Reading list 2
5 stories
THE HOOD : The Little Thief by finalegend
finalegend
  • WpView
    Reads 3,371
  • WpVote
    Votes 495
  • WpPart
    Parts 8
[The Sapphire Throne : vol 01] A Robin Hood retelling بسم الله الرحمن الرحيم ❝In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.❞ Ini alkisah seorang pencuri. Tatkala busurnya dihalakan pada kau, hatta udara tidak lagi mengendahkan kewujudan kau di muka bumi. Dia. Lagenda fantasi yang wujud di dunia realiti sekaligus penyelamat umat manusia di zaman kekejaman ini. Dirinya penuh dengan seribu satu misteri. Disebalik hud yang dipakai, terselindungnya pelbagai hikayat yang tersembunyi. • • ❝You must be cruel...❞ Pandangannya jatuh ke segenap wajahku. Bibirnya terjongket sedikit ke atas sebelum meniti bait yang terjeda. ❝...inhumane and savage.❞ Dagu runcing ku dipagut lembut. Wajah ku terdongak - menatap wajah adonis miliknya. ❝If you want to rules the world, little thief.❞ Sapphire miliknya mengunci pandanganku. Hujung hidungnya bergesel lembut dengan hujung hidung milikku. Nafas suamnya dihembus perlahan, menyalurkan deruan angker yang beku ke wajah ku secara tidak langsung. Bau cinnamon menjengah saluran olfaktori ku - aku mulai lemas dengan gerak-gerinya. Dada bidangnya, aku tolak sekuat hati sehingga tubuh tegap itu terjelepuk ke belakang. ❝Mungkin pada 'mereka' tuanku adalah 'Tuhan'. Tapi tidak bagi patik. Allah itu maha esa dan tiada Tuhan melainkan Dia.❞ Terasa bagaikan dunia terhenti buat seketika. Lenganku direntap kuat oleh tangan sasa si dia. ❝There is no god, little thief.❞ Nafas aku - serta merta diragut kasar olehnya. ° ©2021 Released on November 20, 2020 Don't PLAGIARISME my masterpiece.
THE QAID by thezayann
thezayann
  • WpView
    Reads 6,308
  • WpVote
    Votes 744
  • WpPart
    Parts 6
تكون امرأة جميلة بشجاعة "Jadilah wanita yang cantik dengan keberanian". Tirai dibuka, Mempersembahkan, Hikayat sang panglima perang, Yang teguh imannya lalu gagah perkasa, Wazifah dipikul hingga ke titisan darah, Namun, Dia tersungkur dengan sang lawan maharaja , Lalu dipenjara dari dunia, Dia tahu, Allah ada untuknya, Sedikit masa lagi, Jeriji besi itu bakal jatuh menyembah bumi. ••• "Panglima!". Wanita itu berpaling. "Tunggu saya". Lelaki itu berkata. Wanita itu tersenyum di sebalik kainnya lalu melangkah pergi. 'Atas nama allah, kita tempur bersama". . . Qaid : Panglima Rujukan: • Al Quran Al Karim • Khulashah Tadzhib Tahdzibul Kamal oleh Shafiyuddin al-Anshari START: 31 MEI 2020 END:
Perabu Purnama  by astrophilia_
astrophilia_
  • WpView
    Reads 1,279
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Parts 4
[ Book 1 in Mávros series ] Perabu Purnama | King of The Moon •❅──────✧❅✦❅✧──────❅• "Ada pun mahligai berhiaslah kencana di bukit sana, adapun di dalamnya ribut yang menentang, dengan libasan pedang dan bala tenteranya, akan ditakluk semua. Gerunlah bentala akan sang raja Berma yang tidak ketahuan wajahnya." Hidup gelandangan di tanah sendiri, Kejora tidak punya seorang ibu untuk mendendangkan hikayat malam ini supaya dia terlena. Ceritera tentang seorang raja di bukit sana, raja bersendiri bak rembulan di angkasa, si perabu kesepian yang mencari bintang kejoranya. Bagi Kejora, itu hanyalah mimpi siang si Jenin sahaja. Namun umpama mimpi bertukar nyata, dia bertemu sang raja di istana. Umpama mimpi bertukar nyata, dia dan sang raja berkongsi rasa. Umpama mimpi bertukar nyata, dia hidup bahagia dalam ceritera cinta mereka. Tetapi mimpi itu hanyalah mainan lena, bukan? Setelah jatuh terduduk di bumi nyata, hakikat seperti datang berjumpa. Kejora sedar mimpi inilah yang akan membunuhnya. Syahadan, inilah hikayat Raja Berma si perabu purnama dendangan suri hatinya, Si Kejora. •❅──────✧❅✦❅✧──────❅• It's a sad tale, a sad song from way back when but you're gonna sing it anyway. One, two, let the tale got back into tune. [ June 5 : #3 in historical fiction ]
The Red Theodems (In Editing) by saeuphoria_
saeuphoria_
  • WpView
    Reads 1,006
  • WpVote
    Votes 187
  • WpPart
    Parts 8
F A N T A S Y As known as = Rose: The Theodems War Achievement : 🎖️Gold Award 2020 | Best Fantasy 🎖️The Fxyr Award 2021 | The 2nd Best Fantasy 🎖️The Sewel Award 2021 | 2nd Fantasy *** Puluhan Empayar telah bersedia untuk peperangan yang dijangka akan tiba dalam masa terdekat ini. "Aku ikut kau." - Tuanku Muda Zuraib Crawford "Kau dari Empayar Bellwood. Mana mungkin boleh bersatu dengan empayarku." - Rose Mathilda "Aku tahu, Empayar Gumdoresth akan menang. Kerana mereka adalah Pemerintah Eye. Pemilik kuasa magis seperti kau. Sebab itu aku ikut kau." - T.M Zuraib Crawford Gumdoresth. Siapa tidak kenal dengan empayar terbesar itu? Pemilik kuasa Eye dan Raja termuda yang pertama mula memerintah. Hiduplah walau seribu tahun pun, jika pemerintahnya masih dalam keturunan yang sama, maka statiklah dia di situ. Jadi, mengapa masih mahu berperang? "Aku tak akan biarkan kau terlepas lagi kali ni." - T.M Zuraib Crawford Hidup seorang Rose Mathilda amatlah terseksa. Dari statusnya yang sering dihormati, terus merundum jatuh kerana hanya satu fitnah yang dilemparkan ke atas ayahandanya. "Seorang Puteri yang tabah tak akan sesekali menangis. Dia akan teruskan hidupnya walau dalam apa jua keadaan demi insan yang tersayang." "Lift up your head, Princess. If not the crown falls." "If I ever become an option, don't choose me." - Rose Mathilda Sultan Fateh Balthasar • • • • • • • • • • • • • • • • • • • 🚫 No Plagiarism 💯 My Ideas ⚠️⚠️⚠️ Hanya rekaan semata-mata yang datang dari otak penuh habuk si penulis. Terima kasih. -
Rainyroad by hayrell
hayrell
  • WpView
    Reads 113,953
  • WpVote
    Votes 1,608
  • WpPart
    Parts 4
Memori seakan melodi. Rahsia penuh dusta. Suatu hari nanti, hati mereka akan dihancurkan oleh watak yang pincang. Bahana, cinta akibat terpana. Cerita yang bermula di sebuah jalan yang sunyi. Jalan yang tiada siapa berani jejak kaki, cukup dingin dengan air hujan membasahi. Jalan yang hanya mereka berdua sanggup lalui. ☂ "Kau sakit, Hyde." Hyde, hampir separuh kotak memorinya dirampas. Siapa dirinya dan asal usulnya, barangkali semua itu misteri walaupun itu tentang dirinya. Kata orang masa silam itu tidak penting. Jika benar, kenapa serpihan masa silamnya datang satu persatu, seakan-akan ingin menyampaikan satu mesej penting? "Darius Luth itu saudara kau. Jadi kau mestilah berbaik dengan dia." - Khai Namun cerita Khai lain daripada serpihan memori Hyde yang kembali. "To live is to suffer. Therefore, I should live." Seperti adanya nama syurga di dalam namanya, Nayla Adni membesar menjadi seorang yang cekal, lembut dan naif walaupun telah dibesarkan oleh Etta Merilda, mak ciknya dengan pelbagai jenis kekerasan. "Saya stay. Sampai ribut reda." "Sampai ribut reda." Nayla dan Hyde bertemu di pelusuk bandar dalam hujan yang dingin. Perlahan menyelinap, penuh persoalan tentang makna hidup dan keberadaan. •only updated on the rainy day. written by: h a y r e l l © first published on 2018 ⚠ strong language and heavy content with a psychological writing. Read at your own risk.