Watikah hati
20 stories
Aku Ada [TERBIT - KARYASENI] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 26,390
  • WpVote
    Votes 1,273
  • WpPart
    Parts 22
"Bila kau celikkan mata, jangan ingat aku. Bila kau pejamkan mata, jangan lupakan aku." -- BLURB -- Hidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah didiagnos dengan Retrograde Amnesia, malah boleh mendengar suara-suara halus. Dan kebolehan itu akhirnya membawa Lyssa kepada penemuan satu mayat di dalam hutan. "Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri." Itu yang dititipkan suara halus itu. Lyssa panasaran. Namun, ketenangannya sekali lagi berkocak. Kali ini, Lyssa bisa melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu... Atau seseorang? "Kau... Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa daripada aku?" - Lyssa "Aku cuma nak stay dengan kau aje. Aku nak ada kat sisi kau selalu, setiap masa..." - Hafiy Dalam ketakutan, ada rasa bahagia yang menjalar. Dalam keengganan, ada rasa dilindungi yang menerpa. Menunaikan permintaan suara-suara itu ditemani Hafiy, Lyssa terpaksa akui dia juga mahukan Hafiy di sisinya. Identiti mayat terbongkar. Cukup untuk buatkan dunia Lyssa jadi kelam namun semangat dikutip semula untuk mencari tahu punca kematian tersebut. Di setiap langkah Lyssa untuk mencari kebenaran, ada rahsia yang terbongkar. Sesungguhnya kematian itu hanyalah titik permulaan untuk permainan kejar-mengejar di antara Lyssa dan Dia! Cinta. Keluarga. Sahabat. Semuanya menjadi pertaruhan. Dan juga... Nyawa. Kata Dia, ini semua takdir! "Apa kata kita potong bulatan takdir ini?" - Lyssa "Kematian aje caranya. Aku takkan mati jadi jawapannya ialah kau!" - Dia Apa dan siapa Hafiy sebenarnya? Masih utuhkah rasa yang bertamu dalam hati walaupun mereka hanya menyakiti satu sama lain? Dan yang paling penting... Mampukah Lyssa melawan Dia? -- KARYASENI, APRIL 2018
Jagakan Aku [TERBIT - KARYASENI] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 17,847
  • WpVote
    Votes 1,139
  • WpPart
    Parts 19
Tajuk: JAGAKAN AKU Genre: PSIKO-THRILLER Terbitan: KARYASENI 'Lindungi aku dari dia dan mereka, hingga hujung nyawa'. ---- "Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya." Bergegar dunia Zahirah apabila seseorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara tidak sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel. "Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak." - AINA NATASHA "Dia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje." - MUZAFFAR Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu yang menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel 'menghantar' mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah panasaran! "Ana Zahirah. Kau... Mengecewakan aku." - DEVIL ANGEL Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydin mengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari... "Jangan takut. Aku akan jagakan kau." - ASP AYDIN Entah mengapa, jiwa wanita Zahirah telah meresap masuk janji Aydin. Diam-diam, dia mempercayai lelaki itu dan janjinya. Satu insiden di Kuala Lumpur membuka peluang untuk Zahirah mengetahui kisah silam Aydin dan tak dapat tidak, hati wanitanya terus terbuka untuk lelaki itu. Namun, bisakah Aydin kotakan janjinya bilamana Zahirah sudah menjadi obsesi Devil Angel? Pada saat Zahirah sendiri berubah menjadi wanita tidak berjiwa, mampukah dia menghalang Devil Angel daripada terus-terusan membunuh? Atau Zahirah sendiri akan jatuh ke lembah gelap, dan menjadi serupa Devil Angel? "Whoever fights monsters should see to it that in the process he does not become a monster. And when you look into the abyss, the abyss looks into you." - FRIEDRICH NIETSZCHE, GERMAN PHILOSOPHER
Anastasia [TERBIT - PENULISAN2U] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 22,988
  • WpVote
    Votes 1,087
  • WpPart
    Parts 15
"Akankah ada pengakhiran bahagia untuk si kakak tiri Cinderella?" -- BLURB -- Anastasia dan Drizella. Nama kakak-kakak tiri Cinderella. Adalah satu klise apabila mereka membenci dan sentiasa mendengki Cinderella, berusaha merampas Prince Charming daripadanya. Tetapi bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella ikhlas menyayanginya sehingga dia tegar memperjudikan nyawa sendiri demi si adik tiri? Bagaimana pula sekiranya kakak tiri Cinderella rela kuburkan isi hatinya demi kebahagiaan si adik tiri? Aina Natasha. Dia sanggup membahayakan diri sendiri asalkan Tengku Elyana selamat. Berkali-kali Elyana diserang si musuh tetapi Aina tidak berundur walau sesaat. Selagi hayatnya masih ada, Aina akan berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan si adik tiri. Namun satu hari, Elyana dijodohkan bersama Tengku Arhan Yuzlan dengan alasan Arhan boleh melindungi Elyana juga. Aina terpempan. Kerana Arhan yang ada di depan matanya kini ialah Arhan yang sama, yang dia kenali 13 tahun lalu. "Awak tak takut mati, Aina Natasha?" - Arhan "Saya takut mati tapi saya lebih takut jadi pembunuh," - Aina Natasha Demi mendengarkan jawapan itu, Arhan tersentak. Sesungguhnya dia juga menghadapi kemelut sama. Berusaha menjauhi gelaran 'pembunuh' tetapi dia sering dihadapkan dengan situasi yang mendorongnya ke arah itu. Bersama-sama, mereka cuba melindungi dan menjaga Elyana. Di saat dua hati mula disapa perasaan indah, kini Aina pula menjadi sasaran. Nyawa Aina menjadi buruan dan si pemburu nyawa itu takkan berhenti selagi dia tak beroleh apa yang dia mahukan. "Aku takkan biarkan Aina dibunuh disebabkan kau!" - Hadi "Kau fikir aku akan biarkan dia sentuh Aina Natasha?" - Arhan Sehingga akhirnya, Aina tertanya sendiri - "Apakah tiada pengakhiran bahagia untuk dirinya, Anastasia, si kakak tiri Cinderella?" -- PENULISAN2U, OKTOBER 2018
Ursula [TERBIT - PENULISAN2U] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 17,207
  • WpVote
    Votes 786
  • WpPart
    Parts 16
URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata. "Kahwin dengan aku atau aku bunuh dia sekarang, depan mata kau," - ASYFA HANNANI Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu. TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi... "Leave the past there. I wanna be your present, your future," - HADI Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail. Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa... "Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!" Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi situan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia?
CINTA LAST MINUTES🕒  [✔] by iqajanes
iqajanes
  • WpView
    Reads 16,852
  • WpVote
    Votes 769
  • WpPart
    Parts 37
'Adakah pengakhiran cinta mereka terlalu last minutes untuk dibetulkan?' Bertemu denganmu adalah suatu takdir , tetapi bercinta denganmu adalah luar dari jangkaanku. "Kata kata manis apa lagi yang kau ingin dustakan wahai jiran sebelah Rumah?" -zarra eymaleen "Menyampah betul mak dengan jiran sebelah , tun tang tun tang kt dapur dibiarkan tingkap terbuka , naik bingit telinga mak" Tapi kini , pertarungan antara dua bumbung itu menjadi aman dan harmoni saksama. "Tanpa kuih karipap sakti berinti sardin tu , mesti Mak saya sampai sekarang tak bagi berkawan dengan awak" [Tekan read untuk sinopsis asal] //editingprocess// √complete√
Drive-Thru Mr. Satay by AiiFariza
AiiFariza
  • WpView
    Reads 6,305
  • WpVote
    Votes 254
  • WpPart
    Parts 12
Tengku Izz Maritza ~ Lambang kemegahan, kehebatan dan kemewahan ada dalam dirinya. Selain berketurunan kerabat, dia juga cucu emas Raja Sufiah. Namun hanya sebuah kesilapan, dia harus membayar dengan seluruh kehidupannya. Apalah ertinya menjadi cucu kesayangan sedang jodohnya bersama pemuda miskin! Amirul Muiz ~ Mengahwini Tengku Izz Maritza merupakan di luar bidang kuasanya. Umpama bulan tersalah mendarat di ribanya. Lama dia memuja tapi tuhan mengirimkan gadis itu di saat hatinya benar-benar kesepian. Namun dia hanya pemuda biasa tanpa sebarang harta dan darjat. Hanya pencinta dan penjual sate! Betahkah isterinya itu bertahan di sisinya kelak? " Awak bersungguh nak pikat hati saya? Apa yang awak lihat dalam diri saya sebenarnya? " ~ Tengku Izz Maritza " Abang lihat masa depan abang dalam mata Izz. Bukan abang seorang tapi anak-anak kita sekali." ~ Amirul Muiz Kadang-kadang percaturan takdir memaksa manusia berburuk sangka kepada Tuhan. Sekelip mata lelaki itu hadir lalu mengubah isi kehidupan ini. Lantas pulanglah aku ke fitrah tuhan. Dia yang kusangka sementara rupanya persinggahan terakhir di dunia. Dia yang kupandang sebelah mata, nyata kurniaan hebat dari tuhan. Tiada kelayakan bagiku untuknya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? ~ Tengku Izz Maritza
MISS CLEANER UNDERCOVER by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 67,056
  • WpVote
    Votes 1,564
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Miss Cleaner Undercover Penulis: Fateen Najwa Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-53-2 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Februari 2017 ****************** Saat mengetahui kebenaran yang hakiki, Hayden Daniel sungguh menyesali akan keterlanjurannya memutuskan cinta. Namun segalanya sudah terlewat pabila Khaira Wilda sudah putus harapan terhadap sebuah rasa yang dinamakan cinta...
Misi Memikat Cik Hitler by nojie09
nojie09
  • WpView
    Reads 2,439
  • WpVote
    Votes 97
  • WpPart
    Parts 7
"Sudi tak kahwin dengan saya?" - Naurah Naurah buat kerja gila dengan melamar lelaki tidak dikenalinya hanya kerana mahu membalas balik permainan Umar terhadapnya. Cinta disangkakan ikhlas, rupanya hanyalah pertaruhan Umar dan rakan-rakannya. Sudahnya, diheret pula lelaki yang langsung tiada kaitan dalam hidupnya. Lelaki yang langsung tidak diketahui asal usulnya. Paling penting, lelaki tidak diketahui namanya. "Nama bakal suami pun awak tak tahu, kan? Kalau awak tak ambil dadah, tak mabuk ketum, macam mana awak boleh buat kerja gila macam semalam?!" - Zhariff Zhariff betul-betul marah dengan kerja gila dibuat oleh Naurah a.k.a Cik Hitler. Dia ingat kahwin ni senang? Boleh petik orang macam tu saja? Ingat lepas kahwin tu habis kat situ saja ke? Dan ia tak habis selepas ijab dan kabul tapi ia baru bermula! Kata orang, bercinta bertahun pun belum tentu kenal hati budi pasangan, kan? Ini kan pula pasangan yang berkahwin tanpa sempat mengenali hati budi masing-masing. Huru-hara jadinya. "Saya tak pernah lupa siapa saya pada awak. Saya suami awak. Dan awak isteri saya." - Zhariff "Tapi awak lupa, kita berkahwin sebab kepentingan sendiri." - Naurah Pada Zhariff, bila ijab dan kabul dilafazkan, Naurah sudah menjadi isterinya. Jadi, suka atau tidak Naurah itu sudah jadi tanggungjawabnya. Dia nekad, hati keras Naurah harus dilembutkan. Maka, bermulalah misi memikat Cik Hitler. "Boleh tak awak cakap kat guard bawah tu." "Cakap apa?" "Cakap saya ni suami awak. Susah tau nak masuk sini. Sebab guard tu tak izinkan saya masuk." "Memanglah. Dah dia tak kenal awak." "Jadi, awak cakaplah kat dia saya ni suami awak." "Nak buat apa?" "Senang nak lepaskan rindu pada awak." Bermacam cara sudah Zhariff lakukan untuk memikat hati si isteri a.k.a Cik Hitler termasuklah menghantar makanan untuk makan malam ke rumah isterinya, namun Cik Hitler tetap berhati batu. Mampukah Zhariff meneruskan misinya untuk memikat hati Cik Hitler sedangkan pada Naurah semua lelaki sama saja?
Mr. Dud Next Door by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 70,299
  • WpVote
    Votes 1,295
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Mr. Dud Next Door Penulis: Aisya Rihanna Muka Surat : 880 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-22-8 Harga: RM32.00 (Semenanjung) // RM35.00 (Sabah & Sarawak)
1 Pengakuan 9 Luahan by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 35,698
  • WpVote
    Votes 466
  • WpPart
    Parts 15
Novel akan berada di pasaran Julai ini Tajuk: 1 Pengakuan 9 Luahan Penulis: Azura Rasiddin Muka Surat : Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-29-7 Harga: RM32.00 (Semenanjung) // RM35.00 (Sabah & Sarawak)