😍❤️!
2 stories
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 by keylasyaff
keylasyaff
  • WpView
    Reads 656,126
  • WpVote
    Votes 25,177
  • WpPart
    Parts 49
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYED MARLOUIS AIRIEL dijadikan anak angkat dalam keluarga Eira dan Hanif. Layanan mereka sekeluarga kepada Louis saling tidak tumpah seperti anak sendiri. Perangai Louis yang suka menyendiri itu menarik minat si comel MEDINA HAURA dan FARHAN RIYAZ untuk mendekatinya. Usaha punya usaha, mereka berdua berjaya tumpaskan si dingin dan menjadi kawan baik sehingga mereka tamat sekolah menengah. Dapat sahaja keputusan SPM, Louis mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran keluar negara tanpa pengetahuan Medina. "Pergilah! Aku tak halang pun kau nak pergi. Kejarlah impian kau. Tinggalkan aje aku dekat sini. I'm nothing to you." - MEDINA HAURA Selama lima tahun itu, Medina bercinta dan putus. Bercinta lalu putus. Itu sahaja terjadi bila Medina cuba untuk menerima lelaki lain dalam hidupnya. Namun kesemuanya gagal menambat hatinya. "Sampai bila kau nak jadi macam ni? Bila kau nak setia, Medina?" - FARHAN RIYAZ "Aku hanya setia pada dia, Farhan." - MEDINA HAURA Medina dikejutkan dengan kepulangan tiba-tiba Louis bersama seorang gadis yang tidak dikenalinya. Bagi Medina, gadis itu jauh lebih cantik darinya. Rindu dia pada Louis kian terubat namun dalam masa yang sama hatinya hancur berkecai. "Louis nak kahwin dengan Fatin." - SYED MARLOUIS AIRIEL Hancur. Itu sahaja yang dapat digambarkan. "Aku terima nikahnya..." - SYED MARLOUIS AIRIEL Bagikan mimpi, semuanya berubah 360 darjah. Nak tahu apa jadi selanjutnya? Semuanya akan dijawab didalam Cinta Medina Haura! ⚠ Cliche maybe ⚠ No copyright. Be honest to yourself. Start : 26 Mac 2020 Status : COMPLETED End : 6 Mei 2020
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,928,757
  • WpVote
    Votes 77,075
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL