nabellagrande
- Reads 29,842
- Votes 1,130
- Parts 35
[FIRST ROMANCE STORY BY @nabellagrande]
Danish Arfan, seorang jejaka tampan yang berumur 25 tahun. Dia dikenali sebagai Inspektor Danish dan juga merupakan anggota polis yang digilai ramai gadis. Tetapi dengan sikapnya yang dingin dan bengis, dia telah menolak ramai gadis yang menyukainya. Alasannya, masih mahu membujang kerana kariernya sebagai anggota polis.
Farra Nabilah, seorang gadis yang berumur 19 tahun merupakan gadis pertama yang telah menambat hati Danish Arfan yang keras seperti batu itu. Selepas hadirnya dia, Danish Arfan seolah-olah sudah terpukau apabila melihat kecantikan dan keayuan yang dimilikinya semasa Danish Arfan menyelamatkannya di sebuah gudang dadah terbesar milik bapa saudara Farra Nabilah.
Namun, nyawa Farra Nabilah sekarang sedang terancam kerana bapa saudaranya merancang ingin menculik dan menjualnya di pusat pelacuran akibat hutang dari bapa kandungnya sendiri. Jika Farra Nabilah berjaya diculik, hutang bapanya akan langsai begitu sahaja.
Bapa saudaranya juga merupakan ketua dadah di Malaysia dan dia juga sanggup membuat apa sahaja asalkan apa yang diingini jatuh ke tangannya. Dia juga mempunyai banyak senjata api yang berbahaya untuk hapuskan semua musuhnya.
Apabila Inspektor Danish menyedari nyawa gadis kesayangannya sedang terancam, hatinya menjadi gusar. Jadi, dia berhasrat untuk mengahwini Farra Nabilah dengan secepat yang mungkin.
Namun, bukan sekadar nyawa Farra Nabilah sahaja yang terancam. Nyawa Danish Arfan juga turut terancam kerana musuhnya sedang bercadang untuk hapuskannya.
"Kau takkan terlepas dari tangan aku Inspektor Danish! Farra tetap hak aku!" - Amin (bapa saudaranya).
Apakah kesudahannya? Adakah nyawa mereka akan tamat begitu sahaja?
"Walau apapun yang terjadi, kita akan tetap bersama," - Danish Arfan
Status: Uncomplete & still updating.
Idea: 100% dari aku. Jika tajuk tersama maaf mungkin kebetulan ;) jalan cerita berbeza.
Start: 13/1/2019
End: -
Cover by: myself, @nabellagrande.
NO COPY PASTE!