Mé léky - Bella Sannah
5 stories
ABSYAR BUSRA by BellaSannah
BellaSannah
  • WpView
    Reads 96,621
  • WpVote
    Votes 15,498
  • WpPart
    Parts 40
PRIVATE. A novel by Bella H. | Absyar Busra [On-going] Blurb; Ditempatkan di SMK al-Quds sebagai guru merupakan satu rahmat dan nikmat buat Nur Busra. Di saat rakan-rakannya masih berperang mendapatkan kerja, dia pula sudah mendapat satu pekerjaan yang stabil sebaik habis belajar. Nikmat apa lagi yang Busra mahu dustakan? Tetapi, rasa nikmat itu makin lama makin menghilang. Mengenali pelajar kelas tingkatan 6 Alpha membuatkan hidup Busra huru-hara. Terutamanya pelajar bernama... Absyar. Sifat angkuh dan sinis lelaki itu menggerit jiwa. Busra siap google 'cara berhenti kerja' kerana seorang Absyar. "You can't fix what's broken." - Absyar. Ada apa dengan jejaka bernama Absyar? Segala tentang dia menyakitkan Busra. Ini bukan kisah romantik yang dianggap taboo antara guru dan pelajar semata. Ini kisah insan yang cuba mencari diri dalam diri insan yang bernama guru. Dan, jika pun mereka bersama, adakah itu satu hal yang salah? Sayangnya, bukan itu saja penghalangnya. Ada hal lain yang menjadi penghalang. Takdir mereka yang berlainan arah. Mampukah, mereka menolak halangan itu? "Mereka mencintai orang yang mereka tidak bisa miliki." - Klise cara Bella + Manis cara Bella. Selamat membaca :) Terima kasih vote dan komen anda.
HANYA IKHLAS UNTUK KAMU (novel terbit) by BellaSannah
BellaSannah
  • WpView
    Reads 609,909
  • WpVote
    Votes 5,605
  • WpPart
    Parts 11
SUDAH TERBIT DAN ADA DIJUAL DI KEDAI BUKU SELURUH MALAYSIA. BLURB: CAPTION : Dunia yang malang, hati yang kecil, jasad tidak indah, sudikah kau menyambut? ..Kalau mahu mengenal cinta, harus berkenalan dengan sakit hati... Ya, aku sakit hati, tapi aku sanggup buat apa saja asalkan dia sedar kewujudan aku. Panggillah aku perempuan tak tahu malu, terdesak dan tak sedar diri, aku tidak akan berganjak dan mengalah - AISYA Berjuta misi Aisya lancarkan untuk memikat Zill De Leon #Tampal lolipop pada lokar #Bagi pick up line yang diinspirasikan oleh Sepahtu #Tepis semua langau yang mahu menghinggap Tapi, kenapa semua tak jalan ya? Hati Zill ni dimangga pakai apa, sampai pelbagai misi yang Aisya buat tak jadi?! "If you can't act your age then you should at least try to measure your shoe size. From now on, aku tak nak tengok kau tergedik-gedik depan aku lagi." - ZILL DE LEON Hinaan halus daripada jejaka kesayangannya buat Aisya menangis. Kebekuan lelaki itu benar-benar mampu membunuh usaha dan mencalar jiwa. Mengejar Zill selama ini adalah kebodohan yang dia cipta sendiri. Benar, cinta bertepuk sebelah tangan itu memang wujud. Sudahlah... dia penat, dia benci, dia move on. TITIK. Selepas enam tahun, mereka bertemu semula. Tetapi Zill sudah tidak mengenali Aisya...Apakah misinya akan tetap diteruskan untuk memikat Zill? Masih kuatkah pegangan Aisya setelah berkali-kali dirinya ditampar dengan sindiran yang mula menyedarkan dia supaya bertapak di bumi yang nyata? Ada indah yang selalu diingat tentang kamu. Ada air mata yang selalu bertapa kerana kamu. Namun, jika menjauh mampu menenangkan segala-galanya, kenapa bukan pengakhiran itu saja yang diambil sejak dulu?
SAYANGKU JASMIN (novel terbit) by BellaSannah
BellaSannah
  • WpView
    Reads 12,728
  • WpVote
    Votes 663
  • WpPart
    Parts 13
SUDAH TERBIT DAN DIJUAL DI SHOPEE FAKAR PAKEER DAN KEDAI-KEDAI BUKU SELURUH MALAYSIA Idea asal ; DBJ Revamp : SAYANGKU JASMIN BLURB ISBN : 978-983-822-124-5 Kapsyen : Andai cinta itu kita lepaskan, adakah sakit itu juga akan bercempera pergi? - Hidup ada pelbagai cara untuk menguji manusia. Sama ada dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa ataupun dalam keadaan mempunyai segala-galanya. Jika Jasmin patah hati kerana keluarga, hati Aafan hancur dengan pemergian pemilik jiwa. Program Lenus Home Tutor menjadi titik pertemuan dua insan. Aafan menepis rasa. Jasmin menjaga raga. Bagi Aafan, ada bayang Fina dalam diri Jasmin. Jelas mereka dua wanita yang berbeza. Tapi, kenapa hati Aafan berdenyut dengan rentak yang sama untuk Jasmin? Satu malam aturan-Nya, bermulalah sebuah kenyataan sehingga wujudnya satu ikatan. Jasmin cuba menakluk hati. Aafan sejauh mungkin cuba berlari. Kala cinta sudah menggoda, satu noda merubah segalanya. Jasmin lelah. Tidak mampu mengejar lagi. Tidak mungkin kembali merindui. Dihukum kerana bukan salahnya begitu menyakitkan. Melihat penyeksaan lelaki itu, sanggupkah dia mencuba untuk kali yang terakhir? "Don't expect much. Cukup, saya nak hak yang boleh bawa awak keluar dari 'dunia' tu." - AAFAN Adakah doa yang ikhlas akan menembusi langit? Mampukah pelangi yang pergi, membawa warna kembali? "Benarlah, kadang cinta itu bermakna kita perlu melepaskan - JASMIN Seharusnya mereka tidak bertemu. Seharusnya mereka tidak jatuh cinta kerana diakhir cerita, akan ada dua manusia yang bukan tercipta untuk bersama.