Rie_woo's Reading List
5 stories
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,232,562
  • WpVote
    Votes 388,716
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
Hai Encik Lanun [C] by PuteriiKayangan
PuteriiKayangan
  • WpView
    Reads 1,292,744
  • WpVote
    Votes 94,986
  • WpPart
    Parts 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran Harraz Rizqi membuatkan lelaki itu rasa tercabar. Dia bertekad untuk mendapatkan tanah resort itu dengan apa cara sekalipun. Pulau Langkawi menjadi huru-hara gara-gara Harraz dan Sufiya. Setiap hari ada saja perkara yang ingin dibuat sebagai bahan bergaduh. Tanpa diduga perasaan benci mula bertukar menjadi cinta yang hadir dalam diri masing-masing. Hubungan kasih yang ingin dibina namun tidak berjaya kerana banyak halangan yang menyekat mereka berdua. "Apa masalah encik ya? Ke encik ni tak faham bahasa Melayu? Semalam saya dah bagitahu yang saya tak akan jual tanah resort ni. Itu pun tak boleh faham ke?" "Buat apa kau simpan lagi tanah resort ni Sufiya? Bukannya ada orang yang berkunjung pun ke sini. Lebih baik kau jualkan tanah ni pada aku dan kau akan dapat keuntungan yang lebih lumayan" "Tak kisahlah kalau saya rugi sekalipun, yang penting saya tak akan jual tanah ni. Jadi tolong jangan datang ke sini lagi kalau encik nak desak saya pasal benda ni. Buang masa saya je" "Degil betul kau ni Sufiya. Siapalah yang malang jadi suami kau nanti" "Suka hati saya lah! Nak degil ke apa ke! Daripada encik tu, miang macam daun keladi! Lepastu dingin! Macam ais batu!" All Right Reserve © PuteriiKayangan ⚠️Segala watak, jalan cerita dan seumpamanya adalah dari benak fikiran saya sendiri. Dilarang sama sekali menciplak mana-mana bahagian di dalam cerita saya ini⚠️ Start : 4 September 2021 End : 30 January 2022 Status : Complete ✨
HEART : THE HACKER'S PRINCESS [Hiatus] by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 41,332
  • WpVote
    Votes 4,364
  • WpPart
    Parts 9
[ 2021 ] HEART : THE HACKER'S PRINCESS [SLOW UPDATE] "Aku diam, kalau kau tak kacau aku." CARLOS BERNARD, lelaki asal German yang berperwatakan sangat pendiam.Hanya bersuara bila ada perlu, dan diam sekiranya tiada apa yang penting.Namun, dalam diam nya turut tersimpan seribu kemahiran serta tarikan.Bukan setakat wajahnya yang tampan, malah pemuda berumur 27 tahun ini juga sangat mahir dalam bidang komputer.Apa saja maklumat yang dia inginkan, pasti akan dapat ditemui dalam sekelip mata.Kerana dia ialah.. The silent hacker. "Ya Allah, pertemukan lah aku dengan lelaki yang ikhlas dalam mencintai aku.." MAYA ZALEA, seorang gadis yang sejak kecil lagi sudahpun menyimpan cita - cita untuk menjadi seorang guru.Tapi pada zaman moden ini, apa saja yang kita boleh dapat tanpa duit? Apatah lagi bagi dirinya yang sudah kehilangan kedua ibubapanya diawal umur 15 tahun lagi.Walau begitu, dia tetap bersyukur dengan segala yang telah di kurniakan kepadanya.Tidak pernah sekali pun dia terfikir untuk mengeluh tentang rezeki dan jalan hidupnya.Dia tahu, setiap orang pasti akan ada bahagianya sendiri. "Kau kenapa ni?" - CARLOS BERNARD. "To-tolong saya encik.." - MAYA ZALEA Bertemunya mereka berdua umpama membuka jalan cerita baru.Tanpa mereka sedari, itu ialah takdir mereka. *** [ Action x romance ] [ Carlos Bernard x Maya Zalea ] Start : 28 okt 2021 Status : On going
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 5,169,727
  • WpVote
    Votes 270,934
  • WpPart
    Parts 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,511,909
  • WpVote
    Votes 139,933
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.