PaksaTulis's Reading List
7 cerita
Koyak oleh bukukarangkraf
Koyak
bukukarangkraf
  • Membaca 332
  • Suara 11
  • Bagian 3
Hackers Malaya. Masyarakat menganggap mereka sekadar kumpulan anak muda yang punya banyak waktu berpeleseran di dunia maya. Ada yang menyokong. Tidak kurang yang mengecam. Tapi H dan rakan-rakan tidak peduli. Ada misi baru yang menanti. Ada rahsia pempengaruh selebriti yang perlu dibongkar; pendakwah songsang, usawahan penipu, pengarah setan. Sampai giliran sasaran baharu, langkah mereka dicantas. Walau dirancang teliti, setiap tindakan Hackers Malaya cekap ditangkas musuh. Target mereka ternyata bukan calang-calang. Antara pengaruh dan khabar angin, yang mana lebih dipercayai? Tatkala kebenaran disuakan, masih ada rahsia yang tersimpan rapi. Adakah H digula-gulakan rakan-rakan sendiri? Persoalannya sekarang, "siapa pula yang patut kita koyakkan lepas ni?"
Bukan Sindrom Nightingale oleh girangfashali
Bukan Sindrom Nightingale
girangfashali
  • Membaca 7,853
  • Suara 1,158
  • Bagian 48
Pertemuan antara Aysar Mujahid dengan Qaira Esabel bukanlah sebuah pertemuan biasa. Pertama kali bertentang mata kedua-duanya berada dalam situasi mencemaskan yang tidak diduga. Sejak itu, Mujahid bertekad mencari dan mengejar cinta Qaira biarpun gadis itu sedaya upaya menolak malah menjauhkan diri. Bagi Qaira, perasaan Mujahid terhadapnya cuma hambatan rasa sementara. "Saya hormat perasaan Encik Mo pada saya. Terima kasih. Tetapi, apa yang Encik Mo rasa ini didorong oleh faktor luar. Encik Mo tiada perasaan pun pada saya sebenarnya. Percayalah, dalam seminggu dua perasaan itu akan hilang." - Qaira "Mereka ni semua kawan Qaira di Facebook. Ariyyan, Edrus, Riduan ... kalau mereka Qaira boleh terima sebagai kawan, kenapa tidak saya?" - Aysar Mujahid Mujahid merasakan wujud tarikan jodoh yang sangat kuat antara mereka. Dia terus berusaha memancing cinta milik Qaira. Kopi menjadi pembuka laluan kisah mereka. 'Dear Qaira, saya akan buktikan yang rasa ini bukan Sindrom Nightingale.' Tidak mudah untuk pasangan ini mencoret kisah bahagia. Sesuatu tentang Qaira yang sampai ke pengetahuan Mujahid mula membuatkan dia mempertikaikan banyak perkara. Sisi Qaira yang selama ini diselindungkannya tidak dapat diterima Mujahid. Qaira yang itu terlalu asing. Bukan Qaira yang dikenalinya. 10 Catatan Rindu untuk Kasih akan cuba mengembalikan mereka ke titik mula. Ini kisah cinta Kasih dan belahan jiwanya, Cinta :)
AKSARA PUJANGGA oleh Syaf_Asriqa
AKSARA PUJANGGA
Syaf_Asriqa
  • Membaca 1,896
  • Suara 168
  • Bagian 12
Bait-bait kata diciptakan melalui sang hati yang berbicara melalui akal. Sang pujangga melakarkan emosinya melalui aksara demi aksara maka terciptalah bait-bait aksara yang saling berbicara.
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing} oleh azrihisyam
ABANG PENGAWAS GARANG ✔ { Editing}
azrihisyam
  • Membaca 284,424
  • Suara 18,392
  • Bagian 77
🏅Ranking🏅 🏆BEST ROMANCE IN ETHEREAL AWARD 2020 🏆TOP 3 TEEN FICTION IN EMBRASE AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN PATAHAN RANTING 2020 🏆BEST HERO IN PATAHAN RANTING 2020 🏆TOP 2 ROMANCE IN ROYAL AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN EMERALD AWARD 2020 🏆THE CERES TEEN FICTION ROMANCE IN REAL GALAXY AWARD 2020 🏆BEST ROMANCE IN DE BRILLANTE AWARD 🏆BEST SAD ROMANCE IN COSTA AWARD 🏆BEST ROMANCE IN MAGICAL ROYAL AWARD 🏆 AUTHOR OF THE YEAR IN MAGICAL ROYAL AWARD 🏆 BOOK OF THE YEAR MAGICAL ROYAL AWARD 🏆 BEST TEEN FICTION IN ANGLE AWARD 🏆 THE AMAZING ROMANCE IN THE BLOSSOM ROMANCE AWARD 🏆 BEST TEEN FICTION IN GOLD AWARD 2021 🏆THE BEST AUTHOR IN GOLD AWARD 2021 🏆BEST BOOK OF THE YEAR IN GOLD AWARD 2021 Nadia Emelda ditawarkan ke sekolah yang lebih hebat dan berprestij di Malaysia kerana kecermerlangannya dalam akademik dan ko-kurikulum. Namun sekolah itu hanya ditempatkan oleh golongan kaya yang mempunyai pangkat tertentu seperti Tengku. Nadia bertemu dengan Tengku Adam Firash yang merupakan ketua pengawas di sekolah itu. Pelbagai masalah timbul kerana status dan pangkat Nadia yang rendah berbanding orang lain.Dia selalu diejek dan dipersendakan. " Hai nama saya Nadia Emelda Binti Hisham" "Kau bukan golongan bangsawan?" tanya Aina "Ya saya bukan golongan bangsawan. Mak saya berniaga dan ayah saya nelayan" " Patutlah bau ikan HAHAHA" ketawa Aina "Eh perempuan! Kau jangan dekat dengan aku boleh tak! Aku benci la kau!" kata Adam "Maafkan saya...saya tak buat pon begitu ... sumpah saya tak tahu apa-apa pasal ni ... saya cuma nak cari barang saya je ... tsk ... tsk" "Ahhh alasan" amuk Adam "Aku terima nikahnya Nadia Emelda binti Hisham " tutur Adam lemah "Aku bencikan kau lah! Jangan dekati aku! Dasar keluarga pelacur!" tengking Adam "Aku ceraikan kau dengan talak satu!" Dapatkah mereka berbahagia? Nantikan Cover by : dsyaf_ START : 14 APRIL 2020 END : 26 JUN 2020
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) oleh Angel_k20
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)
Angel_k20
  • Membaca 488,303
  • Suara 13,044
  • Bagian 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ oleh Syaf_Asriqa
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • Membaca 397,433
  • Suara 22,365
  • Bagian 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ oleh Syaf_Asriqa
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • Membaca 151,527
  • Suara 12,783
  • Bagian 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020