muchlove♥
14 stories
Chubby [COMPLETED] by syamsm__
syamsm__
  • WpView
    Reads 227,530
  • WpVote
    Votes 7,326
  • WpPart
    Parts 38
Kisah perempuan berbadan gempal dengan lelaki yang hensem. Cinta tidak mengenal rupa. Tetapi sekarang. Rupa lebih penting. Puteri Aini dah penat untuk melayan perasaan sukanya. Tiada siapa yang suka dekat perempuan gemuk. Dia juga cuba untuk diet.Namun,sikap malas menghasutnya untuk mempedulikan tentang berat badannya. Dia pasrah. Semua lelaki cuba dijauhi. Nasib baik dia mempunyai tujuh orang kawan yang dapat memberi sokongan kepadanya. Kadang-kadang dia jeles terhadap kawannya yang sudah mempunyai pasangan. Kemudian,keajaiban berlaku. Perkahwinan sudah diaturkan oleh ibu bapanya. Kerana perjanjian? Karut. Ibu bapanya tidak dapat menanggung perbelanjaan keluarga sehingga sanggup meminta bantuan dari kawan mereka untuk kahwinkan dia dengan anak mereka sendiri. Paling tidak sangka. Keluarga kawan ibu bapanya terima! Tidak sedarkah mereka yang dia itu tidak mempunyai rupa? Dan, Mentalkah anak mereka sehingga sanggup berkahwin dengan perempuan sepertinya? Dia tidak dapat terima semua itu. 17 TAHUN! MUDA LAGI! Tetapi dia terpaksa terimanya kerana rimas dengan pujuk rayu ibu bapanya.
Lanets by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 3,118,587
  • WpVote
    Votes 309,235
  • WpPart
    Parts 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]
Adelia Humaira by shasharazali
shasharazali
  • WpView
    Reads 1,439,295
  • WpVote
    Votes 75,687
  • WpPart
    Parts 84
Adelia Humaira , pada awalnya dia hanyalah rakyat biasa tetapi bertukar status rakyat kepada Puteri Diraja Lusia sekelip mata sahaja. Kehidupan seorang puteri memang tidak kena dengannya ! Tapi jadi puteri tak semestinya dia tak boleh jadi dirinya yang selamba. Siapa cakap jadi puteri diraja always kena protocol ? Setakat curi2 keluar dari istana , dia dah biasa. Hanya di hadapan nenda dan ibu bapanya , pijak semut tak mati. Nak pula , dia puteri kesayangan semua orang. Semua kehendaknya diturut tetapi sehinggalah suatu hari.. "Don't you look at me with that face !" marah Sultan Amirullah. Cucundanya masih lagi cuma memujuknya. Wajah Putera Wafiq , papanya dipandang penuh berharap. "ARE YOU OUT OF YOUR MIND !? YOU'RE PRINCESS WHAT SHOULD YOU BECOME AN XXXXXX ??" soal Putera Wafiq dengan geram. Adelia terdiam. Kenapa semua orang menolak !? Ini cita-cita dia !!! "Kau gila." - Syariff. -2019-
Delisha Andara ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 3,071,647
  • WpVote
    Votes 154,018
  • WpPart
    Parts 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Chow Kit, sebelah mata pun dia tak pandang. Eh, dia kan anak Datuk. Datuk Sri lagi! Memandangkan umurnya yang sudah pertengahan 20-an, Datuk Sri Ismadi mula mendesaknya. Bukan mendesak suruh kahwin. Hati tuanya sudah tak betah melihat anak daranya itu hidup terlampau bersosial. "Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" - DELISHA ANDARA. "Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha." - DATUK SRI ISMADI. Tarik credit card? Oh no! Itu adalah nyawanya! Kalau papa tarik credit card aku, macam mana aku nak shopping?! Nak berjoli?! Sudahnya dengan berat hati dan tanpa rela dia jejakkan juga sepasang kakinya di Zhen's Holding. Berkerja di bawah CEO Zhen's Holdings bermata biru, tidak lah menjadi masalah buat dia. Lelaki itu tak seteruk yang dia bayangkan. Entah macam mana, hubungan mereka boleh menjadi begitu akrab. "I suka you. I selesa dengan you." - TENGKU ALDEN ZHEN. Hubungan mereka terjalin mesra. Macam sepasang kekasih, tapi tidak pernah meluahkan rasa cinta. Hingga satu malam, meragut kebahagiaan yang cuba Delisha kecapi. "I tak sempurna untuk lelaki macam you..." - DELISHA ANDARA. "I don't care. Let me take care of you for the rest of my life, Delisha Andara." - TENGKU ALDEN ZHEN. Start : 2 April 2019 End :
Little Princess by shasharazali
shasharazali
  • WpView
    Reads 473,431
  • WpVote
    Votes 29,138
  • WpPart
    Parts 59
"Cik Laura.." "Saya rasa macam menang loteri. Cik Laura tiba-tiba nak berkawan dengan saya dan sekarang cik tersenyum dan ketawa bersama saya." - Raiz Laura Qaisara , semenjak dia tinggalkan Empire Gold Resort , tak tenang jiwanya ! Setiap hari dia teringat akan Raiz , si pekerja hotel. Demi untuk berjumpa dengan Raiz semula , dia sanggup buat kerja gila ! Lantaklah lah kerja everyday sambut tetamu and kena senyum 24/7 dia sanggup asalkan Raiz ada di sisinya. Kerana Laura sentiasa berada di mana sahaja Raiz berada , membuatkan Raiz mula merasai perasaan yang sama. Masing-masing suka sama suka tetapi mereka juga yang menolak antara satu sama lain. Semua kerana rahsia Raiz dan rahsia Laura. Raiz yang tidak mahu kisah silamnya yang tidak matang diketahui Laura dan dalam masa yang sama cemburunya mengeruhkan keadaan. Laura pula sama seperti Raiz , dia tidak mahu kisah silamnya menjadi masalah kepada penghijrahannya tetapi kerana cemburu Raiz telah melukakan hati Laura menyebabkan Laura membawa diri. Saat mereka bertemu semula , kisah silam salah seorang daripada mereka mula menghantui mereka. Kisah silam siapa yang menantikan mereka ? Berapa lama lagi mereka perlu dihantui oleh kisah silam itu ? Bila semua ni akan tamat ? [[ W A R N I N G ]] Cerita ini mengandungi kejadian berdarah, trauma dan cubaan membunuh. Baca atas kerelaan sendiri. -May 2018-
Soulmate Forever  by sis4na
sis4na
  • WpView
    Reads 4,551,538
  • WpVote
    Votes 244,386
  • WpPart
    Parts 45
Sambungan KPVST ! Btw, korang digalakkan baca KETUA PENGAWAS VS TUNANG dahulu sebelum membaca novel ini ! Bagi hadam dan fahami jalan cerita dulu yeee . Yeyyy happy reading gaiss ❤🍭 Ranks #48Romance [4Jan'17] #35Romance[14Jan'17] #31Romance[16Jan'17] #26Romance[18Jan'17] #20Romance[21Jan'17] #10Romance[30Jan'17] #8Romance[1Feb'17] #6Romance[3Feb'17] #3ROMANCE[3MAC'17]💕
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD'] by alt-zunally
alt-zunally
  • WpView
    Reads 3,955,730
  • WpVote
    Votes 3,441
  • WpPart
    Parts 4
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai masanya Hani kembali ke sistem persekolahan. Pilihannya Silver High School. Dia nak lupakan semua kenangan pahit hampir tiga tahun lalu, dan dia nak enjoy tahun ini. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, budak paling popular kat sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang terover friendly, serta terpaksa menghadapi cemburu si Misha yang rasa semua lelaki kat sekolah syokkan dia. Tapi Hani berazam untuk pastikan tahun terakhir persekolahan ni jadi tahun terbaik dalam hidupnya. Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada orang yang mahu melihatnya binasa?
Sawaddeekha, Captain! | Terbit by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 124,158
  • WpVote
    Votes 12,415
  • WpPart
    Parts 25
MAYSARA MALEK. Gadis yang gemar menjalani hari-hari sebagai seorang tukang cuci di KLIA. Biar lah apa pun orang nak kata dan apa pandangan manusia kepadanya, Maysara langsung tak kisah. Namun, disebalik wajah polos itu, Maysara sembunyi identiti diri yang sebenarnya. BENJAMIN ABDULLAH. Kapten juruterbang yang hidupnya cuma dengan Puan Maria, ibu kesayangannya. Apa yang berlaku dua puluh lima tahun lalu, dilupus terus dari ingatan. Kerana peristiwa itu, Benjamin menjadi seorang yang beku dan pendendam. PLOY PRASERT. Kedatangan dia ke Malaysia dengan misi. Misi mencari kembali emak dan abangnya yang terpisah dua puluh lima tahun dulu. Takdir menemukan dia dengan Maysara, gadis yang dia rasakan comel dan periang. Pertama kali Maysara bertemu Benjamin, awal-awal lagi Maysara dah pangkah juruterbang kacak tu sebagai calon suami. Hanya kerana lelaki itu tertolak dia ke dinding dan tidak meminta maaf! Harap muka aje kacak, tapi tak beradab. Entah kenapa selepas insiden itu, kerap pulak Maysara terserempak dengan kapten juruterbang kacak itu. Nak kata Benjamin hero disaat Maysara dalam kesusahan pun iya jugak! Di mana ada Maysara, di situ ada Benjamin. Kononnya lah. "Kenapa awak setuju... untuk kahwin dengan saya?" - MAYSARA. "Sebab I rasa I nak setuju. Jadi, I setuju lah." - BENJAMIN. Hidup satu bumbung dengan Benjamin tak ada lah teruk yang Maysara bayangkan walaupun awalnya dia begitu membangkang. Benjamin yang kaki mengusik dan mula naik bulu buat Maysara rasa sesak nafas! "Memang awak suami saya tapi saya tetap tak boleh nak diamkan hal ni, Ben. Ini melibatkan keluarga. Takkan selama-lamanya awak nak biarkan Ploy hidup dalam penyesalan?" - MAYSARA. "I tak peduli. Yang I peduli sekarang ni, I tak nak dia muncul lagi depan I dengan mae." - BENJAMIN. Sampai hati Benjamin! Maysara meluah kecewa, Benjamin langsung tidak diendahkannya. Entah bagaimana cara lagi mahu turunkan ego si suami kerana peristiwa lampau. "Phom rak khun yang sud haw cai," - BENJAMIN.
+8 more
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,272,503
  • WpVote
    Votes 562,138
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
4 PRINCE by shasharazali
shasharazali
  • WpView
    Reads 2,284,240
  • WpVote
    Votes 138,551
  • WpPart
    Parts 75
Puteri Ayreen , hari pertamanya bersekolah di Empire Gold tidak semudah yang disangkakan. Dia terpaksa berdepan dengan Tengku Ryan Irfan pada hari pertamanya menjejakkan kaki di sekolah itu. Dan paling malang sekali adalah dia ter'paksa' menjadi TUNANG terjun kepada mamat tak guna tu a.k.a Tengku Ryan Irfan , salah seorang member 4 Prince ! Semenjak hari itu juga , perang Tom&Jerry di antara mereka tidak pernah tamat ! Sehinggalah.. Tengku Ryan Irfan sendiri mula mengaku perasaannya terhadap Ayreen tetapi siapa sangka yang Ayreen ini sudah berpunya... Tanpa mengetahui siapa lawan dia , Ryan Irfan bersedia untuk merebut hati Ayreen. Siapakah bakal menjadi pilihan Ayreen ? Mungkinkah Ryan Irfan ataupun lelaki lain ? Curious what happen ? >>>>> click Read guyss <<<<< -2017-