my fav book✨🦋
87 stories
Fateh Arsyal's Unwanted Bride | OG  by RissaRalyn
RissaRalyn
  • WpView
    Reads 3,827
  • WpVote
    Votes 282
  • WpPart
    Parts 23
*****Unwanted Heart, Unbreakable Vow***** **************** "Aku nak kau batalkan pernikahan kita."-Fateh Arsyal Zayeed Sehari sebelum akad, itulah ayat pertama yang Fateh Arsyal Zayeed berikan kepada Nur Aralyn Arisya, perempuan yang bakal sah menjadi isterinya. Bagi Aralyn, perkahwinan itu ialah amanah yang perlu dijaga walau hati sendiri terluka. Namun bagi Fateh, pernikahan itu hanyalah beban yang tidak pernah dia pinta. Hatinya langsung tidak rela untuk bernikah dengan gadis kampung itu. "Kau cakap dekat atuk kau yang kau tak nak nikah dengan aku. Faham?"-Fateh Arsyal Zayeed Tetapi apabila akad tetap berlangsung, Aralyn terpaksa menerima kenyataan bahawa dia kini hidup sebagai isteri kepada lelaki yang tidak pernah memilihnya. "Takkan tak ada langsung sekelumit rasa belas kasihan dalam diri tuan pada saya? Saya sedar saya orang kampung. Tapi layak ke saya sebagai isteri tuan dihina sampai macam ni?"-Nur Aralyn Arisya "Bagi aku, kau lebih hina dari anjing kurap!"-Fateh Arsyal Zayeed Di sebalik status halal yang mengikat mereka, tersembunyi luka, kebencian, ego, dan rahsia kisah silam yang perlahan-lahan mula meruntuhkan segalanya. Mampukah Aralyn bertahan? Adakah Fateh akan menerima 'Unwanted Bride'nya atau hidup Aralyn terus dirundung awan gelap yang tak pernah membawa bahagia. Akankah pelangi datang mewarnai hidup Aralyn? Semua itu akan terjawab dalam... "Fateh Arsyal's Unwanted Bride" ************* Start : 7/4/26 End:
Dendam Dalam Cinta [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 594,680
  • WpVote
    Votes 19,660
  • WpPart
    Parts 84
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
THE LOVE SETS by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 867,752
  • WpVote
    Votes 38,715
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della. highest ranking : #1 in atlet #1 in sukan #1 in usaha #1 in volleyball #1 in effort #1 in rich
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,223,085
  • WpVote
    Votes 358,192
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,050,912
  • WpVote
    Votes 69,032
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Perempuan Tanpa Jiwa by FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    Reads 569,345
  • WpVote
    Votes 19,182
  • WpPart
    Parts 56
[COMPLETED] Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semua orang yang dia sayangi dalam sekelip mata. Tanpa belas kasihan dia dihentam. Silapnya hanya kerana mencintai seorang lelaki. Hanya itu sahaja silapnya. ⚠️ Triggered Warning ⚠️ (Self-harm) 9/03/2024
Sementara [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 158,840
  • WpVote
    Votes 5,848
  • WpPart
    Parts 106
"Doesn't make sense la kalau kita kahwin Nabil." Nabil tenung Darwina. "Aku tahu ni kerja gila. Tapi aku serius." "Kau serius apa?" "Kahwin dengan kau." Muktamad keputusan gila aku. Kahwin dengan kawan tunang sendiri. Apa yang nak jadi lepas ni belakang cerita. Mungkin orang boleh cakap aku gila. Kahwin dengan kawan tunang sendiri? Tapi kalau keadaan yang memaksa? Sekarang aku dah mula terperangkap. Adakah janji yang aku akan pegang? Atau hati?
ALTAF'S SAVIOUR by starryglossie
starryglossie
  • WpView
    Reads 2,538,607
  • WpVote
    Votes 128,627
  • WpPart
    Parts 79
Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Warning: You came only to find yourself lost in time, and in the end you disappointed more than you mattered.
SAAT CINTA TERCIPTA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,395,844
  • WpVote
    Votes 35,099
  • WpPart
    Parts 45
Percutian di sebuah Pulau meninggalkan kenangan pahit apabila Luis Esqandar di tangkap basah dengan seorang gadis yang dia tidak kenal identitinya. Mereka di paksa menikah dengan segera, jika tidak aib mereka akan disebarkan kepada umum. "Apa la malang, esok nak pergi sambung belajar hari ni kena berkahwin dengan makhluk asing daripada planet mana entah, lepas tu kena halau dengan abah." - Enees Hejira "Kau panggil aku makhluk asing? Kau yang masuk ke dalam bilik aku sampai ke kita kena tangkap basah sepatutnya aku yang panggil kau tu makhluk asing." - Luis Esqandar Selepas pertengkaran di jeti, mereka membuat haluan masing-masing. Beberapa tahun berlalu mereka ditemukan semula. "Kenapa kau tiba-tiba muncul kau nak apa daripada aku?" Luis Esqandar "Ceraikan saya." - Enees Hejira "Kau ingat aku senang-senang ke aku nak melepaskan orang yang telah memalukan aku?" Luis Esqandar "Encik Es dapat malu, saya ni kena halau dengan abah dan terikat dengan status isteri Encik Es, sedangkan Encik Es bahagia dengan tunang tersayang." Enees Hejira Apabila mereka bertemu pasti ada saja yang menjadi isu untuk mereka bertengkar tetapi bila jauh hati masing-masing merindu. Hubungan mula akrab apabila Luis Esqandar memerlukan Enees Hejira untuk mencari adiknya yang hilang sejak bayi. "Bukan ke seorang isteri tu perlu sentiasa berada di sisi suaminya?" Enees Hejira "Aku tak perlukan kau di sisi aku." Luis Esqandar Mulut kata benci, hati kata rindu. Rindu yang sukar diungkapkan. ⚠️Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
Sehening Hujan Malam [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 59,876
  • WpVote
    Votes 2,887
  • WpPart
    Parts 48
Hatinya pernah penuh dengan harapan tapi semuanya musnah dalam sekelip mata. Kehilangan itu, meragut segalanya. Sejak hari itu, dia belajar hidup tanpa rasa, tanpa cinta. Dia tidak mencari sesiapa. Tidak menanti sesiapa. Tapi mampukah dia menerima takdir yang mungkin hanya akan mengulang cerita luka? Dia tahu, langkah ke depan mungkin akan membuka kembali pintu-pintu kenangan yang telah lama dikunci. Namun hati yang pernah mati itu kini mendesak untuk mencuba, walau dengan risiko dirinya akan hancur sekali lagi. "Kau suka aku ke Ralyn?" - Ian Iskandar. "Kau buta ke?" - Amaya Aralyn. Start Date : 1 July 2025 End Date : 5 August 2025