syxfxqxh's Reading List
46 stories
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 963,897
  • WpVote
    Votes 65,444
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Abang Pensyarah, Jangan Goda Saya! by NurZahari2
NurZahari2
  • WpView
    Reads 32,105
  • WpVote
    Votes 153
  • WpPart
    Parts 20
Ariana, pelajar tahun akhir jurusan farmasi, tak sangka akan jatuh hati dengan pensyarah barunya yang sangat muda, bergaya dan terlalu menggoda - Dr. Rayyan. Sifat garangnya di kelas buat semua pelajar gerun, tapi bila hanya mereka berdua... semuanya berubah. Perbualan yang dulu tegang jadi usikan manja. Pandangan mata jadi permainan rasa. Tapi hubungan mereka adalah forbidden - antara profesionalisme dan keinginan, antara logik dan jantung yang tak reti bertenang. Mereka cuba menafikan rasa itu. Tapi bila hati dah mula bermain api, mampukah mereka bertahan... atau hangus terbakar dalam cinta terlarang ini?
mi hermosa(OG) by secretelsya
secretelsya
  • WpView
    Reads 3,285
  • WpVote
    Votes 145
  • WpPart
    Parts 9
Tengku Azryan Louise, seorang CEO muda yang disegani dengan sikapnya yang dingin.Dibalik jas dan senyuman koporatnya,dia memimpim sebuah empayar mafia yang licik dan dia sentiasa menang. Tidak ada ruang untuk kesilapan dan tidak ada ruang untuk cinta, dia jugak tidak pernah bersedia untuk jatuh cinta. Baginya cinta tulus itu kelemahan didalam hidupnya. Siapa sangka disebalik wajah dan sikap nya yang dingin Tengku Azryan Louise tersimpan kisah gelapnya tersendiri Segalanya berubah apabila dia bertemu dengan seorang gadis yang keras kepala.Dia juga sering di manjakan oleh kedua ibubapanya apa yang dia mahu kan semua nya di hujung jari.hanya satu sahaja yang dia mahukan tetapi mustahil untuk dimiliki iaitu cinta dan kasih sayang.Dari kecil dia juga dilatih dalam bidang archery.Tapi Dibalik setiap senyuman di wajah ceria, Elora menyembunyikan luka yang tidak akan pernah sembuh dan trauma yang sentiasa menghantui dirinya yang membuatkan dia takut untuk memberi kepercayaan.Perkara tersebut merubah dirinya. "Awak tak pernah percayakan saya pun, kan?" - Elora "Bukan sebab aku tak percaya kau... tapi sebab aku tahu aku yang akan lukakan kau." - Azryan "Kenapa? Sebab saya bukan dari dunia awak? Sebab saya lemah?" - Elora "Sebab kau satu-satunya kelemahan aku hermosa. Dan dalam dunia aku... kelemahan tak hidup lama." - Azryan Dalam dunia yang penuh tipu daya dan pengkhianatan, dua jiwa yang terluka ini perlahan-lahan menemukan sesuatu yang mereka tak pernah cari-cinta yang sempurna dan jujur. Namun mampukah cinta bertahan di tengah dunia yang berdarah dan berduri? Atau mungkinkah... salah satu dari mereka harus hancur demi menyelamatkan yang lain?
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 224,181
  • WpVote
    Votes 9,926
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,548,050
  • WpVote
    Votes 82,172
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Loving And Loved by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 423,290
  • WpVote
    Votes 17,504
  • WpPart
    Parts 52
Hazz Edraqi | Dahlia Evelyn Disebalik tenangnya wajah dia, tersimpan satu memori gelap yang dia cuba padam sehingga menetapkan CINTA bukan satu prioriti buat dirinya. Orangnya dingin, perangainya pun kurang sopan! Tapi entah kenapa, dia sentiasa diterima oleh semua orang. Dia Hazz Edraqi. "Tolong simpan perasaan kau tu dalam-dalam sebab aku tak peduli pun." - HAZZ EDRAQI Ya ke tak peduli? Setiap patah kata yang keluar dari mulut lancang lelaki itu memicu rasa ingin tahu anak dara majikannya. Orangnya berperangai bebas tapi hidup dikongkong orang tua. Misinya hanya satu, berkahwin dengan Edraqi dan bebas dari dikongkong mummy dan daddy serta abangnya yang gila. Dia Dahlia Evelyn. "Be my husband. I'll show you how love can make your everyday worth living." - DAHLIA EVELYN Namun siapa sangka, baru hari pertama kahwin dah berbincang pasal penceraian. Gila! Dikala mereka berdua baru mahu mengecapi kebahagiaan, satu demi satu rahsia terbongkar yang bakal menggoyahkan rumah tangga mereka. "I will never make it easy for you." - Hazz Edraqi "The weak can never forgive, Hazz." - Dahlia Evelyn start : 15.5.2025 end : 22.8.2025
1.0 | Tuan Aayyan Danish © by asyaash_
asyaash_
  • WpView
    Reads 1,379,397
  • WpVote
    Votes 60,768
  • WpPart
    Parts 73
TAD series 1 [Completed] 📌Amaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang pelajar yang cemerlang di kolejnya. Memang famous habis la budak ni. Sebab rupa parasnya yang cantik, bulu mata lentik, kulit putih kemerah-merahan, mata berwarna hitam likat dan hidung mancung. Dia seorang yang ceria dan peramah. Aayyan Danish. Seorang jejaka tampan yang mempunyai sepasang mata greyish green, rambut light brown dan hidung mancung. Nama lebih kurang tapi perangai macam langit dan bumi. Satu je sama. Ego. Aayyan bekerja sebagai lecturer sementara selama setahun setengah. Atas sebab perjanjiannya dengan ayahnya. Kemudian dia akan mengambil alih syarikat ayahnya dan menjadi CEO. Typical drama melayu anak orang kaya jadi CEO. Ikatan pertunangan terjalin atas dasar cinta. Namun ada suatu tragedi yang menyebabkan mereka jadi renggang. Kepercayaan hilang dengan mudah hingga timbul rasa benci antara satu sama lain. Selepas 2 tahun berpisah, kini bersua kembali. "K-kalau ikutkan hati memang tak nak! Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana, nak ja la!" "Sekali lagi aku tanya nak kahwin dengan aku ke tak?" "Ish ya laa nak. Haa nak kawin. Jom kawin!" Untuk menjaga maruah keluarga, Ayeena terpaksa menerima Aayyan dalam hidupnya sebagai suami. Sudahlah lelaki ni paling dia anti. Dan sekarang jadi suami pulak. Bala! "Mummy!" "La pulak anak sapa pulak ni?! " "Anak kita." "Hah?!" Dapat anak express. Mantap hang Ayeena! "Ye sayang mummy!" "Anrique sayang, tunggu mummy!" "Mummy sentiasa ada untuk Anrique." "Mummy sayang Anrique." Aayyan tersentuh melihat layanan Ayeena terhadap anaknya, Anrique Danial. Sedang diulit kebahagian, tiba masanya badai melanda. Macam-macam dugaan yang melanda. Dapatkah mereka bertiga bahagia macam keluarga normal di luar sana? Siapakah Ariana Humayra? Siapa pula Aiman Haqir ? Start : 15/8/2021 End : 22/10/2021
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 358,153
  • WpVote
    Votes 32,855
  • WpPart
    Parts 66
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
MISSION: HANS DANIALL by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 655,808
  • WpVote
    Votes 65,021
  • WpPart
    Parts 21
Ini kisah Hans Daniall, beban kepada family dia. Jalan cerita yang penuh dengan drama. Drama king. Rules number one : don't trust Daniall. [MATURE CONTENT] Read at your own risk. START : 2 SEPTEMBER 2024
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 701,862
  • WpVote
    Votes 26,276
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026