fadlinazaini's Reading List
35 stories
Hot! Hot! SOLDIER! by _izzatulhusna
_izzatulhusna
  • WpView
    Reads 140,127
  • WpVote
    Votes 3,587
  • WpPart
    Parts 23
Nur Thea Chantika Binti Marof, gadis 24 tahun yang masih belajar di Universiti Negara, hanya menunggu keputusan sahaja lagi untuk mendapat ijazah. Menduduki tahun terakhir nya belajar didalam bahagian Kaunselor, seterusnya akan menjadi guru di bahagian kaunseling. Ak. Naim Nasrullah Bin Pg. Haji Khairuddin, teruna yang berusia 26 tahun, bekerja di bawah tanggungan kerajaan sebagai Askar negara. Walaupun di bangkang keras oleh orang tua nya mengenai pekerjaan yang membawa nyawa ini, tapi itu tidak menghalang nya untuk meneruskan cita-cita nya sebagai askar. Faizal Abdullah, teruna berumur 25 tahun, pelajar Universiti Negara, satu tempat bersama Thea. Gadis yang menambat hatinya dipermulaan langkah mereka menuju masuk ke universiti, mengambil langkah untuk mendekati Thea, malangnya dengan gelaran nya sebagai 'playboy' membuatkannya jauh tersasar untuk mendapatkan hati Thea. Perjumpaan mereka yang tak diduga telah membawa haluan masing-masing hanyut dibuai mimpi. Walaupun masing-masing menunjukkan senyuman sekilas dikali pertama, tapi ianya telah mengubah segalanya dan seterusnya. Thea - "Ehh entahlah sorang Sado, sorang lagi Bengap!" Naim - "Jom kahwin" Faizal - "Aku tetap tunggu kau Thea, sebab aku sayang kau" ******** #1 - Watty2018 🌟 #1 - Watty2017 #2 - Watty2017 Ranking in Teen Fiction #9 - 26/08/17 #10 - 17/08/17 #27 - 16/08/17 #29 - 16/08/17 #36 - 10/08/17 #45 - 10/08/17 #53 - 05/08/17 #98 - 29/07/17 #107 - 15/05/17 #153 - 13/05/17 #177 - 06/05/17😃 #205 - 05/04/17👌🏻 #236 - 04/04/17 😒 #148 - 03/04/17 #267 - 31/03/17 #389 - March 2017 Novel : Hot! Hot! SOLDIER! Karya : IzzatulHusna Asal : Brunei Darussalam Tarikh pengeluaran : 23/02/2017
matrimonio forzato | revamp by bberlynaaa
bberlynaaa
  • WpView
    Reads 9,697
  • WpVote
    Votes 579
  • WpPart
    Parts 5
Mereka dikenali sebagai pelindung undang-undang.Memakai lencana, memegang senjata, dan menjalankan misi atas nama keadilan. Fattah Asyari, Mike, dan Marcus kelihatan seperti barisan hero sempurna. Tenang, berdisiplin, dan tidak pernah gagal. Setiap operasi jenayah yang mereka sertai berakhir dengan kemenangan. Setiap perompak yang diburu jatuh ke tangan mereka. Terlalu sempurna... seolah-olah semua langkah telah dirancang lebih awal.Namun kebenaran jarang berpihak kepada yang kelihatan suci. Di sebalik penyamaran itu, tersembunyi satu agenda yang jauh lebih gelap.Dendam yang dipendam bertahun-tahun. Apa yang mereka lakukan bukan semata-mata untuk menegakkan undang-undang, tetapi untuk merampas kembali hak dan harta yang telah dicuri secara sistematik oleh mereka yang berkuasa, termasuk mereka yang bersembunyi di sebalik seragam yang sama. Ketika bandar semakin tenggelam dalam kekacauan, muncul seorang lelaki misteri yang mengatur segalanya dari belakang tabir. Identitinya kabur, kehadirannya jarang disedari, namun setiap gerakan musuh sentiasa berada selangkah di hadapan rancangannya.Dia adalah arkitek kepada kehancuran yang terancang. Kehadiran lelaki itu membangkitkan sesuatu yang lama terpendam dalam diri Fattah.Serpihan memori yang kabur, mimpi tentang masa silam, dan rasa kehilangan yang tidak pernah mampu dijelaskan.Semakin kebenaran menghampiri permukaan, semakin jelas bahawa permainan ini bukan sekadar tentang jenayah atau kuasa.Ia adalah tentang dua jiwa yang terpisah oleh tragedi,tentang identiti yang dicuri,dan tentang keadilan yang hanya boleh ditebus melalui pengkhianatan. Dalam dunia di mana undang-undang boleh dibeli dan kebenaran boleh dipadam,siapakah sebenarnya yang layak dipanggil hero?Apabila topeng-topeng itu akhirnya jatuh...adakah dendam ini akan membawa pembebasan atau kehancuran mutlak?
The Unsung Hero VAT69 by sweetnight_nb
sweetnight_nb
  • WpView
    Reads 10,860
  • WpVote
    Votes 329
  • WpPart
    Parts 25
➡ Coretan kata-kata, maklumat & fakta dari novel 'The Unsung Hero' & 'Yang Terunggul The One' karya Melur Jelita ..✨ [SPOILER ALERT] IF WANT FULL VERSION CAN BUY THE NOVEL BY YOURSELF OK... NOT ASK ME FOR IT. I'M WRITING THIS JUST FOR FUN AND FOR MYSELF. "The Unsung Hero, wira yang tak didendang, wira yang tak dikenali. Tak mengapa tak dikenali asal Allah kenal."-MelurJelita May Allah Bless & Protect your wonderful soul. 🖤 DATANGMU TAK DIUNDANG, PULANGMU TAK DIHALANG. Tertulis di batu besar laluan utama memasuki Markas Latihan Luar Komando Pasukan Gerak Khas (VAT 69) Polis Diraja Malaysia di Ladang Allagar, Sungai Nyiur, Trong, Taiping Perak. Kata-kata yang tertulis itu mudah sangat bunyinya, tetapi boleh meracau jiwa yang tak kental. BALIK JIKA RAGU. Tiga patah perkataan yang ditambah membuatkan bakal-bakal 69 berperang hebat mentalnya. Daripada pemilihan yang ketat, tapisan yang berbagai-bagai peringkat, latihan yang azab, ilmu dunia akhirat yang ampuh, jurulatih yang sangat tegas dan keras maka terhasillah seorang VAT 69 yang berkebolehan bertugas dalam apa jua keadaan. Semua tugas polis, mereka boleh buat...tetapi polis biasa tidak mampu buat tugas mereka.
His Bambina by sffullmoon_
sffullmoon_
  • WpView
    Reads 3,287,466
  • WpVote
    Votes 140,353
  • WpPart
    Parts 95
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea. Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar. Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing. Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar. Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.
Di Langit Yang Biru by evlyrsn
evlyrsn
  • WpView
    Reads 6,152
  • WpVote
    Votes 249
  • WpPart
    Parts 35
Elhan Mateen, seorang Leftenan muda dan anggota elit PASKAU TUDM, terkenal karena dedikasi dan keberaniannya. Dia menjalankan tugas di Pangkalan Udara Kuantan dan sering berlatih di Bukit Jugra. Tanpa disedari, seseorang selalu mendoakannya agar mereka dipertemukan kembali. Daniea Ellysha, seorang juruterbang TUDM, berjiwa lasak tetapi berhati lembut. Pernah bertugas di Pangkalan Udara Labuan, dia memilih berpindah ke Kuantan demi dekat dengan keluarganya. Ketika ancaman pengkhianatan muncul dalam pasukan, mereka harus menghadapi dilema antara kesetiaan dan kebenaran. "Seorang tentera sejati tidak akan mengkhianati negaranya." Namun, bagaimana jika musuh ada di antara mereka?
SCORPIO  by rieyqhan
rieyqhan
  • WpView
    Reads 954
  • WpVote
    Votes 76
  • WpPart
    Parts 24
"He rises from the sea to the air." *** "Untuk memiliki aku, kau perlu bermadu dengan negara. Adakah kau sanggup Ezara Elaiya?" Khair Edlan meraut wajah yang kepenatan itu. "Jika hidup saya ada awak, saya sanggup. Awak juga perlu berkongsi saya dengan negara. Kita sama-sama berkorban." Ezara cuba memujuk lelaki yang sudah bertakhta di dalam hatinya itu. "Kita berjuang kerana kita mampu. Jika kita tidak mampu, kita berhenti memperjuangkan harapan palsu." Ayat yang keluar daripada mulut Khair Edlan menusuk tepat ke dalam sanubari Ezara. START: 28/2/2024 PUBLISHED: 5/3/2024 END: OG • THIS STORY IS A CREATION ONLY, NOT RELATED TO ALL LIVING BEING •
MR SNIPER ( COMPLETE ) by M1SS_IZQUEEN
M1SS_IZQUEEN
  • WpView
    Reads 50,447
  • WpVote
    Votes 1,583
  • WpPart
    Parts 38
ZAYDEN MIKAEL - Seorang ejen rahsia negara tetapi telah difitnah kerana membunuh kawan baiknya sendiri, Naufal sedangkan dia tidak sengaja.Dia telah dibuang kerja. Setelah insiden tersebut, dia nekad untuk mencari siapa yang telah mengkhianatinya. IMAN NUHA - Seorang gadis yang bekerja sebagai housekeeping disebuah hotel terkemuka di tanah air. Takdir telah menemukan mereka dihotel tempat Iman bekerja dan mereka terpaksa bekerjasama atas kehendak Zayden sendiri untuk mencapai matlamatnya. " Kenapa awak nak buru dia?" - IMAN NUHA " Jangan nak sibuk hal aku!" - ZAYDEN MIKAEL " Itu pun nak marah, tua nanti baru tahu." - IMAN NUHA Rupa-rupanya, dia hanya menjadi kambing hitam terhadap perbuatan orang lain. Misi mereka menjadi agak sukar apabila ada campur tangan dari pihak ketiga tetapi rancangan tetap diteruskan. Nyawa menjadi ancaman kalau mereka gagal. " Lepaskan dia!!" - ZAYDEN MIKAEL " Awak bunuh je dia Zayden!" - IMAN NUHA Mampukah Zayden membongkar rahsia kematian kawan baiknya dan siapakah dalang disebalik kejadian yang berlaku. Kalau nak tahu, kenalah baca MR SNIPER‼️‼️‼️ Start :11/08/2024 End : 13/09/2024 NO PLAGIAT❌ 💯 % IDEA SENDIRI
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE] by inunsin_official
inunsin_official
  • WpView
    Reads 113,665
  • WpVote
    Votes 4,776
  • WpPart
    Parts 61
"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki itu, makin dia jatuh cinta. SEROJA NIRMALA. Gadis pendiam itu menarik perhatiannya, tetapi tujuannya datang ke sekolah ini bukan untuk membuang masa. Dia ada misi yang perlu diselesaikan. Tiada masa memikirkan tentang perempuan, apalagi bercinta! Peristiwa demi peristiwa yang berlaku, menguatkan firasat Arif bahawa Seroja merupakan sasaran mereka. Disebabkan Arif selalu menjadi penyelamatnya, Seroja terasa makin terhutang budi. Dia ingin membalas semula kebaikan tersebut. Malangnya, saat Seroja bertemu dengannya, dia dikejutkan dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Arif. "Aku bukan Ahmad Arif. Kalau aku tiada di sisi, tolong sentiasa berhati-hati."-Ahmad Arif Malang memang tidak berbau. Sekali lagi, Seroja dikejutkan dengan kematian ibunya yang tiba-tiba. Terlantar di dapur. Separuh muka ibunya dibasahi darah yang belum berhenti mengalir. "Kalau kau masih nak teruskan siasatan, mulai hari ini kau bukan anak aku lagi!"-Dato' Safwan Tujuh tahun berlalu dengan pantas. Impiannya juga sudah tercapai, walau tanpa keluarga tersayang. Namun, hidupnya sangat malang apabila menemui mayat di tempat kerjanya. Sangkanya, itu yang terakhir. Sebaliknya, itu semua hanya permulaan! "Kau tahu kan, kalau berlaku pembunuhan kali ketiga, kes ini akan dilabel sebagai pembunuhan bersiri."-Darren Kehadiran The Cerebellum Stealer, menyusutkan otaknya. Namun, disebabkan itu juga dia boleh kembali bertentang mata dengan gadis itu lagi. "Aku akan selalu ada dengan kau, Seroja."- Afif Ahnaf MULA: 1 FEBRUARI 2024 HABIS: 21 JULAI 2024 idea hak cipta © inunsin
Pemilik hati Mr Tentera [COMPLETED] by s_sidah
s_sidah
  • WpView
    Reads 28,464
  • WpVote
    Votes 913
  • WpPart
    Parts 26
mengisahkan tentang seorang anggota tentera yang telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang merupakan seorang penyanyi amaran: ❗kata kata kesat ❗typo akan ditemukan dimana mana ❗dilarang meniru atau mencuri idea saya karya ini 100 peratus ialah idea saya sendiri. jika ada persamaan watak, nama tempat atau jalan cerita itu mungkin hanya sebuah kebetulan kerana saya tidak berniat untuk meniru mana mana karya orang lain (TIADA AKSI 18+ DALAM STORY NI) S_sidah start:29/7/2023 end:29/10/2023 Akan di edit selepas completed