NorhuslinahHussin's Reading List
14 stories
Beautiful Path ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 1,556,190
  • WpVote
    Votes 81,468
  • WpPart
    Parts 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-bila. Tapi salah. Takdir Tuhan siapa tahu, bukan ? Disaat dia sendiri berbadan dua, si suami curang. "Apa salah saya dekat awak, Ziyyad ? Apa dosa saya?" NUREEN DAMIA. "Memang tepat keputusan aku ceraikan kau. Memang betul apa yang mama cakap, kau bukan perempuan baik. Buktinya, lepas je aku ceraikan kau.. kau gugur. Nampak sangat kau sengaja gugurkan anak tu. Kenapa? Takut sangat nanti anak tak berbapa?" AHMAD ZIYYAD. Allah, sakitnya dituduh gugurkan anak sendiri. Sakitnya difitnah mentua sendiri. "It's okay to cry. You've been strong for too long." DR.FIRHAN REDZA. "Kalau ini jalan yang terbaik, yang Allah sudah tentukan.. aku terima. Aku redha," NUREEN DAMIA. Start Publish : 29/3/2018 End :
KATAKAN SAYANG (COMPLETED) by edennforyou
edennforyou
  • WpView
    Reads 482,505
  • WpVote
    Votes 18,395
  • WpPart
    Parts 61
(COMPLETED) Nurul Izaty seorang gadis gempal yang selalu di hina oleh orang ramai semasa zaman remajanya. Setelah beberapa tahun berlalu dia kini menjadi Nurul Izaty yang baharu, dia cuba untuk mencari dan mengenali erti cinta sebenar! "Kak Nabila ada nak tolong apa-apa tak?" "Izaty, tolong akak hantarkan talam ini ke depan." Talam itu sudah bertukar tangan. Izaty melihat talam itu. "Boleh, nak letak dekat mana? dekat mana lagi kosong?" Nabila pergi memeriksa di mana lagi tempat yang tak ada talam. "Ha, kat tepi tu." "Kat mana?" Izaty mengerutkan matanya. "Yang ada lelaki pakai baju melayu warna kuning cair macam Izaty tu." Izaty tercari-cari di manakah tempat yang dimaksudkan oleh Nabila sebentar tadi. Setelah dia dapat tangkap tempat kosong itu tiba-tiba matanya terbeliak luas. Hampir sahaja talam yang dipegangnya itu terlepas dari tangannya. Dia kuatkan juga pegangannya itu. Jantungnya pula berdegup kencang. Tubuhnya sudah berasa seram sejuk tambahan lagi tangannya terketar-ketar seperti orang demam. "Aik, kenapa Izaty tiba-tiba gelabah semacam ni?" Nabila mula berasa hairan setelah melihat sikap Izaty tiba-tiba berubah secara mendadak. "Kak Ila, lelaki yang itulah yang kacau Izaty tadi!" Kata Izaty sambil menarik nafas panjang, bibirnya juga mula terketar-ketar menahan rasa cuak. Macam mana lelaki itu boleh datang ke sini? Dia ni spy ke? AMARAN: Cerita ni boleh tahan bersemut tapi disampaikan secara santai. Tak perlu peningkan kepala anda, just enjoy okay! Nak tahu? Teruskan bacaan anda. #1 in Romance (2023) #1 in Humor (2023) #1 in Teenfiction (2023)
Sandaran Cinta Duda by Fizzah_shah
Fizzah_shah
  • WpView
    Reads 1,179,857
  • WpVote
    Votes 36,115
  • WpPart
    Parts 74
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga buat kali kedua dengan cucu bapa angkatnya, Dato' Khalid. Bagi Nur Humaira Madihah pula,pada umur 21 tahun, dia belum bersedia untuk menjadi seorang isteri. Namun kerana wasiat arwah sepupunya dia sanggup menerima kehadiran Putra dan Hayden dalam hidupnya. Kasihnya terhadap anak tirinya tidak berbelah bahagi malah dia menjaga Hayden seperti anaknya sendiri. Dalam meniti bahagia, ada rahsia yang disembunyikan. Dan rahsia itu akhinrya dibongkarkan oleh musuh Putra sendiri. Rahsia yang membawa kepada kemusnahan hidup seorang wanita. Pembunuh kebahagiaan orang. Ranking 11 - #gila (21 Sept 21) Ranking 10 - #gila (28 Sept 21) Ranking 9 - #jealous (04 Okt 21) Ranking 22 - #psiko (06 Okt 21) Ranking 23 - #hot (06 Okt 21) Ranking 4 - #psiko (09 Okt 21) Start : 20 Ogos 20 End : 03 November 21 Status : COMPLETED!
Salamku Untuk Kali Terakhir  by marisinc
marisinc
  • WpView
    Reads 119,544
  • WpVote
    Votes 4,169
  • WpPart
    Parts 88
Berkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Zafuan sebagai kenalan dari kecil. Zimi sebagai bakal tunang. Sedikit pun tak mencacatkan hubungan tanpa nama itu. Tapi, apa akan jadi bila Amna Sofea betul-betul dinikahi Hazimi Redza. Masihkan hubungan Amna Sofea dan Muhd Faiz tetap wujud? Atau, takdir lain yang bermain antara mereka? Warning! Don't read if you expect to be happy ending and loving and romantic. I have depression. So, I'll make you depress too.
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 839,622
  • WpVote
    Votes 25,671
  • WpPart
    Parts 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,221,484
  • WpVote
    Votes 119,220
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
Biarku pergi jauh by Greenfolks
Greenfolks
  • WpView
    Reads 1,800,476
  • WpVote
    Votes 35,656
  • WpPart
    Parts 66
Kahwin kerana dijodohkan, bukan kerana kerelaan hati. Aku cuba menerima dirinya sebagai suami tetapi belum cukup setahun perkahwinan kami dia sudah menunjukkan belang. Aku ingatkan dia sudah berubah tetapi hampa. Sudah banyak kali dia meminta peluang. Aku masih boleh bersabar dengan sikapnya sehingga aku difitnah. Yang lebih menghancurkan hatiku adalah apabila dia sendiri yang tidak mempercayaiku. Aku membuat keputusan untuk melarikan diri darinya. Aku lebih rela pergi jauh daripada tiada siapa yang percayakan diriku. Siapakah yang memfitnahku? Sehingga bilakah aku melarikan diri? Dan bagaimanakah hubunganku dengan suamiku? Jatuh perceraiankah? Credit to @tuliphire untuk cover buku ni😍 Greenfolks ✌
Sekeping Hati Yang Terluka by wannabeyy
wannabeyy
  • WpView
    Reads 1,629,884
  • WpVote
    Votes 64,477
  • WpPart
    Parts 58
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah yang selalu melebihkan adik-beradik yang lain berbanding dirinya. Berkahwin dengan Razif Amirul bukanlah sesuatu yang dia mahukan bahkan dia tak pernah jangka. Dia cuma mahu menolong lelaki itu mendapatkan saham syarikat milik keluarga Razif. Tempoh perkahwinan mereka hanya dua bulan sebelum dia bakal bergelar janda. Ada sebabnya, kenapa dia terlalu ingin menolong Razif. Pastinya kerana lelaki itu merupakan crushnya sejak di bangku sekolah menengah. " Aku tak kisah asalkan dia bahagia walaupun bukan dengan aku. " Arisya Delina. Mampukah sekeping hati ini menahan luka perit yang ditoreh? start ; 4 Oct 2018 end ; 1 Jan 2019
Encik Boss #Wattys2016 ✔ by Iamsyakiraa
Iamsyakiraa
  • WpView
    Reads 1,885,271
  • WpVote
    Votes 45,387
  • WpPart
    Parts 45
Pertemuan antara Azwina Sofea dan Airul Syafiq telah mengubah hidup Azwina serta merta. Dari pekerja bawahan kepada seorang yang bergelar isteri. Isteri yang hanya untuk 6 bulan saja. Perkahwinan tanpa kerelaan Airul Syafiq tapi dengan kerelaan Azwina Sofea. Bila perasaan sayang mula bercambah, begitu banyak halangan dan dugaan yang datang. #8 in romance
Tunang Untuk Dua Bulan [c] by riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    Reads 155,056
  • WpVote
    Votes 6,337
  • WpPart
    Parts 22
"Alia.. Nadia.. Sebenarnya Mak Long dah bincang dengan keluarga kamu masing-masing untuk meminang kamu berdua menjadi isteri kepada Azad dan Izani." Nama aku, Alia. Macam yang korang baca dari dialog dekat atas, aku dengan sepupu aku, kami berdua akan menjadi isteri kepada anak-anak Maklong. Haih.. Siapa yang nak kahwin dalam usia yang muda ini? Aku baru je masuk umur 25 tahun dan dah ada pula yang nak masuk line jadi suami aku. Orangnya pula... Nauzubillahiminzalik! Memang bukan taste aku lah kiranya! Muhammad Izani - Segak, hensem, kerja sebagai Chief Administrative Officer dalam syarikat milik keluarga mereka. Apa yang aku tak suka pasal lelaki ini? "Ini ke cara bercakap dengan orang yang setahun tua dari kau?" "Alia. Watch your words." "Kau kata apa tadi? Kalau kita tak suka satu sama lain, baru kita tak jadi kahwin, kan? Apa susahnya? Aku buat kau jatuh cinta dekat aku.." Nampak? Dia punya poyo, kerek, berlagak, bajet perfect - Sifat yang negatif semuanya ada dekat dia, lengkap! Nak pula kena kahwin dengan aku yang memang suka membebel, cepat marah dan tak kenal maksud mengalah. Huru-hara dibuatnya! Boleh ke aku dengan Izani survive dalam tempoh dua bulan bertunang? Tempoh bertunang itu tak lama dan tak sekejap. Aku dengan pelan untuk mansuhkan pertunangan ini dan dia pula, dengan pelan untuk buat aku katakan 'Ya, aku nak jadi isteri kau!' Siapa yang menang? Published on 25th April 2018