelaki yang akhirnya jadi suami sementara nya. Tapi tak diketahui apa punca sebenar dia diletakkan sebagai isteri.Beberapa rahsia seakan terbongkar dihujung-hujung..banyak dugaan menimpa Anisa kaira bila bergelar isterinya...lagi-lagi kepulangan Alaysha yang akhirnya menagih cinta Qhyrill semula. Apakah takdir buat Kaira?
Hanya Ingin Kamu [TERBIT - Suara Hati] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 14,334
  • WpVote
    Votes 911
  • WpPart
    Parts 23
'...yang memberi aku perasaan itu.' TIGA tahun terpisah dan kemudian bertemu semula, Nurul Aileen tidak mampu menyorokkan perasaannya terhadap Adam Haidar. Kerana sememangnya, hatinya hanya menginginkan Adam. Hanya dia! Tetapi... "Ada apa dengan kita?" - Adam Haidar Layanan dingin Adam jauh berbeza dengan setiap gerak-gerinya. Aileen yakin Adam turut berkongsi perasaan yang sama dengannya. Namun sayang, tidak semudah itu. Di antara Aileen dan Adam, ada satu tali penghubung bernama Auliya. Kerana Auliya, mereka bersatu tetapi kerana Auliya juga, mereka pernah berpisah. Bagaimana pula dengan sekarang? Adakah Auliya akan tetap menjadi garis yang memisahkan? "Sampai bila aku kena cemburukan orang yang dah meninggal dunia?" - Nurul Aileen Aileen menyimpan rahsia, Adam terbelenggu dengan rasa berdosa dan sebuah janji. Tidak cukup dengan itu, Aileen perlu hadap kebencian ibu bapanya terhadap Adam. Dosa silam seseorang mampu menggugah hubungan Aileen dan Adam. Kewujudan Zayyan turut menyukarkan lagi keadaan. "Kadang-kadang melepaskan jauh lebih baik daripada bertahan. Lepaskan Adam, Leen. Lupakan dia," - Zayyan Benarkah kesakitan Aileen bisa hilang selepas dia melepaskan Adam? Adakah sememangnya dia dan Adam tidak ditakdirkan bersama? -- Oktober, 2020.
Ursula [TERBIT - PENULISAN2U] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 17,207
  • WpVote
    Votes 786
  • WpPart
    Parts 16
URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata. "Kahwin dengan aku atau aku bunuh dia sekarang, depan mata kau," - ASYFA HANNANI Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu. TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi... "Leave the past there. I wanna be your present, your future," - HADI Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail. Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa... "Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!" Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi situan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia?