🍇 𝑳𝑶𝑽𝑬 𝑰𝑻!
7 stories
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 412,746
  • WpVote
    Votes 22,794
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
HI, ENCIK PROFESSOR! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 133,606
  • WpVote
    Votes 13,942
  • WpPart
    Parts 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang diberi, agensi itu berjaya membongkarkan kes itu dengan jayanya. Profesor Dr. Qarizh Zahwan, itu hanya gelarannya di siang hari. Apabila malam menjelma, si profesor sejuk beku itu akan bertukar karakter dan gelaran. Dia... The King. "Hai Mr Sejuk Beku, nak kawan dengan awak boleh?" - Aralyn. "Get lost!" - Qarizh. Kerana satu kes pembunuhan tanpa tanda, Aralyn dan Qarizh terpaksa bersemuka walau dalam tak rela. Arahan daripada Ketua Polis Negara, masing-masing perlu akur. Si Aralyn Awliya gadis detektif cengeng dan Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku, mampukah mereka berdua menyelesaikan kes misteri pembunuhan kejam tanpa jejak tersebut? [SIRI KEDUA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 29/07/2020 Tarikh akhir: - Cover: Zanieyzai PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 29/07/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
CAS [Completed] ✔ by lilys143
lilys143
  • WpView
    Reads 9,053
  • WpVote
    Votes 3,184
  • WpPart
    Parts 46
"Mungkin di kehidupan ini kita tidak dapat bersama namun aku cuba untuk percaya bahawa kita akan dipersatukan dikehidupan akan datang walaupun itu hanyalah sebuah mimpi yang takkan mungkin menyadi kenyataan." Cassidy atau lebih dikenali dengan panggilan Cas, merupakan 'Cinta Pertama' Suziana dan begitu juga sebaliknya. Percintaan di usia remaja memang indah, perasaan itu nyata dan kasih itu jujur. Rasa cinta yang lahir dari hati yang tulus dan ikhlas telah menyatukan mereka. Hubungan yang terjalin telah mencipta detik-detik yang manis serta memori indah yang kekal selamanya. Kebahagiaan yang dikecapi hanya untuk seketika apabila mereka terpaksa berpisah kerana keadaan memaksa. Semua pasangan yang bercinta pasti menginginkan hubungan berakhir dengan perkahwinan, namun manusia hanyalah perancang. Bagaimanakah pengakhiran hubungan mereka? Adakah mereka akan disatukan semula dan menjalani kehidupan yang bahagia atau sebaliknya? Ikutilah kisah Cassidy dan Suziana yang diinspirasikan dari kisah benar. ❤ Beautiful cover designed by @iamezaaah ❤ 🌹 100% penulisan asli 🌹 100% idea sendiri 🌹 Hak cipta terpelihara 👉 X plagiat ❤ Mesej istimewa buat para pembaca:- 👉 Terima kasih kerana singgah disini & meluangkan masa membaca karya ini 😍 👉 Maafkan saya jika ada sebarang kesilapan atau kesalahan tatabahasa, mohon tunjukkan 🙏 👉 Bagi yang sudah bermurah hati vote & promote buku ini, jutaan terima kasih buat kalian 😘💕
My Husband Mr Bully? by starsvanilla
starsvanilla
  • WpView
    Reads 1,710,940
  • WpVote
    Votes 82,186
  • WpPart
    Parts 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwin dengan calon pilihan papanya. Dan paling teruk pilihan papanya ialah Adrian Harris! Adrian Harris. Namanya cukup gerun apabila disebut. Adrian memiliki pakej yang lengkap iaitu kacak, pandai, kaya, dan berbakat. Tetapi dia ialah pembuli?! You are really bad guy Adrian. "Awak ni tak cukup ke dah hancurkan zaman sekolah saya? Apa yang awak nak lagi daripada saya?"- Mia Elysha "Aku ni macam chewing gum. Kalau dah lekat, kau susah nak tanggalkan"- Adrian Harris Apa akan jadi apabila senior yang selalu bulinya muncul kembali? Saksikannya dalam novel My Husband Mr Bully?
Love Prince Charming! (Complete) by SyaeIna
SyaeIna
  • WpView
    Reads 869
  • WpVote
    Votes 262
  • WpPart
    Parts 25
Roh yang sudah lama mati memerlukan bantuan manusia untuk mencari punca kematiannya dan siapa yang telah membunuhnya. Bertahun dia meminta bantuan manusia untuk membantunya tetapi, tiada seorang pun yang mahu membantunya. Pertemuan dia dengan seorang gadis membuatkan dia merayu-rayu untuk membantunya. Penat dia menanggung semua ini selama bertahun-tahun. Bertahun lamanya mereka bersama membuatkan Syuhana jatuh hati kepada roh itu. Semakin rapat dia bersama roh itu semakin menggebu rasa cinta dan sayang terhadap lelaki itu. Mampukah dia mencintai roh yang tidak sama dengan dirinya? I will update at tonight only. Nantikan Love Prince Charming. Start: 7 July 2020 End: pape roger 🤍✨
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,898,454
  • WpVote
    Votes 76,441
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
Special Chapter NICA  by K4KN1S
K4KN1S
  • WpView
    Reads 40,440
  • WpVote
    Votes 2,715
  • WpPart
    Parts 10
Special Chapter untuk buku Nerd Itu Crush Aku Warning :- - Read NICA first - Credit cover by @QuenDarkness Start : 7 November 2020