IdamanSuri's Reading List
17 stories
demi sebuah rindu(tamat) by EmaEmran95
EmaEmran95
  • WpView
    Reads 578,039
  • WpVote
    Votes 13,287
  • WpPart
    Parts 70
seorang isteri kehilangan suami kerana kemalangan jalan raya.sebelum Irsyad suami Nurhanisa meninggal dunia,dia mengamanahkan doktor Ammar firhad untuk menjaga isterinya sehingga bersalin,kerana Nisa baru hamil 2 bulan dan dia juga meminta Ammar berjanji untuk mengahwini Nisa kerana tidak mahu anaknya dibesarkan tanpa berbapa, doktor Ammar menerima atas tanggungjawab dan amanah...mampukah Nisa menerima! dan bagaimana pula dengan kekasih dan tunang Ammar....bagaimana kesudahannya!!! sila ikuti dalam tajuk demi sebuah rindu
The Devil's Child: Baba Yaga by utaR4iam
utaR4iam
  • WpView
    Reads 12,738
  • WpVote
    Votes 771
  • WpPart
    Parts 18
Siri ini adalah sekuel dari Kuzuri yang mengisahkan tentang Iskandar Zulkarnain, seorang lelaki misteri yang telah kehilangan orang-orang yang dia sayang. Musuh tradisi mereka telah dapat ditumpaskan, dengan kepulangan Adam, Kuzuri yang paling digeruni dirantau mereka. Pertempuran epik yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi, mengorbankan gadis kesayangan dua lelaki terhebat. "Iskandar bukanlah Kuzuri. Tapi dialah satu-satunya orang yang akan kalahkan Kuzuri."- arwah Haji Kamal. Misteri tentang keajaiban diri Iskandar semakin terjawab. Kini, dengan kematian Haji Kamal, Iskandar akhirnya 'bebas'. Atas perlindungan dari Julia, Iskandar menjelajah ke segenap kawasan. Segala kejahatan lama akan dibersihkan, dan dia akan pastikan tiada happy ending.
Kuzuri by utaR4iam
utaR4iam
  • WpView
    Reads 60,527
  • WpVote
    Votes 2,055
  • WpPart
    Parts 23
Iskandar Zulkarnain. Digelar budak ajaib kerana disangkakan mati saat kelahirannya, rupa-rupanya masih hidup. Namanya yang hebat amat dihormati oleh rakan-rakan seperjuangan. Tetapi, musuh diluar juga amat mencemburui kehebatannya. Cinta yang hadir sedikit sebanyak mula melemahkan diri lelaki hebat ini. Saat dia mula lemah, para musuh yang sabar menunggu mula mengambil peluang. Dapatkah dia mempertahankan cinta dan rakan-rakannya? p/s : karya terbaru dari OpenLegGirl. Ini bukan cerita cinta, dan ini bukan cerita superhero. Teruskan menyokong.
Hana by AinolAzman
AinolAzman
  • WpView
    Reads 70,817
  • WpVote
    Votes 629
  • WpPart
    Parts 26
Nur Hana , gadis desa yang hidup bersama dengan datuknya, Pak Hamid. Walaupun kehidupan mereka sangat susah tapi mereka bahagia dan cukup bersyukur dengan kehidupan mereka. Pak Hamid berjanji akan melindungi cucunya sehingga akhir nafasnya. Pak Hamid yakin cucunya pasti akan dalam bahaya jika dia sudah tiada. Permusuhan antara Pak Hamid dengan bekas isterinya yang bernama Puan Zainab itu berlarutan sampai sekarang. Apa yang dirisaukan ialah keselamatan Hana. Sebenarnya apa sudah jadi ?
ANUGERAH TERINDAH by prettycat8
prettycat8
  • WpView
    Reads 1,237,467
  • WpVote
    Votes 4,774
  • WpPart
    Parts 13
Review
Cinta 2 Hati by cik_Huyya
cik_Huyya
  • WpView
    Reads 170,759
  • WpVote
    Votes 6,588
  • WpPart
    Parts 60
Syed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyendiri. Bukan tiada yang mahu tapi dia yang terlampau memilih. Baginya memilih isteri haruslah yang serasi dengannya. Boleh terima keadaan dirinya yang 'workahorlic'. Apabila dia sudah bertemu insan sebegitu dia berjanji dia sendiri yang akan masuk meminang nanti. Tengku Alya Zuyyin; anak Tengku Ilham yang suka berdikari dan humble. Pemilik butik 'Qu Yins' yang terkenal seluruh negeri. Masih sendiri tapi berimpian untuk menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat. Kali pertama melihat Alya, Hafiy sudah berdoa semoga ada pertemuan lagi. Doanya termakbul apabila kali ke 2 dia bertemu lagi Alya di sebuah butik terkemuka tapi sayang seribu kali sayang dia tidak sempat untuk berkenalan dengan Alya. Baginya jika mereka berjodoh pasti ada pertemuan lagi. Kali ke 3 bertemu Hafiy tidak lepaskan peluang untuk berkenalan. "hai sweety. Nama I Aisy Hafiy. Thank you tolong kembalikan kertas ini. Anyway ini kad I nanti tolong call I eh. I nak belanja you sebab sudi tolong I." Syed Aisy Hafiy "sweet talker tapi sokay lah, I tolong you ikhlas." Tengku Alya Zuyyin Penolakan hanya untuk kali pertama. Apabila Hafiy tidak putus-putus memikatnya akhirnya terbuka jua hatinya untuk Hafiy. Tetapi apabila hatinya sepenuhnya milik Hafiy muncul seorang perempuan yang menggelarnya sebagai seorang perampas. "Ehh perempuan! Kau ni harap je muka cantik, pandai, pakai tudung tapi perampas hak orang." Amylea Datuk Sidek Siapakah sebenarnya Amylea? Apa pula status Syed Aisy Hafiy sehingga Alya digelar seorang perampas? Nantikan huraiannya dalam cinta 2 hati guys. Start: 27 april 2018 End: 14 ogos 2020
Cerita Bersama Dewi by melayuenam
melayuenam
  • WpView
    Reads 747,584
  • WpVote
    Votes 1,335
  • WpPart
    Parts 11
Cerita cabaran cinta kasih Kamal bersama Dewi Juita Oleh: Kulatjingga
Yang Teristimewa - Bahagian 2 by fork32
fork32
  • WpView
    Reads 407,416
  • WpVote
    Votes 2,130
  • WpPart
    Parts 17
Pagi Jumaat lepas aku terima panggilan dari ayah, meminta aku pulang segera, mak sakit. Aku terus menerpa balik dengan motor berbekalkan sedikit buku dan nota2 kuliahku. Memang sejak kebelakangan ini aku merasa bersalah terhadap emak dan ayah, jarang benar aku menjenguk mereka, walaupun dihari Raya Haji yang baru lalu. Walaupun kami bercuti seminggu untuk ulangkaji, memang tiada niatku untuk tinggal dirumah. Lebih aman dan tenteram jika aku duduk dikampus. Kini tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku menghadapi kertas pertamaku. Memang mak sakit, tapi cuma demam biasa saja. Hari tu aku yang ambil alih tugas Ani menjaga mak, memimpinnya kebilik air, menyudu makanannya walaupun pada awalnya dia kata masih berupaya untuk makan sendiri. Sehari aku tidak keluar rumah. Bila Ani balik dari sekolah petang tu baru aku menyandar diri diruang depan, menonton tv. "Abang tak pegi ke jumpe kawan2 abang? Deme tau abang balik." Ani bersuara sambil duduk dekatku. "Takpe le Ani, abang lebih rase seronok duduk camni." "Bang, kak Ida tak balik sini dah. Pak Teh tak bagi dier balik lepas ari deme nikah tu." Mata aku berair kembali, bibirku terketar2, hatiku masih tersentuh lagi bila mendengar nama itu. Aku tidak beralih, menumpu ke tv. Mungkin Ani dapat mendengar seduku, dia bangun dan duduk mengadap aku.